Clay mask sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai kulit normal hingga berminyak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa produk yang diformulasikan untuk kulit sensitif dan kering.
Nak Cantik Kena Konsisten Dan Rajin!
Bercantik-cantik memang fitrah seorang wanita. Merawat wajah adalah rutin yang sering wanita lakukan ritual agar kulit wajah kelihatan berseri, lembut, dan awet muda. Salah satu jenis masker yang paling popular ialah clay mask.
Clay mask sangat berbeza dengan masker lumpur. Secara umumnya, kedua-duanya masker ini berfungsi untuk menghilangkan kotoran pada kulit anda. Walau bagaimanapun, masker lumpur berfungsi lebih untuk melembapkan kulit, sementara clay mask berfungsi untuk menghilangkan minyak berlebihan pada kulit wajah.
Terdapat pelbagai jenis topeng tanah liat yang boleh anda pilih berdasarkan jenis kulit anda. Memang tersedia banyak pilihan clay mask di pasaran namun anda perlulah bijak membuat pilihan bagi mendapatkan hasil seperti yang diinginkan.
Photo by Ivan Samkov from Pexels
Berikut dikongsikan beberapa pilihan clay mask yang boleh anda masukkan dalam rejim kecantikan anda.
GARNIER PURE ACTIVE MATCHA CLAY MASK
Mudah dibawa ke mana sahaja. Masker ini mempunyai kesan ‘suam’ ketika digunakan. Ia dapat membantu meningkatkan peredaran darah anda. Ekstrak teh hijau di dalamnya memberikan kesan antioksidan pada kulit anda. Aromanya juga sangat menenangkan. Pakai hanya untuk tempoh 3 minit dan bilas.
Sesuai buat mereka yang memiliki kulit jenis kusam. Tidak seperti clay mask yang lain, clay mask daripada jenama Freeman ini perlu dikupas agar ia lebih berkesan untuk digunakan.
Clay mask ini mengandungi ekstrak teh dan daun lemon. Daun teh adalah antioksidan yang melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda. Bintik-bintik hitam pada kulit wajah anda juga akan hilang dengan kandungan lemon pada clay mask ini.
ORIGINS ORIGINAL SKIN RETEXTURIZING MASK WITH ROSE CLAY
Clay mask dari Origins mampu menjadikan tona kulit anda lebih sekata. Jadi apabila anda mengaplikasikan solekan pada kulit wajah, kemasan solekan nampak lebih natural. Gabungan kaolin, ekstrak bunga mawar, dan pelbagai minyak pati lain membantu meratakan tekstur kulit wajah anda.
Selain dari ekstrak bunga mawar, clay mask ini juga mengandungi manik jojoba yang berfungsi menghilangkan sel kulit mati. Dengan cara itu, wajah anda akan kelihatan lebih cerah, segar dan bersih. Sekiranya anda menginginkan kulit wajah yang licin, anda boleh mencuba menggunakan produk ini.
PINK CLAY FACIAL MASQUE
Ads
Clay mask jenama ini menggunakan formulasi semula jadi yang dikhususkan untuk kulit sensitif. Anda yang mempunyai kulit sensitif harus memilih produk perawatan kulit wajah dengan lebih berhati-hati. Clay mask ini adalah jawapan bagi anda yang mempunyai kulit sensitif. Aloe vera, lada tasmania, dan chamomile tambahan yang terkandung di dalam produk ini membantu menenangkan kulit sensitif tanpa mengeringkannya.
INNISFREE SUPER VOLCANIC PORE CLAY MASK 2X
Diperbuat daripada tanah liat dari abu gunung berapi dari gunung berapi di Pulau Jeju, clay mask ini sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki kilit jenis berminyak. Clay mask dari Innisfree ini mempunyai keupayaan untuk menyerap lebih banyak minyak. Berfungsi untuk membersihkan minyak pada kulit wajah anda, clay mask ini sesuai digunakan oleh mereka yang alah dengan minyak mineral.
HIMALAYA PURIFYING NEEM MASK
Ads
Mengandungi bentonit, Himalaya Purifying Neem Mask membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada kulit wajah. Clay mask ini juga membersihkan pori-pori dan mencegah jerawat.
Clay mask ini membantu memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan kulit wajah lebih bersih. Bahan lain yang terkandung dalam clay mask ini adalah daun neem yang dapat menenangkan kulit. Kandungan kunyit juga dapat mencerahkan kulit. Himalaya Purifying Neem Mask ini boleh digunakan 2 kali seminggu. Hanya gunakan 10 hingga 15 minit.
AZTEC SECRET INDIAN HEALING CLAY
Clay mask ini mampu mengangkat kotoran pada kulit wajah. Mengandungi tanah liat bentonit 100% semula jadi, produk ini boleh digunakan sebagai detoks kulit wajah. Untuk hasil yang maksimum, anda boleh mencampurkan clay mask ini dengan cuka epal. Hanya aplikasikan pada kulit wajah selama 10 hingga 15 minit dan anda akan dapat merasakan perubahan kulit wajah anda.
HIJABISTA: Pemakaian masker menjadikan kulit lebih lembap, lembut dan berseri. Ia membekalkan nutrisi yang diperlukan kulit wajah. Ambil masa untuk membelai kulit wajah anda kerana kulit yang sentiasa dibelai menjadikan aura seri wajah anda lebih terserlah.
Sumber kredit: Top image: Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam senario ‘new ummah’ masa kini ini, memang kita didedahkan dengan pelbagai situasi. Misalnya hukum bagi seorang perempuan yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktu tidak tinggal. Apakah solatnya juga jadi tidak sah dan hanya sia-sia. Ataupun bagaimanakah hukumnya yang sebenar.
Menurut jawapan dari Ustaz Azhar Idrus, tidak tinggal solat bermakna dia masih Islam. Jika tidak solat, maka tiada satu rukun Islam.
Tidak cukup satu rukun maka tidak sempurnalah Islamnya. Sama seperti solat ada 13 rukun.
Jika tidak rukuk maka tidak sah solatnya. Jadi, bila tinggal satu daripada rukun Islam, seseorang tidak dikatakan Islam.
Jika tidak tutup aurat tetapi tetap solat, dia dikira berdosa kepada Allah. Islamnya masih ada, kecuali jika dia tinggal solat, maka Islamnya akan tercabut.
Perempuan yang tidak pakai tudung tetapi solat itu lebih baik daripada perempuan yang pakai tudung tetapi tidak solat.
Gambar sekadar hiasan.
Manakala bagi perempuan yang masih tidak bertudung, maka hendaklah dia memasang azam untuk memakai tudung. Insya-Allah.
Wallahu’alam
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HIJABI BLOGGER
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah bersama anak-anak di tanah suci, Pelakon Jelita, Puteri Sarah Liyana atau lebih mesra disapa Sarah, terus menyambung percutian ke Dubai bersama permata hatinya itu.
Namun, apa yang memeranjatkan adalah, sebaik pulang dari Dubai, Sarah telah dikejarkan ke Hospital di Ibu Kota ekoran mengalami kepenatan melampau dan memerlukan rawatan dan rehat secukupnya di bawah pemantauan doktor.
Ini Rupanya Punca Sarah Terpaksa ‘Admit’ Hospital!
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Sarah sendiri menerusi sebuah hantaran di laman Insta Story (IGs) miliknya baru-baru ini.
Dalam perkongsian lain, Sarah turut membuat satu permohonan maaf menerusi hantaran di laman Instagram miliknya yang ditujukan khas buat peminatnya di Singapura, serta kepada semua pihak kerana tidak dapat meneruskan kerja seperti yang dirancang.
Sarah menjelaskan bahawa dia sememangnya memerlukan rehat yang mencukupi buat masa ini dan berjanji akan kembali berkerja seperti biasa apabila sudah diberikan kesihatan semula.
“Akhirnya Sarah tumbang juga. Saya perlukan rehat dan perlu dipantau oleh doktor, InsyaaAllah apabila sihat Sarah akan bekerja semula.
“InsyaAllah kepada semua peminat Sarah di Singapura, kita akan bertemu di lain masa. Doakan Sarah. Saya sayang semua,” tulisnya ringkas pada IGs berkenaan.
Lebih menarik perhatian adalah gelagat anak perempuan Sarah, Sumayyah yang setia menemani di sisi ibunya yang sedang sakit, sambil menikmati hidangan hospital yang diperuntukkan untuk Sarah.
“Mama masuk Hospital, tapi yang makan food mama adik 😂😂😂,” seloroh sarah pada perkongsian seterusnya di Instagram Story miliknya.
Sekadar info, Sarah baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah dan Madinah bagi tujuan menunaikan ibdaha umrah, sebelum memutuskan membawa diri bercuti ke Dubai bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.
Setiap wanita memang kena rajin menjaga kebersihan diri termasuk kulit wajah. Dan salah satu cara untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah, perkara asas paling diutamakan adalah membersihkan muka.
Namun ada cara tertentu atau perkara perlu dielakkan ketika membersihkan wajah ini. Jika salah melakukannnya bimbang sisa kotoran atau bekas mekap masih ada lagi di muka dan seterusnya boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Perkongsian wanita ini Wan Azlina di laman sosial Facebook memberitahu 10 kesalahan sering dilakukan ketika membersihkan wajah.
Jadikan amalan membersihkan wajah ini suatu aktiviti menyeronokkan. Malah anda akan dapat lihat hasilnya apabila kulit jadi lebih halus, bersih dan kurang bermasalah.
10 Kesalahan Ketika Bersihkan Wajah
1. Salah pilih produk
Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.
2. Jangan ‘terlebih’
Membersihkan muka sekali atau dua kali setiap hari adalah bagus. Terlebih melakukannya mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak mahupun terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.
3. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.
4. Skrub wajah
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.
5. Tidak bersihkan betul-betul
Tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun sedang mengejar waktu, usah ambil mudah soal ini. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang padanya, bersihkan juga kawasan-kawasan ini.
6. Guna produk dengan bahan kimia
Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika ia jenis sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.
7. Gosok dengan tuala
Pedapkan, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah untuk menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.
8. Tangguh guna pelembap
Bagi memaksiumumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.
9. Beli produk ‘itu-ini’
Sekiranya anda mahu membeli sebarang produk kecantikan untuk kegunaan masa depan, elakkan jenama yang tidak dikenali. Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang seperti serum.
10. ‘Takut’ minyak
Ramai yang takutkan produk berasaskan minyak. Khuatir ia menutup pori. Sebenarnya produk ini antara yang terbaik. Minyak berkesan untuk menanggalkan kotoran secara berkesan. Carilah produk berasaskan minyak yang ada campuran tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, bunga matahari, dan biji anggur. Ratakan minyak pada wajah dan lap bersih dengan kain yang direndam dalam air suam. Kemudian bolehlah dibersihkan dengan air.
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...