Siapa kita untuk menindakkan ketentuan tuhan. Begitu juga bila bab jodoh dan pertemuan. Semuanya adalah rahsia, hanya Dia yang tahu alasan dan sebab dan musababnya, mengapa dia menjadi pasangan kita. Malah, tiada siapa dapat menjangka anda akan bertemu dengan wanita yang lebih berusia. Sebagai pasangan yang lebih muda usianya jangan jadikan ia factor anda tidak bahagia apabila tida ada keserasian bersama. Sebaliknya cuba positifkan iri bahawa anda adalah lelaki yang power dan hebat kerana mampu menawan hati wanita yang lebih berusia.
Fahami isteri dan jadikan diri lebih matang. I tu tidak bermaksud anda harus tinggalkan perangai ‘gila-gila’. Anda masih boleh jadi diri anda, cuma perlu ‘mendewasakan’ sedikit pemikiran.
Kenali Rakan Isteri
Mungkin masa bercinta anda tidak berapa kenal isteri anda. Deksti rakan-rakannya untuk tahu sikap sebenar dan elakkan cemburu buta bila isteri meluangkan masa bersama rakan.
Berkahwin dengan isteri lebih tua, isteri lebih ‘makan garam’. Tapi, jangan harapkan isteri buat semua tangggungjawab anda. Apa salahnya untuk menyaningi pengalaman yang ada pada isteri.
Sebagai suami, anda mesti menghadapi masalah untuk masuk zon atau era zaman isteri. Untuk memahami isteri apa kata anda bergaul dengan mereka yang berusia, secara tak langsung anda akan mula terikut-ikut cara ‘orang dewasa’ bergaul.
Jangan mudah terikut-ikut darah muda. Mungkin bagi kawan sebaya tidak menjadi masalah. Tapi tak semua orang boleh terima, lag-lagi mereka yang lebih berusia.
Ada je yang tak kena, lagi-lagi bila isteri cuba ubah anda menjadi lebih matang. Tak salah jika anda bersabar dan cuba ikut caranya. Mungkin masa mula-mula je isteri akan suka, lama kelamaan ia akan bosan apabila anda tidak ad jati diri dan pegangan hidup.
Dalam zaman mengejar kemajuan, ramai di kalangan suami isteri yang bekerja. Walaupun sepatutnya tugas isteri hanya di rumah, namun peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan mereka juga perlu bekerja membantu suami. Namun suami bukanlah boleh bersikap lepas tangan berkenaan nafkah. Perkongsian di laman sosial oleh Khairul Johari, di mana lelaki ini turut mempersoalkan berkenaan bab nafkah.
Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa? Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri..
Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu? Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.. perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.. Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.. Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin….
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum berhubung musibah yang melanda negara Syria, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada 6 Februari 2023 (Isnin).
Meski menerima berita menyayat hati ekoran ramai mangsa dilaporkan terkorban, namun masih ada berita gembira dilaporkan media tempatan, apabila seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui masih hidup di sisi ibunya yang sudah tidak bernyawa, di bawah timbunan bongkah batu.
Hari ini satu lagi keajaiban berlaku, apabila sebuah keluarga akhirnya telah berjaya diselamatkan setelah hampir 40 jam terperangkap dalam timbunan bangunan sejak gempa bumi itu berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh media antarabangsa, Al-Jazeera dalam satu muatnaik video di laman Youtube rasmi milik mereka beberapa jam lepas.
Dalam hantaran video pendek berdurasi 58 saat itu, dapat dilihat pihak berkuasa sedang bertungkus lumus melakukan misi mengeluarkan setiap ahli keluarga yang terselamat dari musibah berkenaan, dari bawah timbunan bongkah batu.
Sepanjang misi menyelamat dilakukan kedengaran orang ramai yang tidak henti-henti melaungkan kalimat ‘Allahuakhbar’.
Malah, sebaik sahaja mangsa pertama berjaya dikeluarkan iaitu seorang kanak-kanak perempuan, gema laungan berkenaan semakin gamat.
Jelas, terpapar riak wajah gembira dan bersyukur, apabila mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Mangsa kedua merupakan kanak-kanak lelaki, serta mangsa seterusnya adalah kanak-kanak perempuan yang dipercayai mempunyai pertalian adik-beradik.
Kemudian, Seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu merupakan mangsa terakhir yang berjaya dikeluarkan dengan bantuan alat pengusung (Stretcher) kerana mengalami kecederaan yang masih belum dapat dikenalpasti.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya seluruh dunia membanjiri hantaran berkenaan dengan doa dan rasa syukur apabila mangsa-mangsa yang masih bernyawa dapat dikeluarkan dari kawasan gempa.
Selain itu, tidak kurang juga umat Islam yang membuat hantaran khas dilaman Instagram masing-masing mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara se-Islam yang ditimpa musibah di sana.
Sekadar info, pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria hari ini meneruskan lagi misi menyelamat mangsa dalam keadaan cuaca sejuk, gegaran susulan dan bangunan runtuh demi mengeluarkan mangsa tertimbus yang terselamat akibat gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 5,000 nyawa sejak ia berlaku.
Bayi yang masih bertali pusat dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun merupakan antara mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Ibu bapa adalah insan paling utama untuk kita muliakan. Walaupun yang sudah berkahwin terutama bagi lelaki, kedua ibu bapa yang wajib ditaati. Tangan ibulah yang mengendong kita sejak kecil hinggalah tahu untuk bertatih, berjalan, berlari dan kemudian menjadi manusia berguna.
Jadi tiada salahnya selepas diberi didikan secukupnya, membalas jasa mereka dengan sewajarnya. Tidak habis duit jika memberikan mereka wang setiap bulan kerana ia sungguh berkat.
Perkongsian lelaki ini, Zakuan Faiz di laman sosial, memberi kesedaran kepada kita betapa insan ini jangan sesekali dilukai, apatah lagi dilupakan. Betapa besar jasa dan pengorbanan mereka. Jangan jadikan ibu bapa sebagai HAMBA, sebaliknya muliakan dengan seadanya. Doa mereka paling mujarab terutama insan yang kita panggil IBU.
Ayuh, ikuti luahannya ini.
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira. Sejak awal lagi kau terlibat riba. Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia. Sejak awal lagi kau makan semua benda. Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!
Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai? Mak bapak kau hambakan? Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
Inilah SYURGA DAJJAL YANG NABI DAH PERINGATKAN KEPADA KITA 1400 TAHUN DAHULU….
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di