Berikutan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini, ramai yang ‘turun padang’ untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir. Salah seorangnya ialah Wawa Zainal. Biarpun masih dalam tempoh berpantang, pelakon juga usahawan terkenal Wawa Zainal tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuk dirinya memberi bantuan kepada mangsa banjir di Selangor.
Menerusi laman Instagram miliknya, Wawa Zainal, 30, memuat naik sebuah video pendek yang ringkas tentang perjalanan dirinya bersama-sama dengan pekerjanya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Ditemani suaminya Aeril Zafril, Wawa menghulurkan bantuan dari segi keperluan asas seperti lampin pakai buang bayi, sejadah juga telekung. Biarpun ia sebuah video pendek, namun jelas terlihat kesungguhannya untuk membantu mereka yang terkesan dengan bencana banjir.
“Ya Allah sayunya hati tengok keadaan saudara kita yang dilanda banjir. Semoga Engkau berikan mereka kekuatan Ya Rabb.. Tak kuat tengok perabot-perabot habis. Dari pagi sampai ke petang sempat pergi beberapa lokasi je. InsyaAllah kalau ada tempat yang perlukan bantuan DM Wawa ya..”
Melihat kesungguhannya itu, ramai yang memberi pujian serta turut sama mendoakan agar perjalanan misi bantuannya itu dipermudahkan dan bergerak dengan lancar. Tidak kurang juga, ada yang turut mendoakan agar Wawa diberi kesihatan yang baik kerana risau tentang dirinya yang masih dalam tempoh berpantang.
Ads
Semoga Allah SWT membalas jasa baik Wawa serta mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Team Hijabista juga turut sama mendoakan agar beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akan dapat diringankan dengan cepat. InsyaAllah..Amin Ya Rabb..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, berikutan pernah membintangi drama hangat yang berjudul ‘Andai Itu Takdirnya’, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne atau Hannah Delisha tular lagi kerana satu lagi bakat yang dimilikinya.
Hannah bukan sahaja berjaya membawa watak, Aleya iaitu seorang isteri yang berperwatakan lemah lembut hingga menjadi mangsa keganasan rumahtangga dek kerana sikap suaminya, Syed Aizril iaitu lakonan Shukri Yahaya yang panas baran, hingga naskah adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu sempat menjadi fenomena dan bualan hangat warganet di laman sosial.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan netizen adalah sisi lain Hannah Delisha yang ternyata mampu menyanyi dan mempunyai suara merdu bak buluh perindu.
Terdahulu, bertebaran di laman sosial suara Hannah Delisha sedang asyik menyanyi sehingga video berkenaan menjadi tular, serta mendapat sorotan ribuan wargamaya yang rata-ratanya terpaku dan terkesima melihat bakat nyanyian Hannah.
Hantaran video berkenaan telah tular di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @mawarofficial96 dalam video berkenaan memaparkan Hannah mendendangkan lagu ‘Someone Like You’ nyanyian asal Adele sambil diiring petikan gitar akustik.
Malah, rata-rata wargamaya mengagumi bakat terpendam yang dimiliki Hannah itu, sudahlah mempunyai bakat lakonan yang mantap dan tidak perlu dipertikaikan lagi, kini pandai pula menyanyi dengan begitu bersahaja.dan mempunyai alunan suara yang sungguh merdu.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati nyanyian Hannah mendapat maklumbalas positif dari para peminat hingga ada yang melabel aktess jelita itu sebagai figura yang serba boleh dan sempurna.
Hannah juga disifatkan mempunyai pakej lengkap kerana tidak hanya mempunyai paras rupa cantik, boleh berlakon dan juga boleh menyanyi dengan amat baik.
Berikut merupakan beberapa tangkap layar komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista.
Hijab dan pakaian muslimah kini lebih mudah didapati, bukan sahaja di tapak membeli-belah malah di pusat membeli-belah terkenal. Dan jenama fesyen semakin menjadi perhatian para pencinta fesyen di Indonesia terutamanya golongan berhijab.
