Seharian menghadap telefon bimbit dan skrin laptop, naik pedih mata. Kerja harus kena siapkan kalau tidak akan di marahi bos pula, tak berkat gaji anda. Tapi mata pedih dan penat bila menghadap skrin dengan terlalu lama. Apa nak buat?

Susah nak buat kerja kalau macam ini

Seperti yang kita tahu, apabila anda menghadap skrin laptop mahu pun telefon bimbit dengan terlalu lama, mata terpaksa bekerja keras untuk berikan perhatian kepada cahaya yang di pancarkan. Ia juga boleh menjadi salah satu punca kepada satu kondisi yang di panggil sebagai ketegangan mata digital.

Menurut MalaysiaNow, Dr Ching Wing Seng, Pakar Oftalmologi dari Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, menerangkan bahawa antara membaca media tradisional (seperti buku atau surat khabar) atau digital (seperti telefon bimbit atau laptop), melihat skrin digital lebih memerlukan mata untuk bekerja dengan lebih keras dan apabila terlalu lama, ia boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan kering.

Artikel berkaitan: Bajet Tak Sampai RM3K, Lelaki Ini Syukur Dapat ‘Mata’ Balik Lepas Buat Pembedahan Lasik. Tak Sakit & Berbaloi!

Tambahan lagi, Dr Ching Wing Seng berkata bahawa perbezaan yang ketara dapat di lihat antara dua media itu adalah melihat skrin digital dan halaman bercetak adalah berbeza. Manakala, jarak dan sudut pandangan pun mempunyai perbezaan yang ketara yang mampu memberi kerja yang lebih pada sistem visual pada yang kebiasaan akan meletihkan mata.

Mereka yang menghidap masalah seperti rabun dekat atau jauh adalah akibat dari ketegangan mata digital. Otot mata juga boleh terganggu di akibatkan oleh durasi melihat skrin yang terlalu lama dan juga jarak anda dengan skrin.

IKLAN

Jadi bagaimana hendak buat kerja dalam keadaan di mana mata kita sudah penat setelah menghadap skrin dengan terlalu lama? Kalau tak, tak siaplah tugasan untuk hari ini!

Rehatkan mata dengan teknik eye yoga

Menurut hellodoktorInternational Journal of Yoga menerangkan bahawa ada beberapa kes yang terjadi menggunakan teknik yoga mata untuk menurunkan IOP. Namun begitu, tiada kesahihan atau ujian secara klinikal di lakukan untuk mengukuhkan teori ini.

@pouyayoga These exercises will relax the small eye muscles that are important for healthy eyes 🙏 The video is sped up 2x for demonstration purposes so make sure to perform it slowly.#pouyayoga #yoga #yogaflow #eyestrain #eyeexam #eyesight ♬ Blade Runner 2049 – Synthwave Goose

Tetapi anda boleh mencuba teknik senaman mata atau eye yoga ini, antaranya:-

IKLAN

#1 Palming

Cara untuk eye yoga teknik palm ini adalah dengan menggosokkan tapak tangan dengan kuat hingga menjadi hangat dan letakkan dengan di atas kelopak mata. Kekalkan posisi tapak tangan anda pada kelopak mata dan lakukannya selama 3 kali. Rasa sensasi yang hangat dari tapak tangan dapat membuatkan otot mata menjadi relaks.

#2 Mengelip mata

Apabila mata mula untuk rasa penat dan agak tidak selesa melihat skrin yang sangat lama. Anda boleh lakukan teknik ini yang sangat mudah untuk di lakukan. Anda hanya perlu untuk kelipkan mata sebanyak 10 kali dengan sangat cepat. Selepas itu, anda boleh tutupkan mata untuk rehatkan mata anda selama 20 saat. Ulangkan kaedah ini sebanyak 5 kali.

#3 Sideways viewing

Teknik seterunya ini anda perlu mengangkat lengan anda dengan mengepalkan tangan dan ibu jari menunjuk ke atas. Apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah dengan memandang pada satu titik lurus di depan sejajar dengan mata. Anda perlu pastikan kepala kekal dalam posisi yang sama dan fokus pada satu sudut yang lain mengikut satu demi satu, ulangi kaedah ini sebanyak 10 hingga 20 kali. Antara sudut yang anda boleh alihkan pandangan adalah:-

IKLAN
  • Ibu jari kaki
  • Ruang di antara kening
  • Ibu jari kanan
  • Ruang di antara kening
  • Ibu jari kiri

#4 Front and sideways viewing

Bagi kaedah ini pula, anda perlu meletakkan tangan kiri (secara tertutup) di lutut kiri dengan ibu jari ke atas. Lihat pada satu titik lurus menghadap ke hadapan dan sejajar dengan mata. Anda perlu mengekalkan kepala dalam posisi ini dan hembus nafas serta pastikan fokus mata pada ibu jari kiri. Lalu anda perlu tarik nafas dan fokuskan mata pada titik di depan dan sejajar dengan mata. Proses ini perlu di ulangi dengan sama pada ibu jari kanan.

#5 Rotational viewing

Antara cara yang boleh anda lakukan adalah rotational viewing. Anda letakkan tangan kiri di lutut sebelah kiri. Manakala, tangan sebelah kanan dalam posisi genggaman di letakkan di atas lutu kanan dengan ibu jari ke atas, pastikan siku anda dalam keadaan lurus. Ketika ini, pastikan kepala anda tegak dan fokuskan mata pada ibu jari.

Sumber gambar: Canva

Artikel berkaitan: Muka Cantik Tapi Mata Rosak? Ini Cara-Cara Untuk Menjaga Deria Penglihatan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI