Kebiasaannya kita sering membuang banyak sisa makanan seperti kulit buah mahupun batang sayur kerana tanggapan bahawa ianya dah menjadi ‘sampah’. Tapi sebenarnya ‘sampah’ itu boleh dijadikan satu bahan yang sangat berguna!

Eco Enzyme cairan hebat

sumber gambar dari waste4change.com

Dikenali sebagai Eco Enzyme ataupun garbage enzyme merupakan satu cecair hasil dari fermentasi sampah organik yang memiliki berbagai fungsi antaranya sebagai pembersih lantai, sayur dan buah, perangkap serangga dan juga boleh dijadikan sebagai penyubur tanaman.

Eco Enzyme ini juga terkenal dengan kandungan alkohol atau asid asetat yang boleh dijadikan sebagai bahan disinfektan. Kandungan alkohol atau asid asetat yang terkandung dalam cairan ini terjadi disebabkan oleh proses metabolisme bakteria dalam sisa buah dan sayur.

Banyak manfaat Eco Enzyme buat anda!

Seperti sifatnya yang boleh digunakan sebagai bahan disinfektan, Eco Enzyme turut mengurangkan penggunaan bahan kimia malah boleh juga mengurangkan kos perbelanjaan daripada membeli bahan-bahan pembasmi kuman.

IKLAN

Tiada lagi pembaziran kerana Eco Enzyme boleh menggantikan bahan pencuci baju, cecair pembersih lantai, tandas, dapur, piring, penghalau serangga malah ia boleh digunakan untuk membasuh badan dan rambut.

Oleh kerana sifat dan nutrisi yang terkandung daripada saki-baki sayur dan buah dalam proses pembuatan Eco Enzyme, ia juga turut dapat dijadikan sebagai penyubur tanaman.

Buat sendiri cairan sampah hanya di rumah

Proses pembuatan Eco Enzyme sangat mudah kerana bahan-bahan yang anda perlukan semuanya telah ada di rumah anda.

Artikel berkaitan: Halau Semut Dengan Bahan Semula Jadi Di Rumah. Mudah Dan Selamat!

IKLAN

Jenis-jenis ‘sampah’ juga hanya terdiri daripada baki sayuran dan buahan. Sisa daging tidak sesuai digunakan untuk membuat Eco Enzyme kerana ia cepat membusuk dan menghasilkan patogen pada suhu yang tidak terkawal.

Peralatan dan bahan

  • Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan (segar)– seperti daun, batang, kulit, dan biji.
  • Gula merah
  • Air
  • Bekas kedap udara

Langkah-langkah:

  1. Air, bahan-bahan seperti sisa sayur-sayuran dan buah-buahan, dan juga gula merah di sukat mengikut nisbah 10:3:1 (Sebagai contoh, 10g gula merah, 30g sisa sayur/buah, 100g air).
  2. Sisa sayuran dan buahan perlu di potong kecil.
  3. Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas kedap udara. Perlu pastikan bahawa bekas yang anda gunakan perlu ada ruang dan tidak memenuhi bekas tersebut kerana bimbang gas dari proses fermentasi akan meningkat dan boleh meletup.
  4. Tutup bekas dan biarkan selama 3 bulan di kawasan yang tidak terdedah daripada matahari.

Langkah penjagaan bahan Eco Enzyme

IKLAN

Di peringkat awal proses fermentasi, bekas mengandungi bahan Eco Enzyme perlulah di buka kira-kira sekali dalam seminggu untuk mengeluarkan gas yang terperangkap bagi mengelakkan bekas daripada meletup.

Apabila telah capai tempoh 3 bulan, cecair Eco Enzyme akan bertukar menjadi coklat gelap dan mempunyai bau seperti cuka. Jika cecair bertukar menjadi warna hitam, masukkan gula untuk ulangi proses fermentasi. Jika terdapat cacing atau serangga di dalam bekas, biarkan sahaja keran ia akan terurai sendiri dalam cecair itu.

Anda boleh gunakan cecair Eco Enzyme itu dengan menapis cecair dari bahan-bahan dalam bekas itu. Sisa baki dalam bekas itu boleh dijadikan baja sebagai penyubur tanaman.

Jadi sis semua boleh cuba buat di rumah bila ada banyak ‘sampah’ yang boleh di kitar semula jadi bahan ajaib.

Sumber:  waste4changed

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI