Netizen Puji Adik Che Ta, Ruby Che Wan Memang ‘Natural Beauty’ Bila Hadir Ke Majlis Anniversary Kelima

Share

Beberapa hari lepas pasangan pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima. Keduanya meraikan dengan mengadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga serta teman-teman rapat. Dalam satu foto yang dimuat turun menampikan Che Ta bersama adik beradik perempuan yang lain. Biarpun semuanya tampil jelita, tetapi yang paling menarik perhatian netizen adalah adik Che Ta, Ruby Che Wan.

Kejelitaan Ruby Che Wan begitu terserlah dan netizen mengatakan dia lebih natural beauty dengan penampilan agak lain daripada yang lain apabila hanya mengenakan jubah dan berhijab labuh.

Semua cantik-cantik & Sedap mata memandang @rubychewan

Untung @lanpetpet dapat isteri solehah

Natural beauty

Ruby Che Wan merupakan adik Che Ta dan juga merupakan isteri kepada Lan Pet Pet dan telah melakukan penghijrahan setelah balik dari mengerjakan haji dua tahun lalu.

Sebaik melakukan penghijrahan Ruby Che Wan lebih selesa memilih persalinan yang lebih memenuhi syariat wanita Muslimah dengan mengenakan jubah dan tudung labuh setiap kali keluar bersama adik beradiknya yang lain.

Walaupun penampilannya berbeza, tetapi Ruby Che Wan dilihat tidak kekok dan hubungan mereka adik beradik juga sangat rapat.

Selain itu, dia juga banyak berkongsi dan menyebarkan dakwah di media sosial melalui laman Instagramnya dengan berkongsi ilmu yang baik kepada followernya.

 

Sempena ulang tahun kelima ini juga Che Ta sendiri turut mengharapkan rumah tangganya kekal bahagia seperti pasangan Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha, sesetia pasangan Lan Pet Pet dan Ruby Che Wan, juga seharmoni rumah tangga Dato Faizal dan Datin Jaja dan sefahaman serta rajin holiday

macam Abang Long dan Kak Mah.

Majlis sambutan ulang tahun ini turut diraikan bersama ahli keluarga lain serta teman-teman rapatnya yang banyak membantu ketika majlis perkahwinannya lima tahun lalu.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN & RUBY CHE WAN

IKLAN