Mengagumkan! Kini Wajah Aina Abdul Pula Hiasi Papan Iklan New York Times Square

Share

Selepas Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye, kini wajah penyanyi terkenal negara pula iaitu Aina Abdul yang menghiasi ruang papan iklan New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh Spotify.

Menerusi akaun TikTok @super_ainatics, jelas terpampang wajah Aina dalam persalinan putih di papan iklan di negara Uncle Sam tersebut.

Teguh berdiri dan terus bermimpi! Nampaknya satu lagi mimpi @ainaabdul

 (dan Ainations semestinya) telah jadi kenyataaan. 🥺👏🏻😍👑🔥. Korang rasa apa next benchmark for Aina Abdul?
.
📆 22.3.2022
📽 YT AE Signage
Thank you @ahzaal_ for your help ❤❤

Kemunculan wajahnya di papan iklan ini merupakan satu lagi langkah besar dalam kariernya apatah lagi nama pelantun lagu Fool ini semakin meningkat naik selepas memenangi tempat kedua dan Anugerah Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36) baru-baru ini.

Tahniah Aina! Berkat usaha gigih selepas beberapa tahun lamanya, akhirnya dia berjaya mencapai pelbagai kejayaan pada hari ini. Moga Aina terus maju dan sukses lagi dalam bidang yang diceburi. You go girl!

IKLAN