Meski Pernah Ditolak, Stephanie Kurlow Tak Mengalah Jadi Ballerina Berhijab Pertama Dunia

Share

Jarang sekali kita mendengar atau mungkin tidak pernah mengenai ballerina hijabi bukan? Kenali Stephanie Kurlow, 18, yang merupakan ballerina berhijab pertama di dunia. Dia merupakan gadis kacukan Australia-Russia yang telah memeluk Islam bersama keluarganya pada tahun 2010 ketika dia berusia 9 tahun.

Stephanie yang merupakan seorang penari mendapat inspirasi daripada Zahra Lari, peluncur ais pertama yang berhijab. Pada mulanya, dia tidak dapat membayangkan melibatkan dalam dunia ballerina ini ketika memakai hijab.

“Saya fikir dia boleh melakukannya, kenapa tidak saya? Ballet ini sudah ada dalam jiwa saya dan saya rasa berhubung dengannya,” jelas Stephanie.

Di sini Hijabista senaraikan 7 fakta menarik mengenai Stephanie.

  1. Dia mula menari sejak usianya 2 tahun lagi

2. Disebabkan dia selalu ditolak daripada menyertai kelas ballet, ibunya membuka pusat latihan ballet khas untuknya berlatih bagi mengubati kekecewaannya

3. Stephanie pernah memenangi pertandingan menulis di peringkat antarabangsa ketika berusia 11 tahun

4. Pernah bersama dengan rancangan tv The Wiggles dan mengikuti siri jelajah mereka selama 5 minggu

5. Berazam untuk membuka studio ballet yang terbuka pada semua suatu hari nanti

6. Sudah bekerjasama dengan pelbagi jenama terkemuka seperti Converse, Gaynor Minden, and Tarese Klemens

7. Telah dianugerahkan biasiswa Game Changer daripada jenama fesyen sukan terkenal, Björn Borg

kredit: step feed

IKLAN