Menginjak ke usia 38 tahun, penampilan artis bersuara lunak Siti Nordiana kini semakin anggun dan elegan.
Sweetnya, macam barbie! Siti Nordiana dalam busana rekaan Ezuwan Ismail.
Siti Nordiana atau nama komersilnya, Nana dilihat semakin bijak memilih fesyen yang sesuai untuk persembahan pentas.
Bermula dari pemilihan pereka fesyen sehinggalah kepada penata gaya.
Wow! Penampilan berani dalam dress merah rekaan Ezuwan Ismail.
Maka, terhasilnya ‘the new Siti Nordiana’ yang lebih segar dan berani!
Buktinya, penampilan Nana di pentas pertandingan All Stars Gegar Vaganza (GV10) sentiasa memukau! Pun begitu, walau berhijab Nana tetap tampil sopan, manis dan tidak berlebihan.
Gorgeous! Dress rona kuning metalik rekaan Hykl Hasfitri ini menyerlahkan kelainan pada gaya Siti Nordiana.
Rata-rata ramai yang memuji penampilannya setiap kali muncul di pentas berprestij itu.
Selain memilih busana yang sesuai dengan persembahannya yang mantap, penampilan menarik Nana turut terserlah dengan pemilihan warna yang ‘rare’ namun tetap ‘match’ dengan warna kulitnya yang sawo matang.
Anggun dalam busana Lumiere Concept.
Selain ternanti-nanti persembahan hebat Nana, para peminatnya juga teruja untuk melihat fesyen yang bakal ditampilkan pada setiap minggu.
Begitu juga dengan sentuhan solekan yang lari dari kebiasaan. Nana tampak lebih berani dan tegas berbeza dari karakternya yang lemah lembut.
Ads
Malah, makin berseri-seri ibu anak satu ini dengan sentuhan makeup artist ternama tanahair.
Syabas buat glam team yang berjaya mencantikkan Nana pada setiap minggu. Buat Nana, semoga terus sukses!
Ads
Hijabista kongsikan lagi koleksi gambar cantik Siti Nordiana.
Tidak semua barangan murah seperti ‘bundle’ kelihatan buruk apabila dipakai, dan tidak semua barangan mahal nampak mewah apabila disarungkan! Semuanya tentang penggayaan stail yang bijak serta padanan stail yang sempurna!
Hari ini ramai orang, terutamanya golongan muda sudah tersalah tafsir mengenai perihal harga sesebuah barangan dengan kualiti stail anda. Apa yang anda perlu perbetulkan adalah, jika anda bijak mengenakan padangan aksesori, baju, kasut, seluar dan juga aspek yang lain, pastinya keseluruhan penampilan akan nampak mahal. Biar bijak berbelanja dan bergaya. Usah jadi hamba jenama dan status semata-mata.
Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda trik untuk menjadikan keseluruhan gaya anda tampak mewah biarpun hanya dari barangan ‘bundle’!
Untuk trik pertama ini, lebih mudah dan senang. Apa yang tidak kena dengan warna hitam? Simbol sofistikasi, ‘bold’ dan elegan. Semuanya hanya dengan persalinan warna hitam. Jadi, usah buntu untuk menghasilkan stail yang menarik. Beli sahaja rekaan pakaian dari atas sehingga bawah dalam rona hitam contohnya kemeja, t-shirt, celana mahupun aksesori, pastikan rona hitam menyerlahkan sisi mewah anda!
2. Kuasa sehelai jaket!
Siapa sangka sehelai jaket mampu mengubah keseluruhan gaya anda? Tidak kira rekaan potongan yang sedikit ‘oversized’ mahupun ‘slim fit’,jaket boleh menjadikan stail anda lebih mewah dan ‘on-point’! Apa yang penting, pastikan jaket tidak terlalu sarat dengan perincian butiran dan juga tidak keterlaluan dari segi coraknya. Lebih molek sekiranya mengenakan jaket denim atau formal jaket yang memberikan gaya kasual formal yang berkualiti. Mainkan dengan permainan warna yang kelam hingga warna-warni. Contohnya, jika anda menyarungkn sehelai t-shirt kosong berwarna putih dan dipadankan dengan jeans biru, gayakan dengan rekaan jaket denim yang mempunyai corak atau motif yang sedikit. ‘Less is more’!
3. Aksesori keemasan!
Untuk tidak nampak bosan dalam stail anda, padankan aksesori yang keemasan! Daripada anting-anting, rantai, subang mahupun jam tangan, ia mampu menjadikan helaian yang dibeli dari ‘bundle’ tampak mewah dan glamor!
4. Saiz mengikut tubuh badan
Trik seterusnya berkaitan dengan saiz tubuh badan anda! Jika ingin membeli pakaian yang dijual di ‘bundle’, pastikan anda memilih rekaan yang sesuai dengan potongan badan anda. Saiz yang salah boleh menyebabkan keseluruhan stail tampak ‘murah’ dan tidak ‘bold’. Jika saiz anda S, pastikan anda membeli S ataupun M. Andaikata mahu hasilkan gaya ‘oversized’, pastikan kemeja yang dibeli itu kemas dan sesuai untuk digayakan sebagai helaian ‘overzied’. Tetapi, bagi yang bersaiz besar, usah beli yang terlalu kecil dari tubuh anda. Kadang-kala ada yang ingin tampak kurus walaupun sudah berbadan besar dan membeli pakaian yang bersaiz kecil. Ini benar-benar salah! Sepatutnya, jika anda bersaiz besar, pastikan anda memilih rekaan yang menggunakan rona gelap atau paten menegak untuk tampak kurus dan mewah!
5. Menggosok dahulu sebelum pakai
Ini ramai yang terlupa untuk melakukannya. Baju yang kemas digosok dengan rapi secara tidak langsung menjadikan keseluruhan gaya anda mewah. Bukan itu sahaja, ia juga seperti simbol personaliti anda yang sukakan kepada kekemasan dan kebersihan dalam setiap aspek. Malulah kalau kaum Hawa tidak rajin menggosok baju!
6. Kurangkan penggunaan logo
Trik terakhir, cuba elakkan membeli rekaan yang mempunyai banyak logo. Konsep ‘pasar malam’ amat terserlah apabila sesebuah rekaan itu memiliki banyak logo. Nampak murah dan tidak eksklusif. Lebih baik sarungkan saja rekaan yang kosong dalam stail anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama Amira Othman bukanlah satu nama baru dalam industri hiburan tanah air. Mula dikenali menerusi program realiti, Akademi Fantasia 2013, Amira juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. Terbaru, Amira turut berlakon dalam sebuah drama di Astro bertajuk Red Velvet.
Hijabista berpeluang bertemu secara dua muka bersama Amira Othman di Majlis Pelancaran Radio ZAYAN. ZAYAN merupakan sebuah stesen radio terbaru yang berada di bawah naungan Astro Radio. Anda boleh mendengar radio ZAYAN menerusi frekuensi 104.9 fm, zayan.my serta aplikasi ZAYAN.
Hijabista akui Amira seorang yang mudah didekati dan murah dengan senyuman. Malah, Amira turut memiliki kondisi kulit yang sungguh cantik dan mulus. Agaknya apa rahsianya ya?
“Banyakkan minum air masak kalau nak dapatkan kulit yang cantik. Selain itu, kalau anda rajin makeup, pastikan rajin membasuh berus. Saya merupakan salah seorang yang rajin membasuh berus kerana saya mempunyai masalah kulit yang sangat sensitif.
Jadi, kenalah rajin sikit jaga kulit. Mungkin agak susah juga nak jaga tapi saya perlulah jaga.”
“Lumrah bagi perempuan untuk pergi ke salon jika berkaitan dengan soal penjagaan rambut. Saya juga rajin ke salon tetapi perlu mencari salon yang sesuai untuk wanita bertudung. Kalau tak sempat pun, saya pasti akan cari juga masa untuk melakukan treatment rambut.
Tetapi di rumah, saya tetap akan lakukan rejim penjagaan rambut seperti syampu, conditioner dan memakai masker untuk rambut. Paling penting, saya tidak akan sesekali ikat rambut ketika rambut masih basah.”
“Haruslah elegan tetapi nampak sopan. Saya mementingkan kesopanan pakaian itu sebenarnya kerana saya membawa imej wanita bertudung. Walaupun bertudung, tidak salah untuk berfesyen, janji nampak sopan dan cantik.”
“Untuk kekalkan stamina tubuh, saya ada juga pergi ke swimming class. Yelah, kadang-kadang balik lambat, malam-malam makan juga. Lagi-lagi bila balik kampung, memang makan banyak.
Tapi, bila saya tahu saya makan banyak, saya akan do something la seperti pergi jogging dan exercise. Lagipun, saya juga ada trainer saya sendiri.”
Jom admin belanja gambar-gambar Amira. Memang manis & menawan!
Bra merupakan antara benda yang wajib dimiliki oleh setiap hijabi kerana ia dipakai setiap hari. Bra memiliki pelbagai jenis serta bentuk yang berbeza mengikut cita rasa seseorang individu.
Apa yang penting adalah cara penjagaan yang betul perlu dipraktikkan supaya bra tahan lebih lama. Hijabista berikan anda 7 tip penting yang boleh anda cuba.
Anda pasti ada bra yang anda suka pakai kan? Jadi, anda akan kerap menggunakan bra yang sama kerana selesa memakainya. Tetapi, anda juga perlu memakai bra yang lain untuk mengekalkan keanjalannya. Tidaklah bra anda longgar dengan lebih cepat nanti!
Mencuci dengan tangan dapat menjamin kebersihan kerana tangan anda boleh membersih pada seluruh sudut. Selain itu, cuci menggunakan tangan juga bagus kerana ia dapat menjaga struktur dan keanjalan bra tersebut.
Sekiranya anda cuci menggunakan mesin basuh, sebaiknya gunakan laundry bag agar bra tidak rosak.
Jangan sesekali gunakan peluntur ketika mencuci bra kerana peluntur akan merosakkan tali dan juga kain bra.
Mencuci dengan air sejuk dapat menjaga struktur bra anda. Jadi, jangan sesekali menggunakan air panas atau suam untuk mencuci bra ya.
Jangan keringkan bra menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk bra anda. Tali bra juga akan rosak dengan cepat. Sebaiknya, gantung dan jemur di bawah matahari.
Jangan simpan bra bersama dengan baju anda. Sebaiknya, simpan di tempat yang khusus agar ia dijaga dengan rapi.