
Selain nak kecilkan wajah, orang perempuan cukup menitikberatkan bagaimana caranya nak kecilkan paha yang sado. Maklumlah jika besar di bahagian itu, memang agak payah untuk mencari baju bersesuaian.
Kali ini admin nak kongsi amalan yang dipraktikkan oleh seorang Perunding Jamu di laman sosial facebooknya, Norliza Mohd Salleh yang mengamalkan petua alami ini dan ianya cukup berkesan.
Namun petua ini akan lebih menjadi jika disusuli squat dan minum air 3 liter sehari. Sebelum itu, admin nak pesan jangan lupa catat ukuran paha sado sebelum dan selepas ukuran pengambilannya.

Bahan-bahan:
Jintan Manis -2 sudu besar.
Air – 1 liter air.
Cara – cara:
- Direbus jintan manis bersama 1 liter air selama 30 minit dengan api sederhana kecil.
2. Minum secawan pagi dan secawan malam, selepas makan. Diminun setiap hari, selama sebulan.
3. Ulang-langkah rebusan sehingga memenuhi keperluan.
Air Rebusan Jintan Ini Juga Boleh Membantu:
– Buang angin badan
– Masalah mulut berbau
– Kurangkan selera makan
– Tingkatkan metobolisma
– Cuci usus
– Sakit-sakit sendi
– Kolestrol
– Tambah darah
– Gemok air
– Banyakkan susu badan
Artikel Lain: Rahsia Wajah Gebu Adira AF
Nak Tahu Lilitan HIJAB Paling Ideal Buat Wajahmu, Ini Jawapannya Supaya Nampak CANTIK & Terletak Kemas

Setiap dari kita dikurniakan bentuk wajah yang berbeza-beza. Kebiasaannya terdapat lima bentuk wajah iaitu bujur sireh, bulat, segi empat sama, segi empat tepat dan bentuk hati. Jika anda salah melilit hijab, pasti wajah anda akan nampak sedikit pelik dan akan menonjolkan sisi yang mahu anda elakkan. Anda perlu mengetahui bahagian wajah mana yang anda perlu sorok dan serlahkan bagi memudahkan anda bergaya setiap hari. Ayuh, Hijabista berikan beberapa panduan penting di bawah:
1. Wajah berbentuk bujur sireh
Bentuk wajah ini merupakan bentuk yang sempurna untuk banyak gaya. Jika anda memiliki wajah ini, anda tidak perlu terlalu ‘fussy’ dalam melilit. Anda hanya perlu biarkan hijab anda jatuh dengan cantik dan pastikan anda jangan melakukan ‘adjustment’ berlebih.
2. Wajah berbentuk segi empat sama
Bentuk ini lebih kepada wajah kelihatan ‘pendek’ (bahagian pipi ke pipi anda lebih lebar berbanding ketinggian dahi ke dagu), jadi fokusnya harus kepada pemanjangan bahagian dahi ke dagu.
Tip Hijabista:
- Pastikan hujung hijab rapat dengan kening anda (ia menutup sedikit kelebaran pipi anda).
- Bahagian atas hijab anda naikkan sedikit untuk menampakkan dahi anda, ini secara automatik memanjangkan wajah anda.
Ingat, Jangan sorok bahagian dahi dan kening ya!
3. Bentuk wajah bulat
Anda merupakan pemilik kepada pipi dan dagu yang lebih bulat dan berisi dari orang lain. Untuk menyorokkan kebulatan pipi dan dagu anda, jangan biarkan hijab melekap pada mereka.
Pastikan hijab anda berada longgar di keduanya. Ini mencipta lebih lipatan dan tekstur pada jatuhan hijab yang akan menyamari kebulatan secara lebih natural.
4. Bentuk wajah segi empat tepat
Bentuk ini memberi definisi kuat kepada rahang, tulang pipi dan juga dahi anda. Elakkan wajah anda tampak maskulin dengan memastikan hijab anda longgar di bahagian bawah dagu (elakkan dari mengepin hijab di bawah itu, itu hanya memberi lebih fokus kepada rahang anda).
Biarkan hijab anda membulat dengan natural di bahagian dahi (jangan tutup dahi anda sepenuhnya!), ini akan memberi ilusi ‘membujur’ pada wajah anda.
5. Bentuk wajah hati
Bentuk ini memberi fokus kepada dahi yang luas dan dagu yang kecil, mudah untuk dagu anda ‘hilang’ tatkala berhijab! Atasi masalah ini dengan menarik hijab anda sehingga ke hujung rahang sebelum dipin di bawah dagu. Ini akan menyamaratakan ratio dahi dan dagu anda.
Nota kaki : Tidak kira bentuk wajah anda bagaimana asalkan anda tahu di bahagian mana anda mahu fokuskan untuk memastikan wajah anda menonjol dengan baik (bukan sebaliknya!). Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: 4 Tip Gayakan Hijab Bawal ‘User Friendly’
Ramadan Bulan Terbaik Untuk ‘Berubah’, Tapi Gusar Iman Turun Naik? Jadikan Doa Ini Sebagai Amalan!

Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia.. Yang meyakini Allah, maha esa maha kuasa.. Tanpamu iman bagaimanalah, merasa diri hamba padaNya.. Tanpamu iman bagaimanalah, menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Haa.. tengah menyanyi ke tu? Mesti ada dikalangan hijabi yang ‘familiar’ dengan bait-bait lirik dalam lagu ‘Iman Mutiara’ dendangan kumpulan nasyid Raihan ni kan? Lagu ini mengambarkan dengan jelas tentang definisi ‘Iman’ di dalam diri manusia.
Iman merupakan sebuah ‘hadiah’ yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hambanya untuk terus berada di landasan-Nya. Iman yang kuat pastinya diberikan ganjaran pahala. Di bulan Rmadan yang mulia ni, ramai diantara kita yang berlumba-lumba mahu berubah ke arah lebih baik dan dalam masa yang sama meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.
Tapi, bagaimanakah cara untuk kita memastikan iman kita tidak ‘turun naik’, sentiasa kuat dan tetap? Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsi kepada anda semua tentang pilihan doa yang boleh diamalkan untuk mendapat ketetapan iman dalam diri kita sebagai hamba-Nya.
Iman ‘Turun Naik’, Atasinya Dengan Amalan Doa Mohon Ketetapan Iman Ini!
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)
Artikel berkaitan: Doa Susah Makbul? Mungkin ‘Salah’ Caranya! Jom Perbetulkan
Ketiga doa di atas adalah doa yang bersumber dari Al Qur’an dan sunnah sohihah. Maka seorang muslim patut menghafal dan memunjatkannya kepada Allah setiap waktu, kerana terpelihara ataupun tercabutnya hidayah terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah meneguhkan hidayah, tidak ada yang dapat memalingkan dan menyesatkannya.
مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
“Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan Sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.” (QS. Al A’raf: 175)
Dah tahu cara agar memperoleh dan dikurniakan ketetapan iman oleh Allah SWT kan? Jangan lupa untuk meluangkan sedikit waktu Hijabi untuk membacanya. Selamat beramal!
Artikel berkaitan: Sering Menjadi ‘Sasaran’ Dan Kerap Dimarahi? Islam Saran Amalkan Doa Pelembut Hati Ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Berjaya Tampil Anggun Di Majlis Pertunangan, Wanita Ini Dedah Cara Lenyapkan 32 Kg & 10 Tip Diet Mudah

Siapa yang tidak mahu mendapatkan berat badan idaman, lagi-lagi yang memiliki berat berlebihan. Pasti akan terdetik rasa cemburu melihat orang lain cantik apabila bergambar dengan OOTD bersaiz S.
Walaupun ada kesedaran tetapi usaha untuk ke arah itu terbantut apabila sukar membendung selera makan melihat pelbagai juadah menyelerakan.
Apatah lagi bagi yang mahu turunkan berat badan kini menggunakan cara diet eat clean atau Intermittent Fasting yang terbukti berkesan. Namun begitu sebenarnya juga terdapat cara lebih mudah untuk mendapatkan berat badan ideal.
Seperti perkongsian wanita ini Alia Amira Rohadi di laman sosial facebook yang berjaya menurunkan berat badan 32 kg hanya dengan mengamalkan 10 tip diet mudah. Pesannya jangan cepat putus asa atau down, kerana yang penting kesungguhan melakukan diet dengan harapan mahu mendapatkan berat ideal yang diimpikan.
Walaupun perkongsian diet ini dilakukan beberapa tahun lalu, tetapi berat gadis ini masih lagi maintain hingga sekarang. Gadis ini juga kelihatan gembira dan tampil anggun dengan tubuh ideal di majlis pertunanganya Mac lalu.

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim
(90kg-58kg) 32kg = Loss 10kg in 1 month
Haaa sebelum tu nak cakap dulu, tips diet ini BERGANTUNG kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yang kuat tau!
1. DETOX!
Mula-mula, kena detox dulu badan tu haaa. (Maksudnya pastikan banyak buang air besar)
2. KURANGKAN KUANTITI DALAM HIDANGAN
Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar or untuk breastfeding mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar / dietition dulu)
Pagi:
Roti 3 keping+ Green Tea
Air suam (wajib ambil mcm2 mana pon)
Sebelum pukul 9 pagi (kalau utk pesakit kencing manis whole grain bread tau?.. Kalau yg memang manis muka dia tu.. Roti gardenia kosong tu jee haa?)

Lunch:
Nasi 2 senduk (sebab orang melayu tulen. Kalau tak makan nasi tak boleh hdup rasa).
Ayam atau ikan
Sayur hijau rebus/ kukus ( Saya tak suka lauk kari so memang tak ambil. Kadang2 kuah kicap je. Student kan, pepaham lah ekonomi macam mana. Kalau duduk rumah request dengan umi nak makan “ikan singgang”
Nii kalau hari2 makn telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee???
Dinner:
Buah epal hijau (ini pun pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambil time dinner, tak lebih pukul 8 malam.
(Ehh plisss,, jangan gtal2 nak makan pizza kaa nugget ka malam2 ni acah-acah mat salleh tau)

3. MESTI MINUM AIR SUAM 2-3 LITER SEHARI
Dalam sehari kena ambil 2-3 liter air suam / day ni wajibalghunoh utk yg nak loss weight 10kg/month.
4. MINUM TEH HIJAU
Saya memang tekankan pengambilan Green Tea.
Bukan kata mnum Green Tea tak jaga makan, tak senam tuptup turun 20kg. Ehh memang idokkk ler..
Ia MEMBANTU meningkatkan metabolisma selain itu dia jgk bantu dalam weightloss.

Saya peminat Green Tea Ahmad ?blh dptkan di Tesco atau Aeon atau boleh beli dengan Muhammad Harith Syazwan.
5. SENAMAN 30 MINIT
Setiap hari korang WAJIB workout 30min/day.
Untuk perempuan boleh lah nak zumba.
Haaa ni kalau yang keje ofis tu mohon buat lebih, sebab korang kurang bergerak berbnding cikgu atau nurse yang selalu ke hulu hilir ni..
6. TAK PERLU ELAK NASI
Jangan nak acah2 makan oat, makan biskut, roti, dan sebagainya.
Tahu tak, sebenarnya semua ni lagi banyaak bebanan untuk diproses berbanding makan nasi. So, please refer dietition sebelum buat keputusan tau!
7. PANTANG AIS & AIR MANIS
KENA pantang ais, air yang disejukkan, abc, cendol, cool blog, segala mak nenek yang sejuk.
Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day).
8. JANGAN MAKAN ‘FAST FOOD’
Pantang lah segala ‘fast food’ macam KFC, McD, Pizza, Subway semua tu untuk 3 minggu pertama tanpa ada ‘treat day’.
9. SELALU TIMBANG, JAGA EMOSI
Timbang dulu sebelum mulakan misi.
Setiap minggu make sure timbang!
Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan juga.
Kalau genetik jenis obesiti, korang kenelah lipat gandakan usaha. Sebab potensi utk loss weight 10kg/week tu lebih rendah.
10. AMAL 2-3 GELAS AIR SUAM SELEPAS BANGUN TIDUR
Bangunn je dari tidur sebelum korang pergi toilet, sebelum gosok gigi, terus minum air kosong agak2 dalam 2-3 gelas ( kalau air suam, amaaaat dan sangat digalakkan)
Kalau seminggu korang blh loss cuma 3kg, Janganlah sedih dulu! Kalau 4 minggu dah dapat berapa? Haaa gitu.

JANGAN CEPAT MENGALAH!
Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat atau cepat down.. Please, sayang cari kekuatan kamu.
SEMOGA MENJADI INSPIRASI
Diharap tips diet ini dapat memberi semangat kepada ramai lagi wanita dan lelaki yang dalam misi untuk menurunkan berat badan.
Jangan anggap ianya sesuatu yang tak mustahil. Buktinya ada di depan mata!
“Jom sihat bersama Pure Green Bean”