Mia Ahmad Kongsi 5 Perkara Yang Tak Patut Ditanya Pada Ibu Mengandung!

Share

Lama kita tak dengar cerita mengenai pelakon jelita, Mia Ahmad. Sedang hamil anak kedua, Mia bersyukur kehamilannya ini berjalan dengan begitu lancar dan berharap dapat melahirkan dengan baik pada bulan Jun nanti.

Berkongsi sedikit cerita, Mia sempat menitipkan pesanan di laman instagramnya agar masyarakat lebih peka dengan keadaan wanita yang hamil sebelum berkata sesuatu yang mampu mengguris hati mereka.

Perkara yang anda harus elakkan daripada berkata wanita mengandung:

Komen saiz badannya. Contoh;-

“Awak sangat besar/kecil “- Jangan komen saiz mereka. Sesetengah orang sangat sensitive mengenai hal ini.

“Awak nampak sakit/ penat/ sedih”- Simpan sendiri dalam hati… Kebanyakan ibu mengalami masalah alahan dan insomnia.

“Biar saya ceritakan kisah ngeri sewaktu saya beranak dulu’’- JANGAN KONGSI KISAH MENAKUTKAN! Bukan kerja anda untuk menakutkan mereka dengan perkara yang mungkin terjadi sewaktu proses melahirkan nanti.

“Pastikan menyusu bayi nanti”- HENTIKAN SEMUA INI. Menjadi ibu bapa memang sukar dan setiap daripada mereka mempunyai cara tersendiriuntuk membesarkan anak.

“Awak sangat lapar”- Wanita mengandung memang selalu lapar dan mereka tidak perlukan komen anda yang boleh menghilangkan selera mereka.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Mia itu. Berhati-hatilah sebelum berkata-kata agar tiada yang terasa hati dengan kata-kata kita. Diharap masyarakat akan lebih peka selepas ini.

Sebagai rekod, Mia telah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada September 2018.

IKLAN