Netizen Puji Sikap Linda Onn Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak Sulungnya Yang Berusia 2 Bulan

Share

Sebaik anak lahir masing-masing sibuk membuat persediaan. Bukan sahaja keperluan diri, tetapi juga untuk simpanan masa depan mereka. Bagi selebriti Linda Onn dia mengambil langkah bijak dengan membuka akaun pertama Tabung Haji buat bayinya yang baru lahir dua bulan lalu, Ungku Zara.

Biarpun bayinya masih kecil, tetapi selebriti dan penyampai radio popular ini mengambil pendekatan cukup bagus dengan menabung dari awal untuk anak sulungnya ini.

Malah tindakan Linda Onn juga mendapat pujian dari netizen yang rata-rata bersetuju dengan cara beliau mendaftar akaun tabung haji untuk anaknya itu yang baru berusia dua bulan. Walaupun belum tentu tahun bila dapat mengerjakannya, tetapi ia sebagai persediaan awal.

@lina_suri_hani Tahniah Kecik2 dah ada akaun TH InshaAllah d permudahkan bila sampai masa @lindaonn7

@shoppingwithilma Alhamdulillah.. bagus ada akaun TH ni.. Isi sampai cukup boleh daftar haji. Tahunnya lamaaaa lagi ntah umur brpe dorang waktu tu.

@azizahabbas Alhamdulillah, menabung dr kecil….

@misbanormawati Alahhhhhhhh comeiiiinya….. Waaaa tecik2 lg da ada buku tabung hj ya…. Ucucuuckkkk

Linda Onn sebelum ini selamat melahirkan bayi perempuannya  ini di sebuah hospital swasta hujung Februari lalu. Dia yang sebelum ini menunggu beberapa tahun sebelum menimang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Ungku Azhar pada 2013 lalu.

Dalam sisi lain juga, seperti ibu-ibu lain Lnda juga cukup teruja bergelar ibu. Malah lebih menyeronokkannya merasa pengalamai bergelar ibu apabila dapat memberi susu badan kepada anaknya ini.

Dan mungkin itu jugalah yang menjadi rahsia badan Linda kembali langsing setelah melahirkan. Setelah dua bulan berpantang, Linda kini muncul dengan Linda Onn Table Talk, sebuah rancangan bual bicara berbentuk online melalui channel youtube.

KONGSI 5 FOTO COMEL UNGKU ZARA ATAU SINGKATANNYA UZ

#1. @annysmokhtar Ya Allah comel sgt congratulations!

 

#2. @mmziejimmyAlhamdulillah, secantik bonda

#3. @mylittleemaan Cute

#4. @lyzaempire Comel pipi bambam

 

#5. @haslinda_nordin Zara comel sgtt?? bambam pipi

 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LINDA ONN

IKLAN