Islam telah mengajar kita untuk sentiasa melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Antara perkara yang disuruh oleh Allah SWT ialah melakukan beberapa amalan sebelum tidur.

Sumber gambar: lucaspcarlini

Begitu terperinci dan indahnya agama Islam, sehinggakan sebelum tidur pun disarankan untuk melakukan beberapa amalan supaya Allah SWT menyayangi kita dan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah!

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum tidur adalah:

Mengambil wudhu

Amalan kebiasaan Rasulullah sebelum tidur ialah yang pertama, mengambil air wudhu. Air wudhu ini bukan sahaja mempersiapkan tidur kita seperti ingin bersolat ataupun dijadikan pelindung dari kejahatan syaitan, malah ia membuatkan diri kita lebih tenang. Keadaan tubuh kita menjadi lebih suci.

“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka berwudhulah sebagaimana wudhumu untuk solat.” (HR. Al Bukhari no. 6311 dan Muslim no. 2710).

Menjaga kebersihan tempat tidur

IKLAN

Seterusnya, amalan Rasulullah sebelum tidur ialah menjaga kebersihan tempat tidur. Menghilangkan kotoran yang pada bantal dan tempat tidur. Sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit dan juga pernafasan.

Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan, ‘bismillaah,” kerana ia tidak tahu apa yang terjadi di atasnya tadi.” [HR. Al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714, at-Tirmidzi no. 3401 dan Abu Dawud no. 5050.

Sumber gambar: Rednoe.prod

Memperbanyakkan zikir

Amalan mengingat Allah atau zikir menjadi kebiasaan amalan Rasululah sebelum tidur yang patut diamalkan. Bacaan ini akan membuat hati lebih tenang, sesuai dengan firman Allah, “Ala bidzikrillahi tathmainnul qulub (hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram).” (Ar-Ra”du ayat 28).

IKLAN

Membaca Ayat Kursi

“Jika engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), maka bacalah ayat kursi. Nescahya Allah akan selalu menjagamu dan setan pun tidak akan mengganggu tidurmu hingga pagi tiba.” (HR Al-Bukhari).

Membaca Doa Sebelum Tidur

IKLAN

Akhir sekali, bacalah doa tidur bagi menyempurnakan malam anda sebelum tidur.

“Apabila Nabi shallallahu alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan doa: Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, Beliau mengucapkan:

“Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).” (HR. Bukhari no. 6324).

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI