Pengacara jelita TV Al-Hijrah, Hana Ismail dengan sekali lafaz kini sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas dan juga aktor tampan Da’i Syed.
Majlis Ijab qabul pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung beberapa jam lalu bertempat di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.
Seutas Gelang Emas ‘Mas Kahwin’ Syed Untuk Hana
Hana Ismail telah dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Ismail Dahwan.
Ads
Selain itu, Hana menerima seutas gelang emas dari Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sebagai mas kahwin pernikahan.
Terdahulu, Hana pernah menyatakan bahawa keperibadian Syed yang lembut membuatkan dirinya tertarik untuk menjadikan lelaki itu sebagai suami meskipun jarak usia mereka berbeza hampir 9 tahun.
Mereka yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 23 Oktober lalu, dan perkara itu diuar-uarkan oleh rakan artis yang juga pelakon Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada November.
Hijabista mendoakan agar jodoh pasangan merpati dua sejoli ini kekal hingga ke syurga, selamat melayari bahtera perkahwinan dan alam rumah tangga buat kedua mempelai!
Sebelum ini bukan tidak ada peserta Islam berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Antaranya Halema Aden yang menyertai Miss Minnesota USA 2016 atau Raudha Kasmir menyertai Miss Indonesia 2018. Penyertaaan mereka juga turut mendapat reaksi cukup berbeza dari seluruh masyarakat. Dan sekarang seorang lagi gadis berhijab, Nurul Shamsul, 20 tahun yang mencatat rekod apabila menjadi wanita Islam pertama yang tercalon dalam Top 20 Miss Universe Zealand.
Nurul yang merupakan seorang pelajar dilahirkan di Ampang Selangor ini berdarah campuran Malaysia dan Indonesia telah dibesarkan di New Zealand sejak usianya 5 tahun.
Melalui akauan instagramnya, Nurul menyatakan perasaan gembiranya apabila dia akhirnya layak berada di peringkat akhir untuk pertandingan Miss Universe New Zealand.
Dilihat dari latar belakangnya, Nurul merupakan penuntut di Universiti Waikato dengan jurusan Psikologi. Malah dia juga turut menyatakan hasratnya menyertai Ratu Cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.
Dalam pada itu, Nurul juga berharap dengan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik ini dapat memberinya peluang menolak stereotaip serta memberi impak positif kepada agama Islam di mana gadis berhijab tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan seperti itu.
“Saya harap peluang yang diberikan ini akan membantu memecahkan sempadan dan stereotaip. Saya juga berharap bersama-sama kita dapat mentakrifkan semula maksud kecantikan itu,” tambahnya lagi.
Melalui salah satu post di laman instagramnya, Nurul turut menulis penting untuk sentiasa mengetahui siapa anda dan asal usul anda. Malah perlu bangga dengan diri sendiri.
Dia turut menambah melalui pengalamannya sendiri, Nurul menyukai New Zeland kerana penduduknya lebih menerima budaya dan etnik yang berbeza. Malah itu yang menjadikan New Zealand unik kerana semua budaya yang ada.
Menjadi satu-satunya gadis berhijab dalam pertandingan Ratu cantik itu nanti, Nurul berharap supaya erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.
Pertandingan akhir nanti akan diadakan pada bulan Ogos di SKYCITY Theater.
Kulit yang bercahaya dari dalam adalah trend kecantikan yang paling diingini sekarang, tetapi ada perbezaan antara highlight yang ditempatkan secara strategik dan ‘glowing’ keseluruhan yang rentan terhadap jerawat dan menyebabkan solekan merosot.
Sekiranya anda mempunyai jenis kulit berminyak, anda boleh mengatasinya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang seimbang dan mekap yang lembut, tetapi ini boleh menjadi sedikit rumit jika pipi anda kering dan T-Zon anda sentiasa berminyak.
Kelenjar sebum di dahi, hidung dan dagu, yang boleh jadi berlebihan jika anda mempunyai kulit kombinasi, menyebabkan lebih banyak pengeluaran minyak di kawasan ini. Ini cara menanganinya menurut jurusolek professional.
Mencuci muka untuk menyingkirkan minyak, solekan dan kotoran adalah penting, tetapi menggunakan produk yang keras dan menggosok wajah anda sebenarnya boleh berlawanan dengan intuisi kerana boleh menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan untuk mengimbanginya.
Sebilangan doktor mencadangkan membersihkan T-Zon dengan pembersih berasaskan asid salisilik atau asid glikolat, dan seluruh bahagian muka dengan pelembap dan keseimbangan. Walau bagaimanapun, ini sukar untuk dipraktikkan. Pakar dermatologi mencadangkan mencuci wajah anda hanya dua kali sehari, dan melembapkan secara berterusan selepas itu untuk mengelakkan pengeringan seluruh wajah anda.
Toner yang dimaksudkan untuk mengeringkan dan menghaluskan kulit boleh menjadi terlalu keras. Sistem tiga langkah tradisional iaitu pembersih, toner dan pelembap mungkin tidak selalu sesuai untuk anda. Doktor mengatakan bahawa individu sering membuat kesalahan dengan mempercayai bahawa produk berasaskan alkohol pembersihan yang benar-benar berfungsi. Perkara ini berlaku walaupun anda menggeser toner ke kawasan T-Zon itu boleh menjadi terlalu kering, menyebabkan kawasan sensitif pada wajah lebih terdedah kepada jerawat, kesesakan dan kemerahan.
