Mek Korea Teruja Ikut Suami Beraya Di Kelantan, Tidak Kekok Bertudung Dan Berbaju Kurung

Share

Anda masih ingat kepada pemuda Kelantan yang pernah viral kerana muncul membanggakan dalam sebuah rancangan di Korea ? Ya, Khalid namanya. Beliau yang sememangnya fasih berbahasa Korea kerana telah menuntut pengajian dan menetap di sana juga telah berkahwin dengan gadis Korea yang sangat manis orangnya iaitu Lee Seul.

Mereka kini berada di Malaysia bagi menyambut perayaan Syawal di kampung halaman Khalid yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Apa yang lebih menarik adalah penampilan Lee Seul yang bertudung sewaktu menyambut Aidilfitri. Mari kita lihat !

Cantiknya berbaju kurung cotton !

Ucapan Selamat Hari Raya buat semua…

Diraikan sahabat handai di Kelantan. Wakanda Forever !

Bergambar di sekolah yang pernah menjadi tempat Khalid menuntut ilmu.

Walaupun berbeza budaya, Lee Seul ternyata tidak kekok beramah mesra bersama saudara mara dan kenalan di Kelantan.

Teruja sungguh Lee Seul melihat buah pisang tanduk.

Berjalan beraya hingga ke Terengganu.

Lee Seul juga boleh saja menikmati makanan di restoran mamak.

Seronoknya melihat kehidupan mereka ini Ternyata perbezaan budaya tidak meletakkan jurang antara mereka malah membuatkan ikatan mereka makin kuat. Moga perkahwinan mereka terus kekal hingga ke Jannah. Untuk mengetahui lebih lagi mengenai kehidupan mereka, bolehlah mengikuti akaun instagram mereka @karllead_n_leeseul.

 

IKLAN