
Pelawak, pelakon dan pengacara Jihan atau lebih popular dengan nama pentaz Jihan Muse merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara di Malaysia. Meskipun, sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen Jihan kini terlihat bahagia dan lebih menghabiskan masa berkualiti bersama suami dan anak.
Terbaharu, suri hati kepada Ungku Hariz ini telah membuat netizen terkesima dan kagum dengan ilmu agama yang dimilikinya apabila Jihan mengajarkan anak sulungnya, Ungku Arsalan Haq mengaji lengkap berserta hukum Tajwid dan makhraj yang betul.
Ajar Anak Mengaji Berserta Hukum Tajwid Yang Betul!
@jihanmuse83 #jihanmuse #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryoupage #foryourpage #4u #4you #4upage #beranda #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp ♬ original sound – Jihan Muse
Perkara berkenaan dikongsikan Jihan menerusi muatnaik satu hantaran video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini. Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat Jihan yang sedang mengajarkan anak pertamanya belajar mengaji dan membetulkan kesalahan bacaan berserta hukum Tajwid dengan betul.
Malah, video berkenaan berjaya menjadi sorotan wargamaya dan rata-ratanya kagum dengan ilmu agama yang dimiliki ibu kepada dua cahayamata itu sehingga video berkenaan mencecah jumlah tontonan sebanyak 518 ribu dan menerima 25.7 ribu tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat respon yang ditinggalkan warganet, kebanyakan netizen yang menonton video tersebut menzahirkan bertapa bertuahnya Ungku Hariz memiliki Jihan dan berjodoh dengan wanita yang mempunyai ilmu agama yang mantap. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan orang ramai pada hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Netizen Suka Lihat Jihan Muse Berhijab, Katanya Cantik & Nampak Muda. Mahu Berubah ‘Slowly’ Bukan Drastik!
“My mom kata, jadi ibu perlu ada ilmu kena pandai didik anak-anak, kerana ibu adalah madrasah dalam rumahtangga. Anak-anak mungkin tak dengar cakap, tapi mereka akan mencontohi kedua ibu bapa.
“Untung kahwin isteri asal kampung, mengaji ni benda wajib kalau di kampung”
“Alhamdulillah tahniah! Siap hukum Tajwid. dari kecil dah diajar dengan bacaan yang betul sampai akhir hayat anak ingat,” ujar netizen.
Sekadar info, pemilik nama penuh Nuur Jihan binti Musa memulakan kerjayanya dalam industri tanah air apabila menyertai pertandingan raja lawak musim ketiga dan mendapat tempat kedua. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menyertai pertandingan itu.
Selepas itu, Jihan terus menempa nama dalam bidang blakonan dan pengacaraan terutamanya dalam rancangan Gegar Vaganza yang digandingkan bersama Nabil Ahmad.
Sumber: Tik Tok Jihan Muse
Artikel berkaitan: Sudah Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Jihan Muse dan Suami
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Tetap Jaga AURAT, Pilih Tudung Sarung SEGERA & Tanpa Mekap Tetap COMEL Sebelum Lahirkan Puteri Sulung

Setelah hampir 11 tahun menanti, penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi di sebuah hospital swasta. Sebelum ini tersebar luas mengatakan Siti sudah bersalin, tetapi pasangan ini akhirnya memilih hari ini, Isnin bersamaan 1 Rejab buat puteri mereka yang pertama kali melihat dunia. Bayi perempuan seberat 3.55 kg ini dilahirkan secara pembedahan dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan baik. Melalui gambar yang dimuat turun di laman sosial Siti, seri wajah seorang ibu begitu terserlah walaupun penampilannya ketika itu hanyalah memakai tudung sarung segera warna hijau yang mudah sekali untuk digayakan.

Ternyata walaupun gementar menanti detik untuk melahirkan anaknya, Siti dilihat tetap mesra melayan kehadiran tetamu yang rata-rata adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Dalam pada itu, nampaknya Siti tetap menjaga aurat dan penampilannya sebagai seorang wanita Muslimah.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Melalui gambar yang dikongsi oleh pengurusnya Rozi sebelum bersalin, Siti dilihat menutup aurat walaupun hanya dengan mengenakan tudung sarung segera yang memang mudah untuk digayakan. Beliau hanya sekadar mengenakan tudung segera dan wajahnya juga terampil polos tanpa sebarang calitan alat mekap seperti yang biasa kita lihat penampilannya sebelum ini. Namun Siti tetap comel dan kekal jelita seperti selalu.
Ramai cukup teruja menanti detik kelahiranyan puteri ini yang memang dirai kerana melihat dekorasi bilik yang dihias cukup indah.
Bertemakan warna pink, dengan kelambu putih dengan kemasan reben menyerikan lagi tempat istirehat sementara Siti di Hospital Gleneangles, Kuala Lumpur. Menerusi akaun Ig Nurul Zahid, dilihat bagaimana persiapan mereka dengan menyediakan kain rentang bertulis ‘welcome to the world little princess’.
A post shared by Nurulhidayah & Saiful Nizam (@nurulzahid) on
Ternyata bukan sahaja ahli keluarga terdekat teruja malam peminat juga turut terharu menerima berita kehadiran puteri sulung Siti. Sebaik mendengar berita kelahirannya, puteri yang masih belum ada nama ini tidak putus-putus menerima hadiah dari peminat ibunya yang merupakan penyanyi tersohor negara.
Sebenarnya ada sebab tertentu kenapa Siti dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa memilih hari Isnin yang bersamaan 1 Rejab ini sebagai hari kelahiran puteri mereka.
Mereka dikatakan memilih hari ini kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah SAW) selain ia jatuh pada 1 Rejab. Sebelum itu Mufti Menk juga turut menzahirkan kata-kata semangat dan mendoakan proses melahirkan kepada penyanyi kesayangan ramai ini berjalan lancar.
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Pastinya peminat Siti tidak sabar untuk melihat wajah puteri mereka ini kerana memang selama ini mereka menantikan detik penuh bersejarah buat kedua-duanya. Namun menurut kenyataan Rozi juga, Siti dan keluarga memohon ruang untuk diberi masa berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, keduanya juga turut meminta diberi masa sebelum mengumumkannya kepada umum.
Sementara itu Rozi juga sebentar tadi dalam instagramnya memuat turun status memberitahu segalanya berjalabn lancar dan berterima kasih atas ucapan dan doa serta perkongsian kegembiraan dari pelbagai pihak. Mewakili Siti sendiri, Rozi memberitahu bahawa Siti sendiri begitu menghargai sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penyanyi ini.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Hijabista doakan semoga ibu dan anak ini berada dalam keadaan sihat dan menjalani tempoh berpantang seperti wanita lain yang melahirkan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 13 ‘Makeup Base’ Rahsia Buat Solekan Tahan Lama & Kulit Bebas Cela. Hijabi Boleh Cuba Ya!

Isi Kandungan
ToggleSetiap kali keluar rumah, pasti anda akan mengenakan solekan pada wajah agar wajah tampak lebih berseri dan bermaya. Antara perkara yang penting sebelum mula bersolek adalah memakai makeup base. Makeup base berfungsi sebagai penutup pori wajah dan buat wajah tampak mulus. Malah, solekan juga akan kekal lebih lama.
Anda tentu bingung dan keliru untuk memilih ‘makeup ‘base’ yang sesuai dengan kulit wajah anda kan? Kini anda tidak perlu runsing untuk memilih makeup base yang sesuai kerana wanita bernama Azreena Azmi ini telah berkongsi 13 jenis ‘makeup base’ dengan fungsi yang berbeza mengikut keperluan kulit masing-masing. Semua ini boleh didapati di drug stores berhampiran anda.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Beberapa Sebab Pentingnya ‘PRIMER’ Untuk Make Up Yang Cantik Dan Tahan Lebih Lama!
Fungsi ‘Makeup Base’
Kali ni makeup base pula. Mostly makeup base yang jual kat Watsons or any drug store semuanya ada fungsi yang sama iaitu tutup poridan bagi nampak halus. Susah nak cari yang boleh bagi mekap lasting, ada satu dua produk ja. Tapi jangan risau, ampa boleh pakai 2 jenis ‘makeup base’ kat muka.
Semua Ena letak standard 16 jam. Sebab memang semua produk depa letak ‘setengah hari’ tahan. Ada yang kurang daripada itu bergantung pada kulit masing-masing.
First, pakai yang bagi lasting. Second, makeup base yang boleh tutup pores, sapu kat kawasan yang big pores ja.
Kalau untuk kulit kering ada satu dua produk jugak. Sebab kat drug store tak dak juai yang oil-based. Sebab oil-based ni sesuai untuk dry skin. Macam argan oil or any oil. Actually bio-oil pon boleh buat ‘makeup base’. Haaaaa! Tapi untuk kulit kering je la. Yang berminyak tu jangan gatai pi pakai. Nanti lagi nampak berminyak, boleh goreng teloq. Hahahaha
Kalau pores terlalu besaq macam iols memang tak boleh buat apa nak bagi nampak licin. I’m so sorry. Memang akan nampak.
Makeup base ni hampa nak pakai dia saja pon boleh, nak pakai before foundation pun boleh. Ikut la mana satu hampa mau. Janji hampa hepy. Muahahaha.
Harga yang display semuanya NORMAL PRICE kat WATSONS, HIJABISTA kongsi paralink untuk beli atas talian jer. Mudah bukan!
1. Pure Beauty Pink So Blur Cream SPF15

Mesti ramai tertanya-tanya fungsi blur cream ni. Hahaha. Ni pakai last sekali lepas sunblock ataupun step pertama sebelum apply makeup. Boleh dijadikan makeup base atau pakai ni saja. Fungsi untuk tutup pores dan bagi effect muka nampak sihat dan bermaya dan berseri.
Ni fav ena, dah 4 botoi pakai rasanya. Ena pakai yang ni sahaja, lepas tu apply baby powder ja. Dia bagi effect glowing, muka nampak pinkish sebab warna cream dia pink lembut. Tapi tak berminyak pun, sesuai untuk depa yang keja bawah aircond. Sebab yang ni bagi kulit lembab.
Untuk oily skin boleh nak pakai, tapi tak tahan lama. After apply yang ni better pakai loose powder untuk tahan lebih lama.
Texture: light cream (tak heavy)
Tahap lasting: 6 jam (bila lebih dari tu kulit ena mula keluaq minyak ?)
Untuk semua jenis kulit: Terutamanya dry skin Tak clogged pores
Dalam masa yang sama boleh merawat kulit untuk tona lebih sekata. Mereka yang nak kulit ala-ala kpop walaupun muka tak berapa kpop. Hurmm boleh la tuuu.
- ONLY AT WATSONS: Harga: RM52.90
- LAZADA: BElI DI SINI
2. Luna Pro-Lighting Base SPF30

Haaa yang ni untuk sapa yang suka muka nampak merelit papp papp. Berkilat bagaikan batu permata kat cincin. Iols suka yang macam ni. Nak buat makeup nampak glowing mowing.
Bukan untuk tutup pores. Dia lebih kepada lembabkan kulit. Kalau ada pro makeup kat sini boleh perasan texture dia macam becca backlight priming filter. Cepat absorb. Cepat kering bila apply.
Texture: liquid
Boleh clogged pores sbbkan dia punya shimmer, so kena buat deep cleansing
Tahap lasting: 16 jam
Untuk jenis kulit: all skin types terutamanya dry skin
- ONLY AT WATSONS (EXCLUSIVE BY WATSONS) : Harga: RM89.00
3. Revlon Photoready Pore Reducing

Yang ni pun ena pakai bila nak buat heavy makeup, or nak attend any function. Sebab ena ada big pores and kulit shining-shining. So, sesuai untuk mereka yang nak makeup nampak matte (kering, no kilat-kilat) . Boleh cover pores. Boleh buat makeup tahan juga. Setakat ni pakai memang puas hati ?
Texture: liquid balm (ala macam balm gamat tu, ha macam tu la texture dia cuma dia cayaq sikit ?)
Tahap lasting: 16hours (lama-lama pakai mekap buat apa? Bagi jerawat berkampung kat muka ada la)
Boleh clogged pores. So kena buat deep cleanse.
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk normal to oily skin.
- WATSONS: Harga: RM69.90
- LAZADA : BELI DI SINI
4. Revlon Photoready Brightening

Sesuai untuk mereka yang suka effect cerah. Sebab lepas pakai muka nampak instant cerah (berseri) buat kulit nampak smooth. Boleh cover pores. Kesemua makeup base brand Revlon ni ada fungsi yang sama.
Texture: light balm
Tahap lasting: 16hours
Boleh clogged pores.
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
- WATSONS: RM69.90
- LAZADA : BELI DI SINI
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Bak Porselin, Make Up flawless Dengan 12 Primer Cadangan Dan Ini Cara Terbaik Pilih Primer.
5. Revlon Colorstay UV Primer SPF40

