Menangi Tiket Ke Tayangan Perdana Last Christmas Bersama Hijabista!

Share

Pastinya ramai yang tak sabar-sabar untuk menonton filem Last Christmas lakonan hebat pelakon dari Sarawak iaitu Henry Golding. Bergandingan bersama heroinnya iaitu Emilia Clarke, filem ini turut menampilkan aktres yang juga anak Malaysia dari Ipoh,Perak iaitu Dato Michelle Yeoh sebagai salah seorang terajunya. Hebat bukan!

Filem ini mengisahkan tentang Kate, seorang gadis London yang bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas. Perasaan Kate yang sedang kecewa berubah apabila dia bertemu dengan seorang jejaka kacak iaitu Tom. Bagaikan sebuah mimpi, segalanya terus menjadi indah buat dirinya. Mampukah hubungan ini berkekalan?

Filem romantis ini bakal menemui penonton pada 28 November 2019 ini. Pasti ramai yang tak sabar untuk menyaksikan gandingan hebat dua anak tempatan iaitu Henry Golding dan Dato Michelle Yeoh ini.

Namun, jika anda mahu menontonnya lebih awal bersama Hijabista pada 26 November ini, apa kata jawab soalan-soalan mudah di bawah ini untuk menangi dua tiket ke tayangan perdana filem Last Christmas.

IKLAN