Orang lain hendak berhutang, kita pun hendak berhutang. Bukan tak boleh berhutang, tapi jangan sampai kita jadi muflis. Boleh sahaja hendak berhutang tetapi biarlah kena dengan caranya.
Ramai yang kata kalau tak berhutang, memang tak merasalah hendak pandu kereta besar, ada rumah besar dan beli gajet yang diidam-idamkan. Tapi perlu ada hadnya kalau hendak berhutang.
Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad tentang hutang dan muflis. Moga ia bermanfaat untuk kita semua dalam mengurus kewangan.
BERHUTANG JANGAN SAMPAI MUFLIS?
1. Jika kita beli sebuah kereta Proton X50, Honda City atau Toyota vios. Peluang untuk menjadi muflis akan mula terhidang jika salah langkah.
2. Kadar seseorang diisytihar muflis bila gagal selesaikan hutang lebih dari RM50,000.
Ads
3. Beli rumah lagilah mudah menjadi muflis jika kita salah langkah. Pastikan beli rumah yang betul bukan rumah yang over market price.
4. Jika belum bersedia buat hutang, jangan buat hutang dulu. Jika sudah buat, lepas 6 bulan gagal bayar kita akan mendapat notis mahkamah nantinya.
Ads
5. Sebelum buat hutang, tanya diri kita akan disiplin membayar atau tidak nanti. Jika hendak beli rumah bayaran RM1200 sebulan, cuba menabung RM1200 selama setahun, mampu dan ada disiplin atau tidak.
6. Jika selama ini hutang PTPTN pun kejap bayar kejap tidak. Pertimbangkan kembali hendak buat hutang kereta. Malu woii kereta kena tarik waktu lepak kedai mamak.
Ads
7. Jika kita sudah diistihar muflis, kita akan berada di bawah pemantauan KP Insolvensi, tidak boleh keluar negara, akaun bank dibekukan dan had kredit berlaku,semua aset dirampas, tidak boleh bekerja dalam bidang profesional, tindakan tatatertib jika penjawat awam.
Kawan kawan, kawal dan pastikan hutang kita di bawah 40% daripada gaji yang kita terima ya.
Mendengar nyanyian penyanyi ini bagai tidak menduga dia sebenarnya Orang Kurang Upaya (OKU). Biarpun menyedari diri serba kekurangan, namun minat mendapat dalam bidang seni menyebabkan Nur Zafiena Anissa atau Fina tekad meneruskan impian melebarkan bakat dalam bidang muzik. Ternyata kecacatan yang dialami bukan penghalang untuknya mencipta nama apabila lagu nyanyian Tuhan Jagakan Dia menjadi viral dan mendapat tempat di kalangan penggemarnya. Namun bagi Fina sebelum berjaya, dia juga turut tidak terkecuali menerima tohmahan dan hinaan dengan ketidak sempurnaan diri yang dialaminya.
Menerusi tembual bersama Abby Fana atau Kak Bed dalam Inspirasi Sinar FM, Fina berkongsi kisahnya yang cukup menyentuh hati.
Menurut Fina ketika masuk dalam industri ini dia sebenarnya tidak menyangka video nyanyiannya menjadi tular hingga semakin hari semakin banyak orang menonton. Setakat ini sudah 2.6 juta tontonan di laman youtube.
“Gembira bila tahu walaupun kita tak seberapa nak okay, tapi orang boleh tengok kita dan rasa seronoklah.
“Namun saya juga seperti orang lain pernah melalui pahit manis sebelum Fina dikenali seperti hari ini. Fina masih ingat ketika itu Fina demam. Dan kebetulan kalau demam memang kita tak digalakkan minum air sejuk.
“Tetapi waktu itu Fina memang haus sangat-sangat. Kebetulan yang jaga Fina ketika itu bukan mak sedara tetapi orang lain, Hamba Allah. Fina mintak darinya air sejuk dan mintak tolong ambilkan.
“Dia cakap habis. Masa tu Fina okay lagi. Dan kebetulan adik Fina dan alhamdulillah masa tu Allah dekatkan adik Fina di situ dan terus Fina minta air darinya.
“Fina cakap haus dan nak sangat air sejuk itu. Adik Fina terus ambil air sejuk di situ dan beri pada Fina. Waktu itu Fina terfikir kenapa dia perlu berbohong pada Fina berkenaan air itu.
“Fina tegur kenapa tidak beri air berkenaan dan dia menjawab ‘kau dah la buta, buta buat cara butalah. Ada mak bapak menyusahkan orang’. Memang masa tu Fina kena baling dengan pinggan oleh dia.
“Memang bila cakap begitu pada Fina, Fina memangis. Fina sedih kerana selama ini orang yang kita percaya boleh support kita tiba-tiba bercakap demikian,” cerita Fina menceritakan pengalaman pahit dan trauma dialami sepanjang menjalani hidup sebagai OKU.
Menurutnya selepas itu hamba Allah berkenaan ada minta maaf setelah menyedari kesilapannya yang melemparkan kata-kata hinaan berkenaan.
“Walaupun dia ada minta maaf tetapi kesannya tetap ada. Mungkin lambat lagi hati ini nak maafkannya. Fina juga tidak terkecuali menerima komen tak baik dari netizen. Misalnya ada mengatakan suara Fina tak sedap, asal muka buruk dan ia memang beri kita satu impak besar.
“Iyalah kita tidak mintak dilahirkan begini. Dan biasanya Fina akan komen positif pada mereka. Fina kata biarlah Tuhan yang hukum saya macam mana. Biar Dia yang nilai buruk ke, tak cantik kita sama je,” tambahnya yang turut memasang impian mahu bergelar pendidik dalam bidang kesusasteraan.
Tidak ada masalah untuk menggapai cita-cita ini. Lagipun Fina lihat dari segi buat lagu ni dari segi karya dan penulisan, orang suka dan faham maksud dengan lebih mendalam.
“Jadi kat situ Fina dah yakin yang Fina ni boleh terus lanjutkan untuk belajar mungkin dalam bidang kesusasteraan atau bidang muzik,” jelas Fina lagi.
Dalam perbualan itu juga Fina turut memberikan pesanan kepada ahli keluarga yag mempunyai masalah OKU penglihatan seperti dirinya dan kepada insan yang tidak peka dan prihatin.
“Kalau untuk OKU atau keluarga yang ada jaga anak yang OKU penglihatan atau OKU yang lain, Fina mintak sangat jangan letak prinsip OKU itu sebagai satu alasan untuk kita tak bergerak ke hadapan.
“Maksudnya walaupun kita OKU, kita kena anggap yang kita ni normal sama seperti insan lain juga. Dan kepada masyarakat kat luar sana, jangan bagi belas kasihan kepada kami itu sebagai satu alasan untuk kami jatuh.
“Apa yang kami perlukan sebenarnya adalah sokongan padu daripada hamba-hambar di luar sana,” ujarnya yang cukup berbakat dalam ciptaan lagu dan nyanyian sejak kecil lagi.
Tambah gadis berusia 18 tahun ini, muzik bukan sekadar menjadi sahabat paling akrab, malah ruang paling istimewa buat dirinya mencurahkan rasa sedih.
Fina yang cacat penglihatan sejak berusia dua tahun mula mendapat berhatian apabila diundang menjayakan persembahan pada konsert mingguan program mentor Milenia 2017 menyampaikan lagu ciptaan sendiri Tuhan Jagakan Dia yang begitu popular masa kini.
Menurut ibunya, Rahayu Hassan anak sulungnya itu lahir pramatang ketika kandungan berusia tujuh bulan.
Beliau berkata, pada mulanya semua dilihat normal pada anaknya itu. Namun doktor memang ada memaklumkan ada masalah pada bahagian mata. Meskipun sudah berusaha termasuk rawatan laser, ternyata pebnglihatan Fina tidak dapat diselamatkan.
Doktor memberitahu urat pada bahagian mata Fina rosak sepenuhnya dan harapan untuk melihat hanya aka nada jika dunia perubatan mampu mencipta rawatan memulihkan urat yang rosak. Walaupun tahu ia sesuatu yang sukar namun sebagai ibu dia tidak berputus harap.
Walaupun menyedari kekurangan, tetapi dia tetap melihat ada rezeki dan kelebihan lain pada diri anaknya itu dan akan terus menyokong untuk terus berada di sisinya.
Untuk memiliki bibir yang merah dan lembap pastinya idaman semua wanita. Tidak perlu menggunakan lipstik ataupun produk pelembap bibir, bahan-bahan semulajadi juga turut berfungsi untuk menjadikan bibir anda kemerahan dan lembap seperti memakai lipstik!
Kos yang murah dan tidak susah untuk mencarinya, pilihan bahan semulajadi ini merupakan salah satu kaedah yang boleh anda cuba di rumah untuk memastikan bibir anda sentiasa merah-kemerahan dan lembap sentiasa!
1. Adunan lemon & madu
Kedua-dua bahan ini sudah jelas terbukti untuk memberi kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Bukan hanya dapat menjadikan kulit lebih muda, malah adunan kedua-dua bahan yang kaya dengan Vitamin C ini amat baik untuk menjadikan bibir sihat dan tidak kusam. Caranya:
Ha! Pasti ada diantara anda yang baru sahaja mengetahui tentang cara ini, kan? Apabila menggosok bibir menggunakan berus gigi, ia dapat menghilangkan segala daki dan sel kulit mati yang ada pada bibir. Ia juga dapat meningkatkan kolagen pada bahagian bibir! Ia sekali gus dapat menjadikan bibir merah-kemerahan seperti anda memakai lipstik! Caranya:
3. Gula
Mengapa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli skrub di pasaran? Sedangkan anda sendiri boleh membuat skrub di rumah hanya dengan menggunakan gula! Gula dipercayai mampu mengembalikan keremajaan pada kulit bibir dan menyahkan segala kotoran yang ada pada bibir.
