Kecantikan

Nabila Razali Kongsi Petua Orang Lama, Guna Masker Putih Telur Jadikan Kulit Lebih Anjal & Awet Muda

Share

Siapa tak kenal dengan penyanyi Nabila Razali yang kini tengah meletup-letup dengan lagu terbaru Vroom Vroom. Melihat dia yang kelihatan semakin jelita, lebih matang dan berpenampilan menarik tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan dirinya.

Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’

dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.

Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.

Masker dari putih telur baik untuk jadikan kulit lebih anjal dan berseri.

Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.

Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.

Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NABILA RAZALI

IKLAN