Sekiranya anda cenderung berminyak, pilihlah beberapa produk yang mesti dimiliki yang akan menyeimbangkan kulit dan bukannya mencuba rutin beberapa langkah. “Teknik aplikasi terbaik untuk digunakan ketika menerapkan solekan pada T-Zon dan kulit berminyak adalah penting menggunakan primer atau pelembap, jangan sekali-kali menggunakan kedua-duanya kerana ini terlalu banyak lapisan produk pada kulit.
Foundation matte tidak semestinya kemasan berat pada kulit. Adalah biasa bagi foundation seperti ini untuk memiliki bahan penyerap minyak seperti tanah liat dan silika, yang dapat membersihkan lebihan minyak. Foundation dengan minyak boleh menyumbat dan menyesakkan kulit, jadi ia paling baik dibiarkan untuk kulit kering sepenuhnya. Sapukan foundation tanpa minyak dengan memasukkannya ke dalam kulit dengan menggunakan span kecantikan. Tekan kulit dengan tisu untuk menghilangkan kotoran yang berlebihan atau sisa minyak berminyak pada kulit dengan lembut untuk menghilangkan lebihan produk.
Concealer lebih pekat, adalah landasan liputan tinggi dalam kemasan yang lebih kecil. Memasukkannya ke T-Zon bukanlah idea yang baik, walaupun produk yang lebih tebal mungkin lebih menyerap minyak daripada foundation. Menggunakan concealer di T-Zon anda yang merupakan pusat wajah akan menjadikan foundation dan concealer anda kelihatan lebih berat daripada yang sepatutnya.
Setting powder adalah serbuk longgar dengan bahan seperti talc dan silika. Menyimpan produk basah seperti formula cecair atau krim di samping mencegah pengeluaran minyak berlebihan, menjadikannya mesti miliki. Gunakan teknik menekan dan meletakkan serbuk di atas foundation untuk mengatur solekan kekal sempurna sepanjang hari. Cara terbaik adalah menerapkannya di kawasan hotspot wajah, seperti di bawah mata, di dahi dan di bahagian bawah hidung untuk meratakan kilauan.
Minggu lalu, penulis dijemput khas untuk menghadiri jamuan minum petang bersama penyanyi nombor satu negara ini. Dalam suasana penuh eksklusif yang mengumpulkan media dan juga pempengaruh media sosial di ibu kota itu, mata dijamu dengan koleksi terkini lebaran 2022 jenama perhiasan kemas Swarovski.
Majlis yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang ini merupakan simbolik kepada pengumuman Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai wajah kepada koleksi lebaran ini. Siapa sangka selepas Neelofa yang sebelum ini selama beberapa tahun menerajui sebagai wajah kempen jenama ini di Malaysia, kini baton diserahkan kepada wanita anggun berusia 43 tahun ini pula.
Memeriahkan suasana petang itu Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memeriahkan suasana dengan alunan dua buah lagu bertajuk Can’t Take My Eyes of You dan lagu berhantunya, Aku Cinta Padamu. Tetamu yang hadir semuanya terbuai dengan suara merdu beliau.
Menjawab soalan dalam sesi soal jawab, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi perihal pemilihannya sebagai wajah kepada kempen lebaran Swarovski 2022 sehinggalah kisah lebaran.
“Ini adalah satu peluang yang amat baik untuk diri saya, untuk terus melebarkan lagi kerjaya saya. Sebagai seorang wanita perhiasan kemas adalah sesuatu yang begitu dekat dengan jiwa saya. Sebenarnya sebelum jadi duta untuk koleksi lebaran ini pun, saya memang penggemar jenama Swarovski dan saya antara pembeli tegar. Harganya sangat berpatutan dan datang dalam pelbagai koleksi, rekaannya sangat-sangat cantik,” kongsinya menyatakan perasaan apabila dilantik sebagai wajah baharu untuk koleksi lebaran.
Setiap wanita mesti ada aksesori kegemaran yang selalu digayakan, begitu juga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza. “Kalau perhiasan kemas saya mesti pakai cincin dan gelang untuk melengkapkan gaya. Selain itu kerongsang juga akan saya pakai sebab saya berhijab, jadi kerongsang menarik akan melengkapkan penampilan saya,” jawabnya soal perhiasan kemas apabila ditanya oleh hos.
Kongsi beliau tentang lebaran tahun ini,“Kalau bercakap soal kenangan lebaran, pastinya kenangan berkumpul dengan adik beradik, dan apabila saya bergelar selebriti pastinya saya ada ramai peminat yang mahu berkumpul dan beraya bersama saya. Sambutan raya tahun ini paling istimewa kerana kita sudah berada di fasa endemik dan saya pasti apa yang paling saya nantikan adalah berjumpa dengan keluarga, sahabat dan peminat untuk meraikan hari raya.”
Berbicara tentang koleksi lebaran ini, Swarovski memperkenalkan pilihan rekaannya yang berharga untuk Hari Raya, dengan gelang, cincin dan rantai. Setiap satu menjadi aksesori yang sempurna untuk mencipta satu statement fesyen menarik.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.