Usaha kecil dengan menyumbangkan cenderahati sebagai tanda penghargaan buat para pendidik. Tanpa pernah harapkan balasan, para guru selama ini telah banyak berkorban masa dan tenaga mendidik anak bangsa, inisiatif jenama pakaian terkenal, Sabella menghadiahkan baju kurung kepada guru di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya memberikan 20,000 helai baju kurung menerusi kempen #SabellaSrikandi bagi menghargai jasa guru, jumlah yang mencecah RM1.2 juta sempena sambutan hari yang penuh bermakna ini.
Terkenal dengan fabrik yang memudahkan untuk hijabi kekal bergaya, helaian istimewa ini menjadi kegemaran pada pendidik. Simbolik kepada program menyantuni para guru ini, selebriti terkenal Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terbabit.
Ads
“Kempen ini dibuat memang untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara. Jadi, bersempena sambutan Hari Guru tahun ini, Sabella melancarkan kempen #SabellaSrikandi. Bagi kami, guru juga adalah wira yang perlu dikenang jasa mereka.
Hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan
Kempen ini berjaya mengedarkan 20,000 helai baju melalui platform website sabella dan juga telah terjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Kempen yang dijayakan ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada guru yang mana ramai antara mereka pelanggan setia kami,” katanya.
Ads
Hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan para pendidik selain merancang untuk meneruskan tradisi sama pada kempen lain.
“Mungkin hadiah ini tidak sebarapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita. Cuma, apa diharapkan hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan lagi hari mereka.
“Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka ketika kami turun padang menyampaikan hadiah ini. Insya-Allah, kempen sebegini akan diteruskan. Doakan kami supaya sentiasa berikan rezeki agar dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua orang boleh mengalami jerawat terutama jerawat di bahagian dahi, apatah lagi wanita yang mengayakan hijab sepanjang masa. Apabila kelenjar kecil di bawah permukaan kulit menjadi tersumbat, Jerawat sering tumbuh di dahi seseorang, walaupun ia juga boleh tumbuh di banyak tempat di bahagian badan anda.
Perubahan hormon, tekanan dan kebersihan yang tidak dijaga adalah pencetus jerawat yang biasa. Keadaan ini tidak menimbulkan risiko kesihatan yang serius, tetapi anda mungkin menganggapnya tidak penting dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Jom semak melihat apa yang menyebabkan jerawat dan kenapa jerawat tumbuh di dahi dan bagaimana ia dapat dirawat dan dicegah.
Jerawat biasa berlaku semasa akil baligh kerana perubahan tahap hormon. Jerawat adalah keadaan kulit kronik yang boleh mendorong masalah kulit berikut:
Jerawat boleh tumbuh di mana sahaja di badan seseorang, tetapi sering terjadi pada wajah, bahu, punggung, dada dan lengan. Anda mungkin melihat penampilan jerawat apabila kelenjar kecil tepat di bawah permukaan kulit tersumbat.
Kelenjar ini, yang dikenali sebagai kelenjar sebum yang menghasilkan bahan berminyak. Ia juga boleh disekat oleh sebum, sel kulit mati, atau bakteria yang terlalu banyak. Apabila ini berlaku, kelenjar mungkin meradang, dan jerawat dapat berkembang.
Faktor-faktor tertentu dapat meningkatkan jumlah sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum. Sebum ini meningkatkan kemungkinan jerawat berkembang. Antara faktor-faktornya:
Perubahan hormon: Jerawat sangat kerap berlaku semasa akil baligh kerana tahap hormon turun naik dengan ketara dalam tempoh ini.
Tekanan: Terdapat kaitan antara tekanan dan wabak jerawat, tetapi sebabnya tidak jelas.
Ubat: Beberapa jenis ubat boleh menyebabkan jerawat sebagai kesan sampingan. Contohnya termasuk steroid, antikonvulsan, barbiturat atau litium tertentu.
Kebersihan: Tidak mencuci rambut dan muka dengan kerap boleh menyebabkan deposit berminyak di dahi dan penyumbatan yang menyebabkan jerawat.
Produk rambut: Beberapa produk rambut, seperti gel, minyak atau lilin, dikaitkan dengan jerawat yang dikenali sebagai jerawat pomade.
Iritasi kulit: Menggunakan solekan di dahi atau memakai hijab atau topi, boleh merengsakan dahi dan juga menyebabkan jerawat. Kerap menyentuh dahi juga boleh memburukkan kulit dan mencetuskan jerawat.
Individu dengan jerawat dahi ringan mungkin dapat membantu menggunakan jus lemon atau limau.Rawatan akan berbeza-beza bergantung kepada keparahan wabak jerawat. Sebilangan besar individu boleh merawat jerawat mereka dengan ubat-ubatan yang dijual di drugstore. Pelbagai jenis gel, sabun, losen dan krim tersedia untuk merawat jerawat.
Produk ini biasanya mengandungi satu atau lebih bahan aktif berikut:
Seberapa baik dan berkesan rawatan ini berbeza antara individu, jadi percubaan dan kesalahan mungkin diperlukan untuk menentukan yang terbaik. Individu yang mempunyai kulit sensitif mungkin mendapat manfaat daripada melekat pada krim atau losen.
Anda mungkin memerlukan beberapa minggu untuk hilang sepenuhnya, jadi anda perlu bersabar dengan rawatan ini. Sebilangan individu juga mempunyai kesan sampingan ringan, seperti kerengsaan kulit pada peringkat awal rawatan.
Bagi anda yang mempunyai jerawat yang lebih teruk, ubat preskripsi mungkin diperlukan. Pakar kulit akan dapat menilai gejala seseorang dan menentukan rawatan terbaik. Ini boleh merangkumi ubat oral dan gel atau krim yang boleh digunakan oleh seseorang secara langsung ke dahi mereka.
Individu yang mempunyai jerawat harus mengelakkan munculnya jerawat kerana ini meningkatkan risiko parut dan jangkitan. Rawatan di rumah juga boleh digunakan bersama ubat-ubatan atau untuk kes jerawat yang ringan pada dahi. Contoh rawatan di rumah adalah dengan memberi tekana hangat di dahi dua kali sehari, yang dapat membantu menghilangkan sebum berlebihan dan meningkatkan pemulihan.
Mencuci secara langsung selepas beriadah dapat membantu mencegah jerawat tumbuh. Menjaga tahap kebersihan diri yang baik juga adalah kaedah terbaik bagi seseorang untuk mencegah jerawat di dahi. Walaupun beberapa jerawat mungkin tidak dapat dielakkan, terutama semasa akil baligh, mencuci secara berkala akan membantu mengurangkan risiko terjadinya wabak yang ketara.
Jarang individu tidak mengalami jerawat di dahi, terutama ketika seseorang sedang mengalami akil baligh. Tekanan, kebersihan yang buruk, produk rambut, solek, dan kerengsaan kulit semuanya boleh membuat jerawat seseorang bertambah buruk.
Individu yang mempunyai jerawat yang lebih ringan sering dapat merawat gejala mereka di rumah dengan pelbagai gel OTC (over the counter), sabun, losen dan krim. Seseorang yang mempunyai jerawat yang lebih teruk harus berjumpa dengan doktor atau pakar yang akan dapat memberikan ubat yang lebih kuat dan berkesan jika mereka merasa perlu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Warganet ramai yang mengikuti perkembangan tentang adik Ainul Mardhiah apatahlagi kesihatan Ainul berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.
Beberapa jam yang lalu ayah Ainul, Ahmad Safiuddin ada berkongsi keadaan terkini Ainul.
Namun ayah Ainul menerangkan mengenai isu status yang dimuat naik sebentar tadi.
Assalamualaikum wbt.
Ainul masih ada lagi, dia masih bernafas. Saya minta maaf sangat sangat mungkin saya menulis ketika beremosi sehingga buat orang salah faham.
Saya harap mana mana page atau individu yang muatnaik status ainul dah tiada itu supaya padam atau diturunkan.
Saya minta maaf, bukan salah anda, ini salah saya sendiri. Saya tak cukup tidur 4 hari ni menyebabkan fikiran saya tidak “stabil”. Dan mungkin memuatnaik status dalam keadaan yang terlalu emosi dan sedih.
Jauh sekali saya minta Ainul pergi walaupun saya tak tahu sampai bila Ainul kena tahan macam tu. Saya doa dia sentiasa diberi kekuatan untuk bertahan. Saya yakin, Tuhan dah lama angkat sakitnya. Air muka dia tetap nampak tenang. Saya redha. Apa yang berlaku, saya berlapang dada dan terima itu sebagai takdirNya.
Benar, Ainul dalam keadaan tak stabil. Sawan panas @ demam sawan. Tapi apa pun, Doctors dah support Ainul apa yang patut dan kita tunggu Ainul bangun semula. Moga Allah izin.
Berlangsungnya konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Sabtu, ternyata ramai yang berpuasa hati dengan persembahan Aina.
Seperti yang dijanjikan Aina akan tampil dengan fesyen yang ekstravaganza ketika konsert, malah Aina Abdul juga berjanji menjaga sensitiviti orang ramai. Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai, 3 busana digayakan pada malam pertama yang mempunyai keunikan dan cerita tersendiri.
Sebagai seorang hijabi yang menitikberatkan pemakaian hijab ketika membuat persembahan, Aina akui untuk sessi menukar baju bukan mudah. ‘Quick outfit change’, Aina berjaya menukar setiap busana kurang dari 2 minit. Menariknya pasukan penata gaya Aina sentiasa menjaga hijabnya walaupun konsert sedang berlangsung.
Setiap malam konsert ANWAA 2.0, Aina memakai busana berbeza, dari ciptaan pereka tempatan. Baju yang digayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu dipakai. Pembukaan malam pertama dengan busana The Hair Outfit By Melinda Looi, lebih dari 150 helai rambut yang diimport di galas ke pentas.
“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, Aina teringin pakai baju yang mempunyai material yang ‘rear’ yang orang tak pernah terfikir nak pakai, Aina kongsi rasa bersama penata gayanya.”
Manakala pada segmen ke 2, Aina mengambarkan dia sendiri seperti princess, cantik ketika di atas pentas. Busana oren kembang direka pereka yang terkenal mereka baju selebriti seperti Che Ta, Mira filzah dan ramai lagi. Zaimi Zukifli berjaya menampilkan Aina lain dari kebiasaannya.
Persembahan yang berlangsung selama 2 jam, pastinya Aina seorang penyanyi yang tidak pernah duduk diam di atas pentas. Busana Rizman Ruzaini semestinya memberi impak yang besar. Aina tampak bertenaga dengan setiap geraknya mengayakan busana ketiga malam pertama ANWAA 2.0. Ya! Busana yang dihiasi tasel ini diakui penonton terpesona dengannya.
“Baju ini bagi Aina movement yang best, ekstra energi untuk membawa segmen yang terakhir” kata Aina.
Setiap perjalanan seninya mendapat restu mak Aina, apatah lagi busana yang digayakan berlangsung selama dua malam. Walaupun mak Aina tidak dapat hadir ke konsert ini, namun Aina akui selama dua hari latihan berlangsung sebelum konsert, mak telah hadiri dan lihat sendiri kesemua busana.
“Sebagai tradisi, mak kena tengok baju dan bentuk persembahan saya, mak saya restu semua baju-baju saya, jika orang lain rasa pelik saya tak kesah, ujar Aina.”
Bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.
Aina sendiri mengakui berasa lega walaupun ada rasa tertekan tentang isu yang diperkatakan tentang dirinya. Aina melepaskan segala kekecewaan dalam semua lagu yang disampaikan pada konsert ini. Aina menganggap konsert ini memberi satu pengalaman baharu apabila dia sendiri turun padang menguruskan kelancaran konsert ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.