Dari mata turun ke hati. Itulah ungkapan yang sering kita dengari. Akan tetapi, ini merupakan cara untuk anda jaga mata supaya tidak rabun teruk. Tahukah anda, jika anda mengikut peraturan 20-20-20 ini dapat membantu dalam menjaga deria mata anda.
Peredaran masa kini membuatkan kita banyak meluangkan masa di hadapan skrin. Oleh sebab itu, kebanyakan antara kita mempunyai masalah ketegangan mata. Kebanyakan dari kita meluangkan masa banyak di hadapan skrin seperti telefon pintar, televisyen atau tablet sehingga lupa akan kesan buruk yang boleh terjadi pada mata anda.
Jadi, anda tidak perlu risau kerana menurut hellodoktor, terdapat peraturan 20-20-20 yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ketegangan mata!
Apakah peraturan 20-20-20?
Bagi anda selalu melihat skrin, dinasihatkan supaya mengikuti peraturan yang disarankan oleh doktor ini bagi mengurangkan masalah ketegangan mata. 20-20-20 ini bermaksud, setiap 20 minit anda melihat skrin seterusnya anda harus melihat 20 kaki objek atau sesuatu benda selama 20 saat. Ia dirancang oleh seorang pakai optometris di California.
Ads
Semasa proses ini terjadi, individu itu akan dapat merehatkan mata selama 20 saat selepas melihat skrin 20 minit. Selain itu, bagi membantu anda melakukan aktiviti ini ialah:
Ads
Pastikan anda menetapkan penggera telefon anda setiap 20 minit bekerja sebagai peringatan untuk mata anda berehat.
Muat turun aplikasi yang direka untuk membantu anda mengikuti peraturan 20-20-20 ini.
Disarankan supaya anda lihat ke arah tingkap dan memerhatikan pokok atau tiang lampu di seberang jalan semasa 20 saat. Lebih pun tiada masalah!
Mata antara organ yang paling penting dalam kehidupan seharian manusia. Jadi untuk mengelakkan mata anda mengalami kesakitan yang tidak sepatutnya. Anda digalakkan supaya jaga mata dengan baik. Mata juga ingin digunakan lama, jadi hargailah mata anda. Jumpa doktor sekiranya memerlukan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang seronok setiap kali bershopping atau sekadar cuci mata di pusat beli belah. Namun usah dilupa untuk menunaikan solat jika sudah masuk waktunya. Kebanyakan semua pusat beli belah menyediakan tempat bersolat yang selesa, bersih dan kemas. Walaupun begitu, sikap kita sebagai jemaah di surau berkenaan menyebabkan beberapa masalah kebersihan dan tingkah laku baik sering diabaikan. Luahan hati wanita ini yang menegur mentaliti sebilangan wanita yang bersikap sambil lewa ketika solat di surau wanita.
Lila Vee berkongsi luahannya di laman sosial facebook hingga mendapat lebih 5 ribu butang like dan share serta komen melebihi 600 komen netizen yang rata-rata betsetuju dengan pandangan disampaikan.
Hari pertama 2019, mak terasa dah sampai masa untuk meluahkan 9 perkara yang mak pendam sepanjang beberapa tahun ini. Tentang MENTALITI WANITA DI SURAU. Terutama surau di SHOPPING MALL. Puncanya sebab dah dua kali kejadian yang menyebabkan mak hangin berlaku dalam dua hari berturut-turut mak pergi mall ni. Nak tak nak mak kena tulis dan post juga. Siapa yang lepas baca 9 perkara ni setuju dengan mak, marilah kita sebarkan pada yang lain supaya ia tak berlaku lagi okay!
1)Sebelum masuk Surau. Rak kasut kukuh lagi canggih, tapi kita tetap nak letak dekat depan pintu kan? Ya lah, nak cepat tapi sesungguhnyaa tak sampai berapa saat pun untuk kau ambil kasut dan letak atas rak cantik tu. Takkan roboh rak kasut tu walaupun kasut wedges 5 inci kita tu seberat batu bata. Ini bukan main komen nak maju macam negara Jepun, tapi mentaliti kita dah sampai ke belum? Dan mak pernah terpijak kasut tumit tinggi yang runcing tu sebab diletak merata depan pintu. woi sakitnyaa hanya tuhan sahaja yang tahu!
2) Mengecop tempat dengan letak segala handbag, dan beg shopping atas sejadah, Kemudian ambil telekung awal-awal di rak dan cop tempat sambil shawl dihampar selebar lautan. Tapi dia baru nak pergi beratur ambil wudhu’, cabut pin tudung, bersihkan makeup yang dalam tempoh masa tu sempat orang lain yang dah selesai berwudhu tadi solat selesai 4 rakaat siap. Mak pernah alihkan tudung seorang wanita yang buat perkara di atas ni dan solat atas sejadah yang dia dah cop sebab ruang terhad, sejadah habis dan Saif dah meraung dalam surau tu. Waktu tu Daddy Saif tak ada sama untuk gilir solat. (Kena mention ni penting) Selesai mak beri salam dia baru terkedek-kedek dari tempat wudhu’. Dan dia boleh bercekak pinggang marah mak sebab alih tudung dia. Of course mak hangin, tapi mak biarkan jelah dan angkat Saif yang melalak itu lebih penting.
3) Bawalah wet tissue, makeup remover dan sebagainya dalam handbag mahal kita tu. Jangan kedekut, makeup remover beli sebungkus dekat tesco pun ada. Tak ada sangat guna jelah baby wipes adik atau anak kita tu. Tolonglah jangan lap makeup yang tak remove lepastu bila ambil wudhu’ makeup cair berbekas terus dekat telekung tu. Siap ada kesan bibir. Ewww! Geli weh! Walaupun telekung tu hitam, tolonglah. Biasakan jadi pembersih, ia akan jadi tabiat kita. Percayalah. Dalam hal ni mak puji usaha beberapa shopping mall dan stesen minyak yang tukar ganti telekung bersih setiap hari mengikut warna. Contohnya Aeon Midvalley dan beberapa stesen Petronas.
4) Telekung yang diletakkan dalam surau mall tu untuk kegunaan bersama. Walaupun kita dah datang dulu, solat dan nak berzikir sehingga masuk waktu seterusnya, fikirkan orang lain yang nak guna telekung tu juga. Kalau bawa telekung sendiri lain cerita. Ini real kejadian berlaku pada diri mak sendiri sampai terpaksa merayu nak mintak dilepaskan telekung tu untuk bagi kita solat sekejap. Siap dia buat muka kat mak ala-ala mak rampas barang. Aduhai, kau nak judge orang tu solat hujung waktu ke apa kau punya pasal. Tapi agak-agak kalau orang tu terlepas solat sebab kita tak kasi dia guna telekung siapa yang lagi berdosa?
5) Sejadah. Memang ada banyak, tapi kalau semua kita nak conquer sorang sehelai, kan dah tak cukup jadinya, dah la telekung nak punyakan, sejadah tak nak kongsi, bawa sendiri punya pun tidak. Jangan macam tu para wanita solehah sekalian. Sejadah tu kalau dah nampak orang ramai dalam surau, terus je bentang memanjang, kan elok lebih ramai dapat guna dan tak perlu semua orang nak ambil sejadah lain. Tak berdosa aih, dijamin! Dan ia menjimatkan masa, ruang, dan memudahkan lebih ramai orang.
6) Selesai beri kedua salam dan berdoa seringkasnya, (kalau surau kosong kau nak zikir, baca al-quran dan sebagainya silakan) tengok cepat-cepat ada tak yang menanti nak guna telekung dibelakang. Kalau ada bangun dan boleh offer terus pada orang tersebut. Kalau tak ada, kembalikan semula ke rak dalam keadaan elok, telekung gantung, sejadah lipat. Biarlah orang lain tak hantar pun, biarlah orang lain campak je pun, kau hantar lah. Bila kita mulakan sesuatu yang baik, mesti akan ada yang segan dan ikut. Kau try buat dan tengok. Kau akan rasa seronok.
7) Selesai Solat, kita nak berhijabista, lilit tudung tujuh lapan lilitan, bermakeup ala-ala nak makeup pengantin, tak ada masalah, silakan. Tapi please, ladies.. Bukan di atas sejadah yang orang lain bersusun beratur dekat belakang tengah tunggu giliran dan bukan juga di cermin belakang atau tepi tempat solat yang ruangan dia besar lagi sekangkang kera. Biasanya, kebanyakan surau mall letaknya sangat berhampiran dengan tandas, tak salah kalau kita sarung je tudung tu ala kadar asalkan tertutup rapi, dan pergilah bersiap di cermin tandas. Nak duduk 3 jam dalam tu pun tak ada siapa nak marah selain suami atau pakwe kita yang kematu menunggu.
8.) Nak membawang, gelak mengilai, bergosip, tempatnya ada banyak dekat mall yang kita pergi tu. Duduklah berapa jam pun yang kita mahu. Tapi bukan dalam surau. Ya, kau nak berehat, tapi dalam keadaan surau yang sesak terutama di kemuncak waktu solat, perbuatan kita itu sangat mengganggu.Ya, tahu kau ada banyak cerita bila jumpa kawan – kawan sekali sekala. Mak pun macam tu juga. Tapi, pernah tak belajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan, bab beradab di tempat ibadah? Dalam buku teks sejarah tahun 6 pun ada bab ni. Jangan sampai mak bukak kelas tuisyen kat sini. Haaaa.
9) Untuk rakan-rakan kelab emak-emak pula, diharapkan sentiasalah kita ingatkan diri kita, walaubagaimana kita nak senangkan diri sendiri pun, jangan sampai tukar pampers anak di tempat wudhu’ apatah lagi biar anak kencing dan berak dan paling huduh sekali perangai bila kita tinggal begitu sahaja pampers tersebut dekat situ. Apa guna mall serba canggih sediakan baby room banyak – banyak tu kawan. Tong sampah dekat mall tu walaupun cantik dan canggih, tetap boleh digunakan untuk buang sampah. Jangan takut. Dan diharapkan, tahun 2019 ni buanglah mentaliti, cleaner dibayar untuk urus sisa dan sampah yang kita tinggalkan. Mudahkan kerja orang, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan dalam cara yang kita tak sangka.
Akhir kata, bertimbangrasa dan bertanggungjawablah, segala kemudahan awam di shopping mall mahupun di mana-mana sahaja adalah hak kita bersama, elok kita guna, elok lah keadaannya untuk kegunaan bersama yang berpanjangan. Jagalah harta benda awam sebagaimana kita jaga harta benda kita sendiri. Guna dengan berhemah, kemudian baru kita boleh duduk dan sembang kencang tentang mentaliti kelas pertama. Sekian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sambal Kuah Kacang antara menu wajib yang perlu ada di pagi raya. Sedap dimakan bersama ketupat nasi mahupun ketupat pulut. Ada juga yang gemar mencicahnya dengan lemang.
Rahsia Sambal Kuah Kacang yang sedap mestilah seimbang rasa masam, manis, masin dan pedasnya. Sebenarnya ada rahsia untuk menjadikan Sambal Kacang jadi lebih sedap. Caranya ialah dengan menambah daging di dalamnya. Jom kita cuba resipi Sambal Kacang Daging yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri ini.
BAHAN-BAHAN:
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gula putih
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.
6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.
NOTA: Kalau kisar kacangnya, jangan pula terlalu halus, nanti hilang pula kepuasan ketika menikmatinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Pelakon terkenal, Ummi Nazeera berkongsi video bersama pengikut laman sosialnya mengenai ujian saringan covid-19 yang dilakukannya secara pandu lalu sahaja.
Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni… Walaupun KKM suruh quarantine sahaja.. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni .. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap !
Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah… dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan.
Stay safe everyone!! #StayAtHome#HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .
Untuk sesiapa yang baru pulang dari luar negara jangan lupa melakukan ujian saringan ini ya di mana-mana pusat perubatan yang berkenaan. Ingatlah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.