Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri. Dr Zulkifli dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan.

IKLAN

Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.

Namun sekeping surat yang diterima beliau daripada seorang remaja autisme, yang juga ‘peminat’ beliau telah ‘menjentik’ jiwa beliau. Berikut perkongsian Dr Zulkifli.

IKLAN

Sebak membaca surat anakanda Wan Aiman yang dikasihi. Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lalu, pasti kenal anakanda Wan Aiman. Remaja autisme yang pintar dan amat meminati saya. Ini surat terbaharu yang beliau serahkan sendiri kepada saya⁣.

Aiman jual pantun, saya beli ya. ⁣

Dua tiga kucing berlari,⁣
Manakan sama si kucing hitam,⁣
Anakanda Wan Aiman yang Allah kasihi,⁣
Jangan ditinggal solat malam. ⁣

Itulah kunci kekuatan seorang hamba kepada-Nya.

IKLAN

Berperwatakan sederhana dan toleransi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mampu menyelesaikan isu berkaitan agama selain memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Sumber kredit: Instagram Dr.Zulkifli al-Bakri

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI