‘Orang Kata Masuk Anak Ke-2 Susah Sikit Nak…’- Sarat Hamil, Elfira Loy Tetap Maintain Cantik

Share

Biarpun sedang hamil anak kedua, pelakon kecil molek iaitu Elfira Loy tetap kekal cantik jelita serta menjaga penampilannya.

Anggun bergaya sopan, pelakon drama Qalesya ini berkongsi di Instagram bahawa dia sudah memikirkan mengenai proses berpantang dan bagaimana mahu menurunkan berat badan biarpun belum melahirkan anak keduanya lagi.

face is round again. The baby is not out yet but dah start fikir pasal pantang and macammana nak kuruskan badan balik. Orang kata dah masuk anak kedua ni susah sikit nak turun berat badan.

Faham apa yang dirasai oleh Elfira, ramai pengikut Instagramnya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing untuk menurunkan berat badan selepas bersalin.

Sebagai maklumkan, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri,28, telah mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

IKLAN