Walaupun pasaran fesyen sederhana di Indonesia adalah yang terbesar, percambahan jenama tudung menjadikan persaingan antara mereka semakin sengit. Bagaimanakah reaksi pengasas terhadapnya?
Pastinya ada resepi tersendiri untuk terus bertahan di dalam industri ini dengan bersaing sesama sendiri. Pengasas jenama tudung terkenal muncul di majlis Indonesia Brand Founders Summit 2022 di Tribrata, Dharmawangsa, Jakarta Selatan, yang lalu. Mereka mendedahkan resipi kejayaan, termasuk ketika menghadapi pandemik kekal dan masih relevan di tengah-tengah kehadiran jenama baharu. Salah satu perkara yang dilakukan oleh Pengasas Zytadelia, Ria Miranda, dan Buttonscarves ialah sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Semasa pandemik 2020, masalah kami adalah bagaimana untuk mengekalkan aliran tunai dan bagaimana pelanggan kekal setia ingin terus membeli-belah. Oleh itu, kami mengeluarkan produk yang ‘reject’ dengan tawaran harga rendah jadi teruskan membeli-belah. Kami juga menyesuaikan diri dengan mengeluarkan topeng muka fesyen dan tudung antibakteria,” kata Zyta Delia selaku Pengasas Zytadelia.
Mampu menyesuaikan diri sambil mengekalkan DNA jenama juga merupakan kunci kejayaan jenama Ria Miranda. Rosadi selaku pengasas berkata, dia mengalami pelbagai perubahan dalam industri fesyen kerana cuba kekal relevan. Salah satu cara ialah dengan mengemukakan visual supaya pelanggan lebih berminat untuk membeli.
“Salah satu perubahan ialah sekarang orang lebih menitikberatkan visual. Bagaimana produk itu dilihat menimbulkan keinginan untuk membeli. Jadi bagaimana kita menyediakan bajet untuk visual yang cantik supaya orang ramai mahu membeli. Media sosial kami semakin meningkat semasa pandemik, jadi juga salah satu peranan penting untuk menarik perhatian mereka”
“Jadi kami mencari pasaran kerana sentiasa ada orang yang mengutamakan fesyen. Fesyen bagaikan air yang mengalir, yang memaksa kami menolak setiap hari dengan cara baharu,” katanya.
Perkara ini turut disokong oleh Pengasas Buttonscarves, Linda Anggreaningsih. Jenama yang menjual fesyen dan alat solek itu mengakui sentiasa cuba menggunakan cara baharu untuk menarik pasaran. Oleh itu, Linda menasihatkan supaya tidak terlalu jauh.
“Nama buttonscarves meningkat naik dalam era jenama luar talian yang masuk dalam talian tetapi kami melakukan sebaliknya. Orang bertanya mengapa kami membuka kedai luar talian. Saya fikir jika kita ingin membuat sesuatu yang besar, kita tidak sepatutnya mengikut arus. Jika kita menggunakan resipi yang sama, kita masuk ke arus yang bertentang.” Untuk itu kita perlu menambah sesuatu yang berbeza,” katanya.
Bukan sahaja jenama hijab di negara ini yang mempunyai kesukaran untuk bertahan dan kekal relevan, begitu jua nasib jenama-jenama hijab di negara seberang. Semoga kejayaan mereka menjadi pemankin hijabi untuk kekal menyokong dengan jenama yang dipercayai ramai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini ramai juga di kalangan selebriti yang pertama kali merayakan Syawal sebagai pasangan suami isteri. Selain Shila Amzah, Mawar Rashid, Izara Aishah, Yuna juga antara selebriti yang pertama kali beraya bersama suami. Namun cerita raya Yuna agak berbeza kerana dia dan suami menyambutnya di Lapangan Terbang Narita Jepun tanpa lemang, ketupat dan rendang sebaliknya hanya menghirup kopi Starbucks.
Menurut Yuna, dia dan suaminya Adam Shinclair terpaksa menyambut raya di lapangan terbang berkenaan kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk menyambut Syawal kerana suami tersayang ada di sisi. Ketika mereka berdua sampai di lapangan terbang itu, Malaysia sudahpun menyambut hari raya.
“Rasa cemburu pula pula lihat foto-foto di instagram yang kebanayakan sudah muat turut foto Syawal bersama keluarga,” ujar penyanyi bersuara unik ini ketika ditemui selepas pelancaran filem pendek Wanita Besi di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
“Walau bagaimanapun saya tidaklah rasa sunyi kerana suami ada di sisi. Biarpun tiba lewat di tanah air, tetapi saya dan suami masih sempat meraikan lebaran kali ini bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya kedua. Malah sempat mengambil gambar bersama-sama seperti orang lain
“Kami beraya dulu bersama keluarga mentua di Shah Alam sebelum pulang ke kampung saya di Batu Gajah dan Sayong Perak selama dua hari. Adam juga sangat excited beraya di kampung saya kerana ini adalah pertama kali balik ke sana.
“Biarpun percutian singkat, namun kami masih sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarga Adam pula di Pulau Langkawi,” ujarnya sambil memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna dan tidak lagi bersendirian di rantau orang.
“Saya tidak lagi bersendirian kerana Adam sentiasa ada di sisi menemani tatkala berjauhan dengan keluarga tercinta.
“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan berdua bersama Adam. Bagaimanapun saya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata. Ini kerana kesibukan dalam menguruskan kerjaya membuatkan saya inigin fokus kepada karier muzik terlebih dahulu. Jika diberikan rezeki untuk hamil dalam masa terdekat pasti saya menerimanya dengan gembira,” ulasnya ketika ditanya mengenai kehadiran anak setelah berkahwin awal Januari lalu.
Menurut Yuna dia juga seperti wanita lain yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai impian bergelar ibu.
Buat masa ini Yuna mengakui dia kini sibuk dengan pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminatnya akhir tahun ini. Selain turut memenuhi undangan persembahan di sana.
Beliau yang juga turut dipilih menjadi Duta Jenama syampu Pantene itu turut dilabel sebagai #wanitabesi dalam drama pendek berkenaan yang turut memperlihatkan sisi kehidupan Yuna sejak kecil sebelum berjaya seperti hari ini.
Menurut Yuna lagi, ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, ada juga di kalangan korporat yang mahu menukar imej dirinya jika mahu bergelar ‘international artist’ perlu menanggalkan hijab. Dan inilah menurutnya yang mahu dipaparkan dalam filem pendek Wanita Besi berkenaan
“Kekuatan dalam itu penting dalam menentukan apa yang kita mahu. Saya mahu jadi diri sendiri dalam versi tersendiri yang lebih bagus dan bukan menjadi seperti yang orang lain mahukan. Saya gembira menjadi sebahagian dari watak melalui filem pendek ini.
“Bagi saya pendekatan yang digunakan oleh Pantene ini sangat bagus kerana bercerita mengenai keyakinan diri dalam kalangan wanita di Malaysia yang kita tahu ramai berusaha ke arah itu.
“Ada sahaja benda yang tidak kena seperti merasakan diri tidak cantik, kurang keyakinan diri, tetapi melalui Wanita Besi menunjukkan kita juga boleh berjaya dan jadi apa sahaja yang kita mahukan, jadi cantik luar dan dalam,” tambahnya bercerita mengenai kempen Wanita Besi yang dibawakan oleh Pantene ini.
Yuna juga turut memberitahu ikon fesyen Vivy Yusof turut dianggap sebagai Wanita Besi dalam industri ini kerana beliau dilihat seorang yang sangat bijak, business minded, seorang yang kerja kuat dan kini sedang mengandung anak ketiganya.
Selain itu Yuna turut memberitahu buat masa ini belum ada niat untuk membuka semula perniagaan yang telah ditutup sebelum ini kerana mahu memberi fokus kepada bidang muzik.
Namun menurutnya jika ada rezeki, mungkin dia akan mencuba semula dalam bidang bisnes tetapi perlu lebih fokus sepenuhnya.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.