Selebriti media sosial Indonesia yang juga merupakan seorang Disc Jockey (DJ) terkemuka di sana, Nathalie Holscher telah memeluk Islam pada Selasa lalu selepas mendapat mimpi ‘pelik’ sewaktu tidurnya.
Menerusi video yang bertajuk ‘Bismillah’ di laman YouTubenya, Natalie menceritakan kisah penghijrahannya itu dan mengakui sudah lama teringin menjadi seorang mualaf dan sudah pun mempelajari serba sedikit mengenainya sebelum ini.
“Sebenarnya, sudah lama saya ingin bergelar seorang muslim. Pernah saya cuba menyarungkan telekung sebelum ini dan mereka semua berkata ‘Subhanallah’. Saya tidak mengerti lalu mereka menjelaskan maksudnya,” jelasnya.
Ujarnya, dia mendapat hidayah itu ketika sedang tidur. Pada waktu itu, dia seakan terdengar ada yang membisikan kalimah syahadah di telinganya dan perkara itu membuatkannya semakin yakin untuk memeluk Islam.
Ads
Merasa bingung seketika, dia segera bertanya mengenainya kepada orang muslim di sekitarnya mengenai kejadian yang dialami lalu menemui jawapannya.
Tambahnya lagi, keputusannya ini sudah pun diketahui oleh keluarga bahkan ibu bapanya juga memberikan restu padanya untuk memeluk Islam biarpun mereka beragama Kristian.
Kisah penghijrahan Izara Aishah sebelum ini mengejutkan ramai pihak, tiba-tiba sahaja pelakon wanita popular ini mula memadam gambar tidak berhijabnya di laman sosial dan memuatnaik penampilan terbaharu dirinya yang sudah berhijab.
Disambut baik oleh keluarga, para peminat dan juga seluruh warganet, penghijrahannya mencuri tumpuan. Jika dilihat pada penampilan Izara yang terkini, dia memilih untuk mengenakan tudung labuh yang benar-benar menutup dada dan juga menggayakan busana longgar tanpa mengikut bentuk tubuh. Labuh lengan bajunya juga dimestikan sampai ke pergelangan tangan.
Memetik kata-kata ciapan di laman Twitternya, dia berkata, “Kalau anda tidak boleh bersembahyang dalam pakaian seperti itu, jangan pakai. Jika anda tidak mahu perkataan tersebut menjadi perkataan terakhir anda, jangan ungkapkan.”
Sebuah mesej yang sangat ringkas tetapi sangat mendalam. Sentiasalah kita berpakaian sebagaimana kita hendak bertemu tuhan, dan sentiasalah menjaga lidah dalam percakapan.
HIASI KEMPEN FESYEN
Menarik perhatian warganet baru-baru ini, Izara telah menghiasi kempen sebuah jenama fesyen tempatan, Shawl Publika, yang menampilkan rangkaian rekaan hijab yang sangat cantik. Koleksi yang diberi nama ‘Tudung Zara’ ini menyerlahkan corak rekaan geometri dan juga flora dalam limpahan warna-warna yang menaikkan seri sesiapa sahaja yang memakainya.
Paling penting, penataan gaya hijab yang dikenakan juga mengikut gaya Izara yang mana hijab menutup dada dan busana yang dipadankan juga longgar dan labuh lengan baju menutup sehingga ke pergelangan tangan.
Untuk pada hijabi yang mahukan gaya tudung baharu, mungkin anda boleh mencedok ilham dari stail penataan hijab yang digayakan selebriti popular ini. Tidak perlu penataan yang keterlaluan, cukup ringkas, namun mengikut syariat. Biarkan warna dan rekaan corak hijab yang menaikkan seri wajah.
Sumber: Twitter Izara Aishah Sumber gambar: Instagram Shawl Publika
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada tahun 2016, Ariska Putri pertiwi mencipta sejarah bagi Indonesia apabila dia berjaya memenangi pertandingan ratu cantik bertaraf dunia buat pertama kali untuk negaranya.
Asalnya dia hanyalah pememang tempat keempat dalam pertandingan Puteri Indonesia 2016, namun tuah menyebelahinya apabila dia dipilih untuk mewakili Indonesia dalam pertandingan Miss Grand International sekaligus menjadi juara.
.
Wanita anggun ini dilahirkan pada tanggal 13 Januari 1995 dan kini merupakan seorang doktor yang mendapat pendidikan dalam bidang perubatan di Universiti Islam Sumatera Utara. Dia kini sudahpun mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.
Mula memuatnaik foto berhijab awal Ramadan lalu, dia mendapat pujian dari teman-teman dan juga warga net atas perubahan penampilan yang dilakukan. Orang kalau sudah cantik, berhijab atau tidak pasti akan kekal kecantikannya apatahlagi sudah mengikut apa yang disyariatkan dalam agama.
.
Memetik kata-kata dalam satu hantaran di Instagramnya, Ariska meluah, “Tidak ada yang pernah salah dari sebuah proses. Jadi hargailah proses seseorang, kerana kita tidak pernah tahu seberapa sulit perjuangan seseorang untuk menjalani proses yang ingin ditempuhi.”
***P/S- Perjuangan hijrah seseorang harus diraikan dan diberi sokongan, janganlah kita mudah menilai dan menghukum.
Sebelum berhijrah ramai yang tahu kerjayanya adalah sebagai seorang kareografer tarian. Dan selepas masuk Islam juga mualaf ini diuji apabila mendapat tawaran membuat show di podium di beberapa hotel. Namun nasihat seorang wanita yang dianggap bidadari berjaya mengubah pendirianya untuk tidak menerima tawaran berkenaan walaupun bayaran lumayan. Adam Corrie Lee yang baru bergelar bapa ini turut memberitahu isterinya itu berkata dia sepatutnya menjaga maruah seorang wanita. Biarlah tidak mendapat duit yang banyak asalkan hidup lebih dirahmati dan diredai Allah.
Menurut Adam Corrie lagi untuk terus istiqomah memandangkan dirinya seorang mualaf memerlukan bimbingan seorang sahabat yang baik. Dan dia sangat bersyukur kerana isterinya itu merupakan sahabat baik yang selalu menegur membimbing dan menyayanginya untuk lebih mengenal apa itu Islam dan Allah.
Dalam posting terbarunya di instagram, dia mendedahkan masih lagi terus menari kerana amalan itu baik untuk kesihatan tetapi hanya dilakukan untuk diri sendiri dan di rumah sahaja.
Utk sy terus istiqamah dlm Islam, sahabat yang baik sgt diperlukan. Alhamdulillah bidadari sy adalah sahabat yang baik krn selalu MENEGUR , MEMBIMBING, MEMBANTU, MENYAYANGI saya dlm jln terus mengenal apa itu Islam dan Allah.
Di awal syahadah dan perkahwinan kami, saya pernah mendapat tawaran show secara kontrak utk beberapa hotel & club .. iaitu buat show podium. Tawaran yang sgt lumayan. Saya hanya perlu cari penari wanita utk menari atas podium. Siapa yang tahu menari podium tu mcmmana mesti faham.
Tawaran tersebut tidak disetujui oleh bidadari sy. Dia menerangkan bahawa wanita itu adalah aurat. Sebagai lelaki dan muslim, saya patut membantu menjaga maruah mereka. Supaya tubuh badan mereka tidak menjadi tontonan org lain dgn bergelek. . Bidadari saya kata, nak duit banyak tp dimurkai Allah ke atau nak rahmat dan redha Allah?
Saya fikir semula.. ye betul.. apa gunanya ada job yg tidak berkat dan hidup dlm kemurkaan Allah . Hidup pasti tak bahagia.
Itulah gunanya mencari teman hidup yang baik utk menegur, membimbing dan membantu kita ke jln yang lebih baik.
Saya masih menari..Sy tetap akan menari sampai bila2 kerana ia bagus utk kesihatan. Tetapi hanya di rumah dan utk diri sendiri shj. .
Hijabista tertarik dengan kisah penghijrahan Adam Corrie yang juga diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita (Mualaf) peringkat Negeri Selangor tahun lalu.
Walaupun diduga dengan ujian begitu, tetapi dia tetap berpegang pada ajaran agama Islam dan tetap kekal istiqomah dengan pendiriannya. Moga kisahnya memberi manfaat kepada kita semua.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.