Sebagai antara jenama rumah fesyen negara yang terkenal, Rizman Ruzaini cukup sinonim dengan rekaan eksklusif pakaian pengantin. Selama berbelas tahun mengukir nama dalam industri ini, tidak hairanlah apabila rekaan mereka seringkali menjadi pilihan selebriti dan golongan elit untuk disarungkan di hari bahagia mereka.
Sesuai dengan kualiti perincian dan curahan idea tersendiri dalam setiap rekaan yang dihasilkan, kita pasti dapat menjangkakan harga bagi setiap helaian hasilan pereka duo ini boleh sahaja mencecah ribuan ringgit. Ini bagai satu penanda aras bahawasanya hanya ‘pengantin kayangan’ yang mampu menyarungkan helaian Rizman Ruzaini di majlis perkahwinan mereka.
RR Bridal RTW memudahkan cara
Justeru, demi merealisasikan impain lebih ramai bakal ratu sehari dan melihatkan perkembangan perniagaan yang semakin berdaya saing kini, Rizman Ruzaini muncul dengan segmen perniagaan baharu dalam memastikan jenama ini mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW).
Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin. Menerusi RR Bridal RTW 2022/23, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan yang termasuklah daripada rekaan klasik dan moden kontemporari.
Berkongsi keistimewaan koleksi kali ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, menjadi kebanggaan untuk pihaknya dapat menunaikan impian wanita di luar sana yang selama ini menyimpan impian untuk memilih jenama ini di hari penting mereka.
“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin. Walaupun tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini seringkali menjadi pilihan mempelai terutamanya golongan selebriti.
“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Mereka terinspirasi. Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya.
Walaupun dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium. Tambahnya lagi, bagi mereka yang membeli RTW tidak dapat ‘fitting’ ke butik manakala mereka yang ingin layanan yang istimewa dan perincian yang lebih perlu datang ke butik dengan khimat rundingan pereka.
Ads
Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffeta, pleated net dan renda. Warna-warna yang dipilih pula hanyalah daripada rona putih, silver dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis. Kali ini rekaan RR Bridal RTW 2022/23 memudahkan cara, iaitu mempelai tidak sukar untuk bergerak dengan potongan longgar di badan mahupun di tangan. Mudah untuk berdoa!
“Berbeza dengan Rizman Ruzaini, segmen atau jenama RR ini kami peruntukkan untuk pengeluaran yang lebih besar. Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan.
“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, rizmanruzaini.com,” katanya lagi.
Koleksi ini turut mengenengahkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ mereka. Ternyata pemilihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jenama ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan lainnya seperti Amyra Rosli, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Pada majlis pratonton koleksi RR Bridal RTW 2022/23 yang turut dihadiri barisan selebriti wanita popular negara, Rizman berucap, “Saya sangat terharu dengan sokongan rakan selebriti yang selama ini menjadi nadi kepada perniagaan kami. Jadi kali ini, sama seperti tahun sebelumnya, ingin saya memperkenalkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ RR Bridal RTW 2022/23.”
“Menariknya, semua selebriti wanita yang hadir pada majlis hari ini masih berstatus ‘single’. Siapa tahu melalui pratonton hari ini mereka mendapat idea untuk rekaan pakaian pengantin mereka kelak? Selain itu, antara tetamu istimewa yang hadir pada hari ini juga adalah pelanggan kami yang bertuah sebagai antara yang pertama menyaksikan koleksi ini,” katanya.
Sementara itu, berita baik buat bakal pengantin di luar sana, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal. Tempahan boleh dibuat secara atas talian atau pada majlis hari ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/5GpPS76Rb_E
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tak nak nampak tua pastikan anda pilih warna lipstikk yang sepadan dengan warna kulit. Gincu memang menjadi item wajib yang perlu ada dalam beg tangan kita setiap kali keluar rumah.
Rasa tak lengkap dan wajah pucat jadinya jika tidak mengenakan gincu tatkala bersiar-siar di luar.
Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna gincu yang sesuai mengikut tona kulit kita.
Pastikan anda tahu tona kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli gincu yang baru. Ini ada beberapa tips untuk anda.
Tona kulit cerah
Buat gadis berkulit cerah, warna gincu yang terbaik untuk anda adalah rona nude. Rona nude seperti peach atau merah jambu memang sesuai untuk anda.
Elakkan memilih rona coklat gelap dan burgundy. Sesekali tampil dengan rona merah untuk kelihatan lebih anggun dan seksi.
Tona kulit kuning langsat
Gadis yang memiliki tona kulit ini sesuai dengan kebanyakan warna gincu. Rona coral merupakan warna yang terbaik untuk anda. Selain itu, rona bronze dan warm pink juga sesuai dengan tona kulit ini.
Cuma, sebaiknya elakkan memilih gincu rona coklat dan ungu kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak lebih pucat.
Tona kulit sawo matang
Rona nude, oren dan merah jambu merupakan rona pilihan yang paling sesuai untuk anda dan boleh dipakai setiap hari. Merah antara warna yang perlu dielakkan untuk tona kulit anda.
Selain itu, elakkan juga memakai rona ungu dan kuning kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak seperti sedang sakit.
Tona kulit gelap
Sekiranya anda memiliki tona kulit ini, lipstick rona coklat, plum atau merah merupakan pilihan yang terbaik.
Untuk waktu siang, anda boleh memilih rona coklat karamel atau pecah. Manakala untuk waktu malam pula anda boleh cuba mengoles rona merah wine.
Tahun baru pastinya membuka lembaran baru buat para hijabi yang ingin membuat sesuatu perubahan. Kalimat “new year, new me” sering diungkapkan ketika tahun baru sebagai tanda semangat baru serta ingin menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Ada yang menyimpan hasrat ingin lebih berjaya, sihat dan juga cantik.
Ha… buat hijabi yang berazam untuk lebih cantik serta ‘upgrade’ penampilan agar tampil stylish, bolehlah cuba stail busana ‘lace’ yang diinspirasikan daripada Kate Middleton ini. Memang wow dan terlihat elegen!
Apabila memasuki tahun baru, tren fesyen juga akan berubah. Salah satu item fesyen yang dijangka akan menjadi tren fesyen pada tahun 2023 ialah aksen renda(lace) dan laser cut. Material ini sering digayakan oleh Princess of Wales iaitu Kate Middleton. Gaya fesyen ini dilihat menambahkan sentuhan ‘kewanitaan’ pada penampilannya bak primadona.
Tambahan itu, busana material ini sangat sesuai ketika musim bunga atau musim panas, kerana fabrik yang digunakan lebih ringan dan butiran potongan ini sesuai dengan iklim yang sangat panas, jadi ianya sangat bersesuaian untuk digayakan di Malaysia. Berikut hijabista senaraikan beberapa gaya Kate Middleton dalam busana ‘lace’ untuk anda ikuti!
#1 Gaun renda putih
Stail renda yang pertama ini diinspirasikan daripada lawatannya ke Jamaica pada tahun lalu. Kate Middleton dilihat memakai gaun lace lengan pendek oleh Alexander McQueen yang hampir sama dengan busana yang pernah dipakai oleh Ratu Elizabeth pada 1954 di Australia. Gaun paras lutut dengan garis leher persegi itu turut dilengkapi dengan perinciantalipinggangputih.
Selain itu, Kate memadankan busana lace tersebut dengan memakai topi lebar dengan perincian seperti bunga Philip Treacy dan sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih. Hijabi juga boleh mencontohi gaya Kate dengan memakai gaun dengan aksen renda menghiasi lengan dan labuh paras kaki agar menepati syariah Islam. Jangan lupa untuk memadankannya dengan kasut tumit dan beg putih!
#2 Sutrenda
Gaya kedua ini diinspirasikan daripada busana renda Kate ketika menghadiri Royal British Legion Festival of Remembrance, di Royal Albert Hall, London pada 12 November 2022. Kate kelihatan bergaya dalam gaun hitam Self Portrait Black Tailored Midi Dress With Blazer bersama fabrik renda pada chiffon skirt yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi hitam. Blazer seperti ini juga boleh menjadi alternatif kepada sut formal yang sesuai buat ke pesta-pesta ataupun pejabat.
#3 Gaun panjang
Pada 2016, Kate Middleton dilihat menghadiri tayangan perdana A Street Cat Named Bob yang diadakan di Pawagam Curzon Mayfair, London. Untuk majlis itu, Kate Middleton memakai gaun panjang berwarna putih dari Self Portrait.
Gaun Pleated Crochet Maxi tersebut mempunyai garis leher tinggi dengan perincian renda bung dan dilengkapi dengan skirt krep berlipat dengan belahan tinggi di sisi. Kate Middleton melengkapkan penampilannya dengan memakai clutch baldu Mulberry. Hijabi boleh cuba memadankan gaya ini dengan memadankan baju renda anda bersama skirt pleated yang tiada belahan!
#4 Gaun Lace Dolce & Gabbana
Gaun lace seterusnya ini digayakan Kate Middleton di Royal Ascot pada tahun 2016. Untuk majlis itu, Kate Middleton memakai gaun renda putih dari Dolce & Gabbana.
Kate kelihatan bergaya dan anggun dalam gaun renda hijau ketika dia menghadiri kutipan derma di Galeri Potret Negara di London pada 2017. Pakaian itu direka oleh pereka fesyen kegemarannya iaitu Temperley London. Gaun yang dikenakan Kate ini berharga 11,000 USD, atau sekitar RM47888.26, dan dianggap sebagai salah satu busananya yang termahal.
Gaun hijau zamrud panjang yang menyapu lantai itu dilengkapi dengan renda serta dihiasi dengan perincian reben di pinggang. Kate juga menyempurnakan penampilannya dengan sandal tumit tinggi berwarna kuning,anting-antingamethyst dan clutch yang sepadan.
Malam Anugerah Skin 2018 yang lalu sekali lagi menyaksikan beberapa selebriti melaram dengan pakaian yang cantik serta menjadi perhatian ramai. Biarpun penampilan selebriti yang tidak berhijab seperti Izara Aisyah atau Zahirah Mcwilson mendominasi pentas, tetapi bagi mereka yang berhijab juga tidak kurang hebat gayanya. Antaranya yang manis pada malam itu pelakon Umie Aida, Nabila Razali, Wany Hasrita dan beberapa nama lagi. Semuanya bijak menggayakan busana bersesuaian agar kelihatan anggun dan menarik.
Ayuh kita lihat #OOTD barisan selebriti berhijab termasuk bergambar bersama pasangan masing-masing yang cukup menawan pada malam Anugerah Skrin 2018 yang lalu.
Larissa Chou merupakan seorang selebriti, jurusolek, penulis buku serta usahawan kelahiran Jawa Barat, Indonesia. Wanita berketurunan Tionghoa ini pernah membuat keputusan yang sangat besar...