
Sememangnya pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin sebuah pemergian yang dicemburui semua. Pergi dalam keadaan yang baik dan memudahkan, ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.
Penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 pada jam 5.13 pagi. Berita sedih ini bukan sahaja memberi kesan kepada peminatnya, malah dari kalangan rakan artis juga turut berkongsi rasa sedih di laman Instagram mereka. Antara selebriti yang turut berkongsi rasa dukacita ialah Fasha Sandha yang menyifatkan arwah sebagai insan yang baik.
Fasha Sandha memuat naik ‘posting’ di laman Instagramnya tentang perbualannya bersama arwah. Menerusi perbualan itu, arwah berhajat ingin menghadiahkan barangan bayi kepada Fasha Sandha dan meluahkan rasa keterujaan ingin berjumpa dengan Fasha Sandha.
Bukan itu sahaja, malah menerusi ‘screenshot’ perbualannya bersama Allahyarhamah, arwah juga semat berdoa untuk Fasha Sandha agar disembuhkan dari segala penyakit. MasyALLAH…
Rakyat Malaysia yang membaca ‘posting’ ini juga turut meluahkan rasa dukacita dan menyifatkan arwah adalah seorang yang baik. Ada juga yang mengatakan setiap satu kebaikan arwah tidak putus-putus menjadi bualan ramai.
Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ternyata setiap kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Sarah Raisuddin menjadi bualan ramai yang dapat dijadikan contoh kepada semua. Sesungguhnya, pemergiannya ialah sebuah kisah yang menghembus sumber inspirasi kepada semua supaya menjadi umat Islam yang lebih baik. Terima kasih Allahyarhamah Siti Sarah. Tenanglah dikau disana…
Sumber gambar: Instagram Fasha Sandha
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Manfaatkan TikTok, Aisyah Hijanah Kongsi Panduan Sujud Tika Solat Buat Wanita

Solat merupakan ibadah wajib yang dilakukan oleh mereka yang bergelar muslim pada tiap hari. Tidak boleh dilaksanakan ala kadar, kita haruslah melakukannya mengikut cara yang sebetulnya agar amalan kita tidak sia-sia dan diterima Tuhan.
Berkongsi di laman Instagram, Aisyah Hijanah menerangkan kesalahan yang kebiasaannya dilakukan oleh kaum wanita ketika sujud sewaktu solat. Penting untuk kita mengetahuinya agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
CARA SUJUD WANITA
Ramai juga yang DM Aisyah minta tunjukkan cara. So sini Aisyah share sikit, tapi kalau apa yg Aisyah share ni salah, korang boleh share ilmu dekat bawah juga okay
1. Dahi tak boleh berlapik dgn apa-apa pakaian yg kita bawa bersama dlm solat. Contohnya telekung, tudung, ridha (yg kita letak dekat bahu drpd awal solat), kopiah, songkok, serban, purdah, niqab. Senang cerita, pakaian yg melekat kita masa solat.
2. Tetapi, kalau sebelum solat, kita buka purdah kita, then kita letak dekat tempat sujud, ataupun kita guna sejadah, kain putih mcm nenek-nenek selalu buat, ridha yg kita mmg letak dekat tempat sujud sebelum solat, maka boleh kalau dahi kita sujud di atasnya. Ingat, apa-apa yg tak bersambung/melekat pd pakaian yg kita pakai dlm solat, itu boleh.
3. Tapak tangan? Tapak tangan kalau berlapik, tak apa. Yang pentingnya adalah dahi. Dahi tak boleh ada halangan drpd tempat sujud. Tapak tangan kalau terlapik dgn telekung tak apa
4. Kalau telekung terbang sbb angin kuat sgt, tarik telekung tu supaya tak menghalang dahi drpd kena tempat sujud
View this post on InstagramA post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambut Syawal Dengan Hati Penuh Keinsafan Lakukan 11 Adab Ini Mengikut Islam. #10 Untuk Wanita Yang Uzur

Isi Kandungan
ToggleBeruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memanfaatkan kehadiran Ramadan dengan melakukan banyak amal kebajikan. Kedatangan hari raya menjadikan umat Islam dapat bergembira atas segala nikmat kurniaan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Tatkala umat Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, mereka akan berasa gembira. Kegembiraan merujuk kepada rasa syukur kerana berpeluang menunaikan perintah Allah SWT. Bukan kegembiraan itu kerana dapat lari daripada larangan makan dan minum pada siang hari. Bagi menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan menyambut Aidilfitri nanti, umat Islam perlu meraikannya dengan mengikuti jejak langkah serta sunah yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Itulah semangat yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Antara sunah Rasulullah SAW ketika hari raya ialah sentiasa mengagungkan Allah SWT dengan ungkapan takbir, tasbih dan tahmid. Apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, perbanyakkanlah mengingati Allah SWT sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.
Telah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk merai dan memuliakan tetamu. Tetamu adalah amanah yang kita tidak boleh melayaninya sambil lewa. Melayani tetamu adalah sunnah Nabi SAW. Apa lagi jika tetamu itu adalah tetamu istimewa yang bukan sahaja datang bertandang malah membawa kepada kita hadiah-hadiah yang istimewa.
Kita hendaklah menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Selamat datang wahai tetamu yang sungguh istimewa.
Syawal al-Falah
Syawal adalah tetamu yang ketiga yang datang kepada mereka-mereka yang telah melalui Ramadhan dengan baik. Mereka layak menerima hadiah yang istimewa Syawal iaitu mereka telah menjadi suci bersih dan kembali kepada fitrah.
Pada 1 Syawal mereka meraikannya dengan bertakbir tanda kemenangan menjadikan Aidilfitri begitu bermakna kepada mereka. Hadiah Syawal yang kedua adalah puasa sunat enam hari buat melengkapkan puasa Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabada, “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi puasa enam hari bulan Syawal bererti telah berpuasa setahun penuh” ( H.R. Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Adab-adab menyambut syawal
1. Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt:
{وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن}
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas’ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz:
اللهُ أكْبَرُ، اللهُ أكْبَرُ، -اللهُ أكْبَرُ-، لا إلهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أكْبَرُ، اللهُ أكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْد
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan:
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
6. Berpakaian baru/cantik di Hari raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibnu Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (disebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw:
لا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاتٌ
Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa diluar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama’semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a. Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw.
b. Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-Ala (سبح اسم ربك الأعلى) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (هل أتاك حديث الغاشية) berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
c. Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis di dalam Musnad Ahmad daripada Ibnu Abbas r’anhuma:
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya: “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d. Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya.
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibnu Battal (ابن بطال): “Telah sepakat para fuqaha’ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada Ali bin Abi Tolib r.a. katanya: “Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” [Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya]. Kata al-Tirmizi: “Beramal dengan hadis ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (untuk solat hari raya) dengan berjalan kaki.” Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu’, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm Atiyyah r.’anha katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat Fitrah
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadis Ibnu Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين
Maksudnya: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadis Nabi saw daripada Ibnu Abbas r.’anhuma:
من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات
Maksudnya: “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.”
Maka itu cara dan adab menyambut tetamu Allah yang istimewa lengkapi dengan berpuasa enam syawal lengkaplah puasa kita menjadi seolah-olah berpuasa setahun yang tidak ada tawaran yang begitu hebat melainkan di bulan Syawal.
Namun kebanyakan dari kita pemergian Ramadhan disambut dengan gembira dan Syawal disambut riang.Pemergian Ramadhan tidak ditangisi dan tiada lambaian perpisahan. Sebaliknya Syawal dipenuhi dengan keseronokan berpesta raya dan rumah terbuka.
Puasa enam dilupakan dan puasa ganti ditangguhkan. Satu lagi hadiah istimewa telah di abaikan kerana mengejar keseronokan dunia. Sambutlah tetamu istimewa ini dengan sepenuh hati. Marilah kita menyambut kedatangan tetamu-tetamu ini dengan hati penuh keinsafan.
Tetamu istimewa ini datang membawa hadiah-hadiah yang istimewa yang mungkin tidak akan kita perolehi lagi tahun hadapan kerana tiada siapa yang boleh menjamin kita akan hidup lagi di tahun hadapan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senaman Bakar Lemak, Bantu Tegangkan Dan Hilangkan Lemak Paha. Hanya Lakukan Di Rumah!

Isi Kandungan
ToggleSemasa bersenam sentiasa fokus untuk bekerja pada kawasan yang lebih kelihatan dan terutamanya, lebih mudah dibentuk. Walau bagaimanapun, sesetengah bahagian badan kita memerlukan sedikit usaha untuk nada kerana kerumitan otot dan kuantiti lemak terkumpul di sana.
Peha adalah salah satu bahagian yang sukar tetapi tidak mustahil untuk dibentuk semula. Senaman ini akan membantu anda menegangkan bahagian dalam paha dan menjadikannya begitu kuat. Untuk hasil yang berkesan, anda perlu melakukan 3 set 20 ulangan setiap latihan, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, yang boleh dimasukkan ke dalam rutin senaman kardio anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
6 senaman paha dalaman terbaik untuk kaki yang kuat dan kencang
Squat dengan kaki terbuka
Berdiri, rentangkan kaki anda dalam kedudukan sumo, turunkan perlahan-lahan dengan pergerakan melantun pendek. Pastikan belakang anda lurus sepanjang masa dan jangan angkat tumit, lakukan 20 ulangan.
2. Squat dengan menaikkan betis
Berdiri selebar bahu, turunkan kaki seolah-olah anda akan melakukan squat. Semasa anda mencangkung, angkat kedua-dua tumit dari lantai tanpa menurunkannya. Apabila mengangkat, paha anda harus selari dengan lantai, picit kaki anda rapat-rapat dan lakukan 20 ulangan.
3. Squat sumo dalam
Berdiri, rentangkan kaki dalam kedudukan sumo, turunkan perlahan-lahan dengan pergerakan terkawal tetapi dalam tanpa melompat. adalah sangat penting untuk mengekalkan kedudukan sumo dan buat 20 ulangan.
4. Sapuan mudah
Berbaring di sisi anda, sokong siku dan angkat sedikit sehingga bahagian dalam badan anda dipisahkan kira-kira 45 darjah. Bengkokkan lutut dan pastikan kaki sebelah lagi lurus, angkat kaki anda yang lain setinggi yang anda boleh ke dalam pergerakan terkawal. Jangan sentuh lantai apabila anda menurunkannya, kemudian lakukan 20 ulangan dan tukar sisi.
5. Angkat Kedua-dua kaki
Tetap berbaring dan dengan siku seperti yang anda lakukan dalam latihan sebelumnya. Angkat satu kaki dengan memegangnya pada paha, betis atau tumit, mengikut kelenturan anda, kemudian angkat kaki yang tinggalkan di atas lantai dan turunkannya dengan cara terkawal. Kaki anda mesti menegak semungkin yang boleh, ingat jangan menyentuh lantai semasa menurunkan, melakukan 20 ulangan pada setiap sisi.
6. Senaman botol
Senaman baharu membakar lemak kaki yang boleh membantu anda menegangkan dan menghilangkan lemak paha. Ambil sebotol, diameter lebih besar, lebih baik. Kemudian letakkan di antara kaki anda, lurus di bawah pangkal paha. Pegang botol pada paha dalaman anda selama 30 saat dengan melakukan 20 ulangan.
Apabila anda bersenam dengan botol, anda akan mengetatkan lantai pelvis, melegakan sakit belakang dan menguatkan otot perut anda. Jika anda sudah mempunyai kekuatan yang mencukupi, anda boleh menambah pemberat atau garter berat untuk mengekalkan nada otot yang lebih baik, ingat untuk perlu menggabungkan senaman ini dengan diet seimbang.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI