Melalui laman Instagramnya, Noorkhiriah berkongsikan cerita tentang kenderaan MPV miliknya akan diubah kepada van jenazah. Norkhiriah juga menyatakan bahawa dia turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada umum.
Alhamdulilah lepaskan kerana Allah..akak sayang,maka akak jadikan blkg ni #vanjenazah.Bagi yg memerlukan dialu2kan..Perkhidmatan Percuma #vanjenazah @nurbykhiriah..InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak gitau..Tkasih juga pada yg menyumbang.
Melangkah dengan Yakin dengan apa yg akan dibuat ni..mohon doakan akak,bohong akak ckp kalau tak takut #vanjenazah..akak x kaya tapi sblm meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua..takat cite kat tb tu jangan kira..jangan kira dosa pahala oranglain..semoga kita Istiqomah dalam perjuangan diri sendiri,aammen
Satu applikasi yang melengkapkan kehidupan muslim TheNoor aplikasi yang hampir mencapai 5 juta pengguna dala masa 9 bulan. TheNoor yang berkonsepkan gaya hidup Muslim memudahkan untuk umat islam menjalani kehidupan.
Aplikasi yang mula dirasmikan pada awal tahun 2021, Neelofa, 31, melancarkan aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif, TheNoor, Januari lalu. Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu, TheNoor akan menjadi aplikasi yang mudah digunakan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
“TheNoor adalah aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif merangkumi semua aspek kerohanian dan kehidupan harian.
“Fungsi asas aplikasi ini adalah waktu solat, arah kiblat, pemain media al-Quran serta terjemahan yang dialih suara dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil dan Indonesia. Pada masa depan, bahasa lain pula menyusul, Insya-Allah.
Meskipun industri pelancongan sedang berhadapan dengan ketidaktentuan untuk kembali pulih seperti keadaan sebelum Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia, namun TH Travel & Services Sdn Bhd bersedia menghadapai pelbagai cabaran.
Menerusi Majlis Memeterai Momorandum Persefahaman (MoU) kerjasama THTS dengan aplikasi TheNoor menawarkan pakej mengerjakan umrah dan Haji dengan mudah dari seawal pendaftaran hingga habis mengerjakan ibadah. Kerjasama ini menggalakkan hubungan perniagaan dan menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan halal secara global.
Menerusi kerjasama ini, para pengguna boleh membuat tempahan pakej-pakej Umrah dan Islamic Tourism menggunakan aplikasi TheNoor di mana ia adalah diperakui oleh pihak THTS. Semua pembayaran dilakukan oleh pelanggan adalah sah dan selamat di mana resit rasmi akan dikeluarkan sebaik transaksi pembayaran sempurna.
Menariknya lagi pakej mengerjakan Umrah, Haji mahupun tempat perlancongan lain melalui aplikasi ini, menyediakan pelbagai kemudahan semuanya didapati dihujung jari. Penambahan ‘feature’ baru di dalam aplikasi ini seperti tracking mutawif, senarai semak perjalanan dan kursus umrah dimana anda boleh menyemak kembali cara-cara mengerjakan umrah seperti kursus fizikal yang dilakukan. Menurut pengasas bersama TheNoor Mohd Izzairi Bin Yamin, ‘feature’ khas ini akan dijangkakan siap pada Disember ke Januari. Perkhimatan ini memberi kemudahan dan ketenangan fikiran bagi mereka yang menghargai masa dan mahukan jaminan bahawa percutian mereka Muslim dan patuh Syariah.
Kenaikan harga pakej umrah menjadi perdebatandan persoalan dikalangan netizen, namun, Ketua Pegawai Eksekutif THTS, Dato’ Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata “peningkatan kos ini sementara tertakluk kepada kerajaan Saudi Arabia”. Menjawab lagi persoalan ini, beliau menyatakan kenaikan kos pakej umrah bergantung pengangkutan, penginapan dan penjagaan kesihatan.
Pengangkutan penerbangan telah menghadkan kapasiti penumpang dalam satu penerbangan, begitu juga dengan penginapan. Jika dahulu penginapan satu bilik boleh menempatkan 4 orang sebilik, tidak lagi sekarang. Hanya dibenarkan maksima 2 orang dalam sebilik. Harga pakej merangkumi kos ujian saringan Covid-19 sebelum dan selepas umrah seharusnya dibiayai oleh agensi pelancongan.
Walaubagaimanapun, keadaan ini hanyalah sementara sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala, katanya lagi.
Sedia maklum kerajaan Saudi Arabia hanya membenarkan mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin pfizer dan Astra Zeneca, walaubagaimanapun penerima vaksin sinovac memerlukan suntikan ketiga ‘booster’ dari Pfizer atau Astra Zaneca. Sementara itu, THTS juga berharap isu ini dapat dipermudahkan agar lebih ramai lagi dapat mengerjakan ibadah Umrah mahupun Haji dengan menggunakan aplikasi TheNoor.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi kerisauan buat diri apabila kenangkan masa yang akan tiba sekiranya berlaku perkara yang tidak di duga. Mungkin anda boleh berada dalam keadaan miskin tanpa sedari.
Segala kemungkinan pasti akan menjadi persoalan penting di dalam kehidupan. Ada perkongsian yang boleh di amalkan untuk elakkan perkara ini berlaku.
Kekafiran dan kemiskinan membawa maksud di mana keadaan hidup yang ramai tidak mahu berada–ada yang bakal lihat kehidupan yang senang-lenang boleh jadi miskin. Jadi ramai yang tidak senang hati bila fikirkan tentang perkara ini.
Ya, apa-apa yang berlaku kita pasti tidak dapat elakkan, bahkan, ia sangat tidak di duga. Apa-apa yang berlaku adalah dugaan tuhan yang sukar kita elakkan.
Melalui perkongsian di TZKRH.com, terdapat satu amalan dan pelbagai doa yang boleh membantu dari segi kerohanian. Antara amalan yang sering menjadi amalan bagi menjauhkan kemiskinan dan ingin menjemput kekayaan adalah dengan zikir ‘LailahaillaAllah’ sebanyak 100 kali.
Sudah tentu ada sumber riwayat yang menjelaskan perkara ini, seperti:
Maksud: “Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’
Maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia meraih dengannya kekayaan, selamat daripada keperitan kubur dan dengannya dia akan dapat mengetuk pintu syurga.”
Tetapi hadis ini berstatus munkar, kenapa? Hadis ini telah di riwayatkan oleh perawi yang lemah, maka kurang tahap kepercayaan dan tidak di terima jika ia berdiri dengan sendiri.
Juga terdapat amalan yang lain sehaluan dengan amalan ini yang lebih baik–memohon ampun kepada Allah. Ia telah di nyatakan dengan jelas dan terang dalam Al-Quran, Surah Nuh, ayat yang ke-12.
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.”
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh, 71:10-12)
Erti kata lain di sini–menjadi miskin atau perubahan dalam kehidupan itu semuanya adalah duniawi. Tetapkan pada diri kekayaan bukan kerana harta tetapi pahala untuk akhirat.
Baru-baru ini sebuah filem cerita rekaan pendek yang berdurasi 44 minit yang tular di laman sosial telah meraih perhatian ramai pihak kerana disyaki mempunyai unsur bertentangan dengan agama Islam dan dianggap mempermainkan agama hingga menjurus kepada pemesongan akidah.
Sehubungan itu, aktor kacak Fauzi Nawawi, merupakan antara penggiat seni yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati serta membantah keras penerbitan filem berjudul ‘Mentega Terbang’ yang dilabel sebagai menghina agama Islam.
Rasa terkilan dan kesal berkenaan, dimaklumkan Fauzi menerusi satu muatnaik hantaran pada laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Fauzi turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap penghasilan filem yang tidak sensitif seperti itu, hingga mengguris perasaan umat Islam di Malaysia.
“Sejahil mana pun kita, jangan permainkan agama. Tanpa agama hidup kita tiada tujuan.
“Harap sangat pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan ini.
“Ini soal akidah. Sedih sangat dengan bangsa sendiri,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Menerusi hantaran sama, Fauzi turut menyeru dan menggesa agar pihak berkuasa JAKIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membanteras isu seperti ini.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran sama, Hijabista mendapati bahawa rata-rata wargamaya memuji tindakan Fauzi yang membela agama Islam dan turut menyokong agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil dan pihak tertentu di bawa ke muka pengadilan.
Berikut merupakan beberapa hantaran komen dari netizen yang berjaya mencuri perhatian Hijabista.
“Penerbit, penulis skrip Kafir! Pengarah? Saja buat konfius? Huhai agama kau sendiri kau buat main. Suka dan gelak team produksi kau,” kata netizen.
“Anak-anak sekarang mudah keliru dan terpengaruh. Mereka tak boleh bezakan. Kena banyak bagi penekanan bab akidah ni. Harap diambil tindakan serta iktibar dari hal-hal macam ni,” tulis warganet.
“Masyaallah tabarakallah abang.. suara kan lagi..supaya tiada lagi cerita-cerita macam ni keluar,” komen wargamaya.
Sekadar info, Mentega Terbang merupakan sebuah filem berdurasi pendek arahan Khairi Anwar, yang diterbitkan oleh Tan Meng Kheng telah mula ditayangkan menerusi platform penstriman berbayar Viu pada 19 Januari lalu.
Ia mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.
Khasiat telur rebus bukan sahaja membantu kenyang lebih lama, malah baik untuk kesihatan mata, otak, kuku dan tulang wanita. Ketahui manfaat lengkapnya di sini.