Untuk melakukan cara ini, anda memerlukan gula kasar dan juga jeli petroleum ataupun ‘vaseline’. Caranya:
Buang ketepi produk lip gloss yang dijual dipasaran. Daripada anda membazir duit dan menggunakan banyak bahan kimia, apa kata anda lakukan sendiri lip gloss dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah. Ia dipercayai dapat memberikan nutrisi pada bibir dan memberikan bibir lebih merah secara semula jadi. Caranya:
5. Minyak zaitun dan minyak kelapa pengganti lipstik
Antara cara lain pula ialah gantikan minyak zaitun atau minyak kelapa kepada lipstik anda untuk seketika. Ia berfungsi untuk menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu. Caranya:
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kadangkala bila hidup terlihat serba sempurna, itulah waktu dimana kita sering alpa dan semakin menjauh dari yang maha esa! Itulah juga apa yang dialami oleh usahawanita yang juga pengasas Mutyara, Tya Arifin.
Menurutnya, meski dikurniakan segalanya dalam kehidupan, namun dia tetap mempunyai ruang kosong dalam diri yang sering meminta untuk diisi.
Justeru, tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur nikmat, ibu kepada dua anak ini mendedahkan, dia mula memikirkan secara mendalam soal rohani selepas melihat perubahan suami yang kian mendalami ilmu agama Islam.
“Sebab terbesar saya memutuskan untuk menutup aurat ialah saya mahu berhijrah. Alhamdulillah Allah telah berikan saya pelbagai nikmat, keluarga, anak-anak dan perniagaan yang berjaya walau berhijrah dari Palembang ke Malaysia.
“Apa lagi yang Allah tidak kurniakan? Saya tidak mahu jadi wanita dan hamba yang kufur nikmat.
“Allah telah berikan lebih daripada apa yang saya minta, tapi sentiasa ada satu yang kurang. Saya berjaya menolong orang melalui perniagaan namun saya tidak mampu menolong diri sendiri.
“Dalam rumah tangga ada masa kita diuji dan ia menguatkan saya untuk berubah. Suami pula semakin dekat dengan ajaran Islam dan berubah menjadi lebih baik. Jadi tidak adil jika saya tidak mahu berubah.
“Allah sentiasa ada bersama saya di saat saya memerlukan pertolongan dan Allah berikan yang terbaik untuk saya. Sampai satu masa saya terfikir, Allah begitu baik dengan saya.
“Bila difikirkan ada satu titik yang belum dibuat iaitu saya tidak menjadi seorang Muslimah yang sempurna. Saya tidak menjadi hamba Allah yang baik,” ulasnya panjang lebar.
Tegasnya, jika terbit niat untuk berbuat baik dan memakai tudung, cuba segerakan niat.
“Sebelum ini saya fikirkan manusia yang bertudung dan menutup aurat ialah perkara biasa. Saya fikirkan untuk berhijab, nanti dahulu, akan datang hidayah.
“Saya mahu baikkan hati dahulu. Tapi sekarang saya fikirkan, alangkah baiknya andai saya cepatkan keputusan ini dahulu.
“Saya juga sedar saya tidak mahu suami menanggung dosa dan Prof Muhaya juga banyak menasihati saya mengenainya.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling. Hijrah ini kerana saya dan Allah, Allah terlalu baik dengan saya. Saya tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada pengikut.
“Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak, isteri yang baik untuk suami dan contoh yang baik buat peminat kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.
Akur akan trend selebriti membuka hijab, jelasnya dia perlu mengawal diri sendiri agar dapat terus istiqamah dengan perubahan.
“Dalam dunia ini ada dua, perkara yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Kita boleh mengawal diri sendiri dan tidak mampu mengawal orang lain.
“Jadi sangat penting untuk saya tahu, saya mampu mengawal diri sendiri. Jika kita mahu fikir mengenai orang tidak sukakan kita, kita akan penat.
“Penghijrahan saya satu proses yang sangat panjang, selama 25 tahun baru saya mendapat hidayah dan tidak semudah itu untuk terus berubah.
Dia turut berkongsi tiga tips kepada wanita lain yang turut punyai rasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Pertama berubah kerana Allah, kedua kena cepat membuat tindakan, jika mahu memakai tudung, terus segerakan. Dan ketiga, yakin kepada rezeki yang Allah tetapkan,” titip Tya.
Untuk rekod, tatkala berkongsi kisah hijrahnya, pelakon dan usahawan Tya Arifin merasa sebak kerana pada mulanya dia langsung tiada perancangan untuk berhijab, namun Februari 2020 merupakan titik perubahan terindah dalam kehidupanya!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Fesyen wanita plus size boleh tampil anggun dan bergaya dengan pemilihan pakaian, fabrik serta aksesori yang tepat. Ikuti 5 tip mudah untuk kelihatan lebih yakin, kemas dan elegan setiap hari.