‘Nak Rasa Nak Rasa?’-Aksi Comel Tok Ti Ketika Masak Bikin Semua Cair. Gelak Pun Merdu!

Share

Dato Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti ini memang menjadi pujaan hati seluruh rakyat Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja menawan hati semua dengan nyanyiannya yang merdu, rupa-rupanya gelak tawanya boleh buat semua yang mendengar menjadi cair!

Baru-baru Tok Ti telah memuat naik di instagramnya sebuah video teaser vlognya. Apa yang mencuri tumpuan semua adalah aksi comelnya ketika sedang memasak di dapur sambil melayan anak tersayang iaitu Siti Aafiyah.

Nak Rasa? Nak Rasa?

Hati netizen di twitter juga turut berbunga apabila melihatnya!

kredit: instagram @ctdk, twitter @tales0fnuna

IKLAN