Kos rawatan pergigian adalah tinggi apabila masalah pergigian adalah kompleks
dan memerlukan pelbagai jenis rawatan dalam satu masa.

Masalah Gigi Bukan Masalah Biasa. Rawat Masalah Gigi Untuk Tampil Cantik Menawan.
Sumber gambar: On Health

1. Cucian gigi dan tampalan boleh dilakukan pada hari yang sama dengan sekuel cuci
dulu baru tampal.
2. Ibu bapa harus membawa anak sejak gigi pertama mula tumbuh atau sejak hari ulang
tahun pertama anak. Gigi pertama tumbuh sekitar umur 6 bulan dan ketika ini,
pemeriksaan gigi boleh dilakukan.
3. Punca utama kerosakan gigi adalah disebabkan pengabaian penjagaan kesihatan mulut dan kurang ilmu tentang pergigian. Apabila gigi dan mulut telah digunakan selama 1 hari dengan aktiviti pemakanan, ia membentuk plak di permukaan gigi.

Menurut Dr Norhuda Daud, Pakar Gigi, Klinik Pergigian Qaseh Dental, ketika di siang hari, air liur (saliva) akan membasuh sedikit sebanyak lekitan plak yang tertinggal di permukaan gigi.

Ads

“Pada waktu kita tidur, aktiviti rembesan air liur ini agak berkurangan. Maka, keadaan asiditi mulut tidak dineutralkan oleh air liur dan gigi terdedah kepada pembentukan kaviti.
Memberus gigi sebelum tidur dapat mengurangkan asiditi mulut dan mengurangkan plak di
permukaan gigi yang menjadi punca kerosakan gigi. Ilmu asas pergigian ini masih belum
difahami oleh masyarakat. Sekiranya masyarakat di Malaysia berjumpa dengan doktor gigi
setiap 6 bulan seperti yang dicadangkan para doktor gigi, ia dapat mencegah kerosakan gigi dengan konsultasi yang akan diberikan mengikut keperluan pesakit itu sendiri.”

Kenapa takut berjumpa doktor gigi?

Di Malaysia, budaya melawat dan memperkenalkan klinik pergigian kepada kanak-kanak
masih belum diterapkan seperti di luar negara. Kebanyakan rakyat Malaysia menggambarkan
prosedur pergigian ini amat menakutkan kerana melibatkan kesakitan dan ketidakselesaan.
“Perasaan takut boleh diatasi jika setiap keluarga mempunyai hubungan baik dengan doktor gigi. Dicadangkan kempen ‘1 keluarga 1 dentist’ diperkenalkan untuk mengatasi masalah takut untuk berjumpa doktor gigi. Ini kerana, hubungan baik dengan doktor gigi ini, telah dibina sejak awal dari peringkat ibu dan bapa.”

Ads

“Sebelum memulakan rawatan, pesakit perlu membuat pendaftaran menggunakan kad
pengenalan. Maklumat pesakit akan diambil seperti butiran diri, sejarah sosioekonomi,
sejarah pergigian yang lalu serta masalah perubatan yang telah dan sedang dialami berserta ubat-ubatan yang sedang diambil. Alergi kepada ubat-ubatan tertentu juga perlu
dimaklumkan supaya ubat-ubatan ini tidak diberi oleh doktor gigi jika perlu. Pesakit
perempuan pula perlu memberitahu doktor gigi sekiranya mengandung serta usia
kandungan. Hal ini sangat penting untuk doktor gigi merancang rawatan untuk pesakit serta sebagai rekod ‘medicolegal’. Secara rutin di klinik pergigian, tekanan darah akan diambil untuk pesakit yang berumur 35 tahun ke atas untuk mengenalpasti pesakit yang mempunyai
tekanan darah tinggi.”

Mengapa gusi saya berdarah?

Masalah Gigi Bukan Masalah Biasa. Rawat Masalah Gigi Untuk Tampil Cantik Menawan.
Sumber gambar: On health

“Masalah yang seringkali dihadapi oleh pesakit ialah gusi berdarah ketika memberus gigi.
Gusi berdarah boleh disebabkan oleh banyak punca. Tetapi, kebanyakan kes berpunca
daripada sisa makanan pada permukaan gigi yang tidak dibersihkan dengan betul.  Akibatnya, pengumpulan plak lembut bertukar menjadi kerak/karang gigi dan kemudiannya
menyebabkan radang gusi(gingivitis). Rawatannya adalah mudah, iaitu rawatan cucian
gigi(scaling) dan kemudian pemberusan gigi di rumah secara betul dan efektif. Pesakit
mengalami gusi berdarah dalam situasi ini bukan kerana mereka tidak memberus gigi, tetapi mereka tidak memberus gigi secara efisyen.”

Ads

Jelas Dr Norhuda, sekiranya pesakit menjaga gigi dengan baik, pesakit hanya memerlukan
pemeriksaan berkala 6 bulan sekali dan rawatan juga adalah minima serta tidaklah
memerlukan kos yang tinggi.

“Jika pesakit yang mengabaikan kesihatan mulut sehingga melebihi 2 tahun tidak berjumpa
doktor gigi, sudah pasti lebih banyak gigi yang rosak perlu dibaiki. Dalam keadaan yang lain
pula, jika gigi yang berlubang, ia dirawat dengan tampalan ketika lubang masih cetek, dan
sudah pasti harga rawatan adalah rendah. Jika lubang gigi lebih dalam, kemungkinan
keperluan rawatan akar gigi perlu dilakukan dan sekaligus harga rawatan meningkat. Bagi
mereka yang gemar untuk mendapatkan rawatan estetik pergigian pula, kos rawatan adalah
tinggi kerana tempoh rawatan, penggunaan teknologi dan peralatan canggih yang digunakan.”

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI