Menangi Tiket Ke Tayangan Perdana Dolittle Bersama Hijabista!

Share

Bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 23 Januari ini, filem Dolittle mengisahkan tentang seorang doktor terkenal iaitu Dr. John Dolittle lakonan Robert Downey Jr. yang bertapa dan menyembunyikan diri di belakang Dolittle Manor selepas tujuh tahun kematian isterinya.

Namun, ketika Ratu Victoria jatuh sakit, Dr. Dolittle terpaksa berlayar dan melalui pengembaraan epik ke pulau mitos bagi mencari penawarnya. Boleh berkomunikasi dengan haiwan, dia tidak sangka akan bertemu dengan makhluk yang luar biasa sepanjang pengembaraannya itu.

Menariknya, pelakon-pelakon yang meyumbangkan suara dalam filem ini adalah bintang-bintang Hollywood yang terkemuka seperti Selena Gomez, Tom Holland, John Cena, Octavia Spencer dan lain-lain lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton tayangan perdana filem ini bersama Hijabista. Hanya jawab sahaja soalan mudah di bawah ini. Mereka yang terpilih akan kami hubungi melalui laman Instagram. All the best!

IKLAN