Memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Walau bagaimanapun tidak semua wanita bernasib baik memiliki kulit yang mulus dan bersih semula jadi.

Dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, kulit boleh kekal cantik dan berseri. Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga.

Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nanas dan lemon.

Photo by Any Lane from Pexels

Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan.

Berikut perkongsian Zana Mokhtar

Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.

IKLAN

Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan. Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.

Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.

IKLAN

Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

BAHAN-BAHAN:

  1. Nanas yang dah di potong kecil kecil.
  2. Air perahan lemon.

 

Photo by Lukas from Pexels

CARA-CARA:

  1. Nanas tu kan masukkan air sedikit, kisarkan sampai hancur dan lepas tu masukkan perahan lemon tu kan dalam nenas tadi.
  2. Sejukkan dalam peti ais dan boleh la terus minum.

 

IKLAN

Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari. Selamat mencuba.

HIJABISTA: Apa-apa jua amalan perlulah dilakukan secara konsisten, barulah ia menampakkan hasil.

Sumber: Zana Mokhtar