Untuk yang suka makeup light-light, sebab dia ringan. Ada SPF40. Makeup lasting 24 hours tapi dia tak boleh tutup pores. Heee.
Texture: liquid
Tahap lasting: 24jam
Tak clogged pores. Tapi pakai lama-lama boleh clogged
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
- WATSONS: RM69.90
- LAZADA : BELI DI SINI
6. Maybelline Baby Skin Pore Eraser

Ni ramai orang tau kan. Femes jugak kat luaq negara. Dia tak kering. Boleh cover pores. Buat kulit nampak halus mulus bak kulit bayi. Breathable (kulit masih boleh bernafas), shine-free (tak bagi muka nampak berkilat) and dia ada cherry extracts yang bagus untuk antioxidants (perlindungan dari pencemaran udara)
Texture: liquid balm (light, weightless)
Tahap lasting: 16jam
Tak clogged pores. Sama jugak kalau pakai lama-lama boleh clogged. Muahahahahaha.
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types
- WATSONS: RM29.90
- LAZADA : BELI DI SINI
7. Maybelline Dream One Day Perfect SPF18

Ni produk baru keluaq ja tahun lepas. Hehehe. Dia serap minyak dgn baik. Boleh cover pores. Tak mengeringkan kulit dan tak membuat makeup nampak cakey. So sesuai la untuk all skin types.
Texture: liquid
Tahap lasting: lama jugak la, dalam 16 jam jugak la. Standard la bro. Hahahaha
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit tambah-tambah kulit yang berminyak
- WATSONS: RM52.90
- LAZADA: BELI DI SINI
8. L’oréal Paris Base Magique

Macam biasa, buatkan kulit nampak halus mulus dan cover pores.
Texture: balm
Tahap lasting: 16hours
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit
- WATSONS: RM63.90
- LAZADA: BELI DI SINI
9. L’oréal True Match Blur Cream

Yang ni sama ja fungsi dia macam mak dia (base magique) cuma yang ni texture dia lebih pekat sikit. Dia sama macam Benefit Porefessional. Hehehehehehehe. Macam biasa, cover pores dan buat kulit nampak halus mulus.
Tahap lasting: 16hours
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya oily skin.
Boleh clogged pores.
- WATSONS: RM63.90
- LAZADA: BELI DI SINI
10. L’oréal Lucent Magique Pure Light Primer

Yang ni bukan untuk cover pores. Dia lebih kepada makeup nampak glowing. Sebab dia ada sedikit shimmer. Dia punya tahap kelembapan berpanjangan sampai malam. So sesuai untuk dry skin.
Texture: liquid
Tahap lasting: 16 hours
- WATSONS: RM63.90
- LAZADA: BELI DI SINI
11. Kate Tokyo Makeup Lock Primer

Iols berkenan pulak yang ni. Sebab dia ada banyak fungsi dalam satu tube kecil ni. Boleh control oil, cover pores, siap boleh serap lebihan minyak kat muka. Patut ramai orang beli. Huhuhu. Boleh instant bright lagi. Bagi kulit nampak cerah berseri.
Texture: cream (oil-free)
Tahap lasting: 24 jam ?
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types terutamanya oily skin
Tak clogged pores.
- WATSONS: RM39.90
12. Kate Tokyo Secret Skin CC Base Zero SPF30

Ni produk baru je, siap ada cc lagi (color corrector, sesuai untuk pale skin, muka yang pucat lesu tak bermaya) instant brightening effect. Boleh improve skin complexion. Yang ni dia pink base. Macam biasa boleh cover pores jugak, kurang berminyak.
Texture: cream (non-oily)
Tahap lasting: 16jam
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types, Tak clogged pores
WATSONS: RM47.00
13. Peripera Blur Pang!

Yang ni ketiga-tiganya ada fungsi yang sama iaitu boleh mencerahkan kulit. Glowing mowing. Ni antara best selling dalam watsons sebab chinese suka beli. Kulit depa cerah gebu elok la pakai hat ni. Nak kulit ala-ala kpop la katakan boleh la cuba yang ni. Different dia yang peach tu ada SPF30 dan bau peach. Milk pula ada skin care effect, which is boleh mencerahkan kulit. Banana pula ada bau pishangggg.
Texture: light cream (oily sikit je, sbb dia tak bagi kering kulit)
Tahap lasting: 10 hours
Sesuai duduk bawah aircond sebab dia tak kering
Untuk jenis kulit: Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin.
- WATSONS: RM49.59 (satu, bukan tiga-tiga tu tau)
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: Facebook Azreena Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 5 Tanda ‘Moisturizer’ Tak Sesuai Dengan Kulit Anda, Hati-Hati!

Isi Kandungan
TogglePernah tak jerawat tiba-tiba muncul apabila anda mencuba produk pelembap yang baru? Ya, itu mungkin petanda bahawa produk tersebut tidak sesuai dengan kulit wajah anda! Selain jerawat, ketahui lagi tanda lain yang menunjukkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.
Krim pelembap adalah salah satu langkah asas penting untuk memastikan kulit sentiasa lembap. Ia juga membantu mencegah kekeringan muka, merawat kulit, anti penuaan dan juga membuatkan kulit anda nampak lebih bersinar. Kandungan yang terdapat dalam pelembap juga banyak, seperti lidah buaya atau aloevera, buah delima, madu, hyaluronic acid, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, hijabi perlu tahu bahawa tidak semua pelembap sesuai untuk kulit wajah anda. Perhatikan keadaan kulit semasa menggunakan pelembap muka, jika tanda-tanda berikut muncul, sebaiknya hentikan penggunaan moisturizer tersebut.
Bintik merah muncul
Walaupun terdapat banyak pelembap yang ‘mendakwa’ sesuai untuk semua jenis muka, sebenarnya terdapat jenis kulit yang terlalu sensitif malah boleh menyebabkan kemerahan. Biasanya ini kerana pelembap tersebut mengandungi kandungan minyak wangi.
Menurut Dr. Corey L. Hartman, pengarah perubatan Pusat Kesihatan Kulit Alabama di Birmingham; melalui Southern Living, pilihlah moisturizer yang ringan dan lembut. Tambahan itu, elakkan juga produk yang mengandungi retinol dan asid hidroksi, walaupun baik untuk mencegah penuaan, tetapi ianya tidak bersesuaian buat individu yang mempunyai kulit sensitif.
Kulit Kering Dan Menggelupas
Pelembap sepatutnya berfungsi untuk menjadikan kulit lembap dan lembut kerana ia ‘mengunci’ air di muka. Tetapi, jika ia bertindak sebaliknya dan mengeringkan kulit sehingga menggelupas, ini menunjukkan bahawa pelembap itu tidak sesuai untuk anda.
Hal ini sering berlaku kerana pelembap tersebut menggunakan bahan retinol. Jika anda merasakan simptom semakin teruk, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat pakar dermatologi untuk rawatan yang lebih khusus.
Breakout pada Kulit
Berhenti menggunakan produk pelembap tersebut jika kulit anda menjadi breakout. Jika anda mempunyai kulit sensitif atau berjerawat, anda sepatutnya menggunakan pelembap ringan(light moisturizer).
Anda juga boleh menggunakan gel atau serum pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Tambahan itu, pastikan produk tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan keras. Nak lagi selamat, anda juga boleh membuat pelembap badan sendiri di rumah menggunakan madu, yogurt, minyak zaitun dan sebagainya.
Artikel berkaitan: Perbezaan Krim Dan Losen Sebagai Pelembap Muka. Mana Satu Yang Lebih Baik Sesuai Dengan Cuaca Malaysia.
Timbulnya Banyak Milea di Wajah
Tanda pelembap yang digunakan oleh hijabi tidak bersesuaian ialah apabila munculnya banyak milia secara tiba-tiba. Milea ialah tompok-tompok kecil yang timbul pada kulit yang kelihatan seperti jerawat kecil.
Milia boleh tumbuh di banyak tempat di muka jika anda menggunakan pelembap yang salah. Jika ini berlaku, jangan pecahkan atau tekan pada milia tersebut, kerana ini hanya akan menyebabkan parut dan jerawat pada muka anda.
Kulit Terasa Terbakar
Jika anda merasakan sensasi panas dan terbakar, bukannya segar dan lembap selepas menggunakan pelembap, hentikan penggunaannya dengan serta-merta.
Kulit terasa seakan terbakar disebabkan oleh tahap pH kulit anda yang tidak seimbang di bawah pengaruh pelembap. Oleh itu, cuci muka anda sebaik sahaja ia menjadi panas untuk mengimbangi semula pH kulit anda.
Artikel berkaitan: Fahami Nama Dan Fungsi Bahan Dalam Produk Kecantikan, Sebelum Guna Bahan Beracun!
Sumber: India.com dan Beautynesia
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI