‘Oh My Goodness!’- Teruja Lihat Bilik Barbie, TokTi Pun Tak Sangka Ayat Ini Keluar Dari Mulut Aafiyah!

Share

Baru-baru ini, penyanyi pujaan negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga mesra disapa TokTi telah mengadakan sambutan hari jadinya bertemakan Barbie bagi memenuhi permintaan anak tersayang, Siti Aafiyah. 

Begitu teruja menginap di bilik hotel yang bertemakan Barbie di The Grand Hyatt Kuala Lumpur, gelagat dan aksi Aafiyah mencuri tumpuan ramai hinggakan dia ‘speaking’ kerana terlalu seronok apabila mimpinya menjadi nyata.

TokTi pun tak sangka ayat-ayat ni keluar daripada mulut Aafiyah. Lucu betul!

Kebahagiaan seorang ibu bila melihat anak gembira ..
Staycation sempena ulangtahun kelahiran saya di @grandhyattkualalumpur memang kenangan yang sangat manis bila mana pihak hotel membuat promosi penginapan bertemakan ‘Barbie’ , Saya terus ambil keputusan untuk bermalam di sini..
Aafiyah orang paling excited & happy bila saya bagitau nak staycation di bilik Barbie .

Sebelum check in, setiap hari dia ingatkan saya bila ibu kita nak stay kat bilik Barbie..😅


Alhamdullillah, hari check in ke bilik Barbie , Aafiyah betui betui teruja !! Tengoklah gelagat dia… Saya pun tak sangka ayat ayat yang keluar dari mulut dia .. hahahaha.. Nak tengok sepenuhnya , boleh ke Youtube saya ye.. Tq @grandhyattkualalumpur kerana merealisasikan impian Aafiyah dan banyak pengalaman menarik akan saya kongsikan lagi nanti..

Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah Aafiyah dan memahami perasaannya yang begitu meminati Barbie.

‘Oh my goodness!’

IKLAN