Netizen Puji Isteri Angkasawan Negara, Dr Halina Nampak Comel & Muda Pakai Tudung Bawal Square

Share

Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Halina Mohd Yunos memang dikenali sebagai seorang supermama dan juga wanita bekerjaya yang begitu sibuk menguruskan kedua-duanya. Baginya keluarga dan kerjaya sama penting dan dalam hal ini beliau lebih senang memilih bergaya secara sederhana. Justeru tudung bawal square mula menjadi pilihannya untuk digayakan.

Baru-baru ini beliau muat turut status memberitahu beliau lebih senang menggayakan tudung bawal jenis square yang membuatkan dirinya kembali seperti zaman mudanya walaupun kesan ‘eye bag’ jelas kelihatan di wajahnya.

Ternyata Ibu kepada empat cahaya mata ini senang sekali menggayakan tudung empat segi ini yang tidak perlu terlalu kreatif cara lilitannya.

Malah kerjayanya yang sibuk membuatkan dia lebih senang berpenampilan begitu. Walaupun ada antara netizen yang menyuruhnya menjaga penampilan, tetapi Dr Halina ada jawapan tersendiri.

Menurutnya penampilan menarik hanyalah untuk tontonan suaminya sahaja dan bukan orang lain.

Ada juga yang memberitahu padanya, penampilan tudung bawal itu sebenarnya membuatkan seseorang itu nampak lebih muda.

@nuraidaeizam@drhalina …so trueee…u will look more younger in square scarf..lebih2 lagi kalo pakai yang gambar2 cartoon…it will attract ur kids to look @ u …

@ilah_zainal Square scarf does make us look younger doctorrrr 

@zarina_adnain You look very different @drhalina from this angle. Peloless and younger..

@ezalieza Yes doc. Square scarf make us pretty younger.. 

Malah netizen juga turut memuji kulit beliau yang cantik dan meminta petua untuk menjaga kulit seperti dirinya.

@renee_rafizan Dr cantiknya kulit muka.bersih je…apa rahsia Dr?

@hushsya Dr Halina yang comel. Apakah skincare dr Halina gunakan? Suka tengok wajah dr Halina yang cantik itu

@nanasyakinah doc tak makeup pun comel 

@drharlina

Dalam pada itu, Dr Halina yang menyedari dirinya kini mempunyai berat badan berlebihan sejak melahirkan kedua-dua anak kembar.

Apatah lagi beliau juga memberikan penyusuan badan kepada kembarnya hingga membuatkan dirinya sering lapar dan makan banyak.

Jika sebelum ini beliau berjaya menyembunyikan masalah berat badan ini dengan memakai baju besar.

Dan setelah setahun kelahiran baby Noah dan Adam yang disambut semalam, Dr Halina kini nekad untuk kembali fit seperti sebelumnya.

Apa pun Hijabista ucapkan semoga impiannya akan berjaya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR HALINA

IKLAN