Sejak mengumumkan niatnya untuk bertudung dan berhijrah ke arah lebih baik sejak memeluk Islam, bintang youtuber Maryam You Narae mendapat permintaan tinggi sebagai model berhijab. Malah, ramai yang memintanya untuk membuat tutorial hijab.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan, yang bertemu jodoh bersama Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim ini pernah digelar sebagai selebriti media sosial dengan nama media sosialnya Durian Kimchi.
Penghijrahan Maryam mendapat pelbagai respond dari pengikut-pengikutnya di media sosial.
Simple Tak Berbelit
Meninjau akaun instagramnya Maryam You Narae ada berkongsi tutorial tudung ringkas hingga berjaya menarik perhatian ramai. Pernah dikencam ketika ‘on-off’ memakai hijab, sebagai seorang mualaf pastinya Maryam memerlukan masa untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Melalui sebuah hantaran video yang dimuatnaik Maryam dilaman Instagram miliknya, ramai yang memuji. Cantik dan simple!
Tak melawak tak sah! Pasangan ini pastinya membuat ramai yang terusik dengan gurauan dan cara penyampaian Maryam untuk menerangkan cara dia memakai hijab hanya 3 saat dah siap.
“Hanya perlukan 3 saat untuk siap tudung begitu, pegang bucu tudung kanan dan kiri, yang bucu pendek macam Ryzal, yang bucu panjang macam Ryzal,” selorohnya di dalam video itu.
Ads
Perkongsian Maryam raih tanda suka daripada wargamaya, rata-ratanya terhibur sambil memberi tanda sokongan untuk dia terus kekal istiqomah.
“suko dengar Mariyam kecek..
You look fine Maryam. For a start you’re doing good. Slowly but surely.
Kak Maryam lucunya, insyaallah istiqamah 😍 #from Indonesian
Ads
Tak kurangnya kata-kata semangat sebagai seorang mualaf yang mahu belajar dan memberi inspirasi pada yang lain.
Cantik bertudung. Semoga Allah SWT permudahkan Maryam untuk terus istiqamah bertudung dan melakukan segala kebaikan. Aamiin ya rabbal’aalamiin. ❤️
Comelnya Maryam 😍 takpe Maryam slow2 berubah… Allah sentiasa permudahkan urusan mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Semoga istiqomah ye. 😍😍
Mashaa Allah Maryam cantik. Semoga sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah
Diberi kepercayaan sebagai model mengayakan koleksi terbaharu jenama hijab tempatan, perubahan Maryam memberi kesan positif dan diterima ramai. Pada permulaannya dia hanya dilihat sebagai model tetapi fikiran ramai meleset kerana bintang media sosial ini benar-benar mencuba menjadi muslimah sejati.
Terdahulu pasangan media sosial ini Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ryna.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Berapa ramai dia antara anda yang apabila pergi ke rak skincare di drugstore dan nampak produk-produk yang dilabel sebagai “hypoallergenic” atau “dermatologically tested” atau “clinically tested” tapi masih keliru dengan label-label itu semua?
Terlalu banyak beauty jargon yang wujud pada produk-produk skincare tapi terlalu sikit antara kita yang beitul-beitul faham apa maksud sebenar perkataan fancy yang ada pada packaging produk. Tak dinafikan sebenarnya memang amat penting unituk anda semak label pada packaging produk terlebih susudahulu sebelum membelinya supaya anda dapat beli produk yang tepat.
Bukan saja label boleh beritahu anda apa produknya (pelembap, serum, krim mata) dan unituk siapa ia dirumuskan (anti-penuaan, kulit kering, acne-prone), label juga boleh berikan anda lebih banyak gambaran mengenai bagaimana formula iitu dihasilkan dan jika ia adalah mesra alam, organik, cruelty-free atau vegan.
Jadi anda masih tidak pasti apa maksud istilah-istilah yang ada di produk skincare anda? Teruskan membaca mengenai skincare jargon dan maksudnya dari pandangan pakar dermatologi.
Hypoallergenic adalah jaminan dari pengeluar bahawa sesuatu produk akan kurang berkemungkinan unituk menyebabkan alergi pada penggunanya. Tetapi ia bukanlah saitu terma yang sah sebab tiada saitu pun standard minimum industri unituk buktikan bahawa saitu-saitu produk akan kurang menyebabkan tindak balas alergi.
Terma hypoallergenic ni secara ringkasnya unituk memberi maksud bahawa saitu-saitu produk iitu tidak akan menyebabkan iritasi pada pengguna. Label ni khususnya adalah unituk maklumat pemilik kulit sensitif yang selalunya mususudah berindak balas pada produk skincare. Jadi kalau anda lihat label ni pada produk, jadikan ia sebagai panduan bukan sebagai jaminan.
Tiada jaminan unituk produk-produk yang gunakan terma ni dan kadang-kadang terma ni juga tak boleh diguna pakai. Produk-produk Hypoallergenic sesetengahnya masih ada pewangi atau fragrances iaiitu punca utama alergi dan iritasi. Jika anda ada sebarang alergi kepada produk yang anda gunakan, anda dinasihatkan jumpa dermatologist unituk buat ujian rasmi alergi.
Anda mungkin biasa baca istilah ini pada produk yang dikhaskan unituk parut, jerawat, dan kulit berminyak. Produk-produk non-comedogenic wujud dalam pelbagai formulasi termasuk facial oil dan sunscreen.
Terma ni secara ringkasnya bermaksud produk tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Produk yang mengandungi bahan comedogenic akan menyebabkan pori tersumbat dan blackhead timbul pada kulit wajah.
Sama seperti terma hypoallergenic, terma non-comedogenic juga tiada saitu standard industri atau peraituran. Secara umumnya, produk non-comedogenic yang berteksitur ringan adalah lebih baik unituk mereka yang mususudah breakout tetapi berhati-hati kerana ia masih boleh sebabkan liang pori tersumbat.
Terbukti secara klinikal atau clinically proven merujuk kepada produk atau ramuan yang telah diuji dalam percubaan klinikal unituk keselamatan dan keberkesanannya. Kajian ini dilakukan dalam keadaan klinikal dan biasanya diuji di bawah piawaian yang ketat unituk membuktikan jaminan seperti “mengurangkan penampilan garis-garis halus”.
Tetapi sebenarnya agak susah untuk anda tahu mengenai keadaan ujian. Adakah hanya diuji pada segelintir orang, katakan hanya 10 orang? Juga, tak semua kepuitusan akan sama untuk setiap orang. Dan percubaan / ujian klinikal boleh dilakukan pada satu bahan tetapi bukan keseluruhan formulasi.
Terma ni biasanya bermaksud bahawa Pakar Dermatologi telah menguji dan meluluskan penggunaan produk itu. Bukankah pakar dermatologi patut dipercayai? Sebab mereka yang berurusan dengan kulit sepanjang hari.
Sebenarnya tiada standard ujian untuk keselamatan dan keberkesanan produk-produk kosmetik. Ujiannya mungkin sesudah memberikan produk kepada dermatologist unituk diberikan kepada pelanggan mereka dan melaporkan semula kepuitusannya.
Oleh iitu, jika tiada pelanggan yang mempunyai tindak balas negatif, dermatologist boleh katakan bahawa mereka menyokong produk tersebut. Ini hanyalah saitu istilah pemasaran yang tak mempunyai bukti yang kukuh.
Menggunakan produk yang semula jadi bukan saja sudah jadi trend kecantikan tapi semakin menjadi pilihan pengguna. Produk natural bermaksud bahawa produk itu mengandungi bahan yang datang dari alam semula jadi termasuk ekstrak tumbuhan, essential oils dan banyak lagi.
Masalah dengan syarikat yang gunakan terma natural ini ialah tiada pihak yang mengawal jaminan mereka dan tiada standard minimum untuk kelayakan produk-produk ini. Malah di US, produk hanya perlu ada 5% bahan natural untuk layak dipanggil natural. Ada beberapa badan pensijilan yang wujud seperti ECOCERT, NATRUE, The Soil Association, dan yang terbaru ialah COSMOS.
Masalah yang lebih besar ialah pemahaman setiap orang untuk terma natural ini berbeza. Ada yang anggap natural itu datang dari tumbuhan, ada yang anggap tiada bahan sintetik, ada juga anggap natural itu bebas pengawet.
Lebih merumitkan lagi keadaan ialah bahan asal produk itu mungkin natural (contohnya bunga atau buah-buahan) tapi proses kimia sudah mengubahnya dari bentuk yang asal kepada sesuatu yang berbeza. Jadi adakah ia masih boleh dipanggil natural?
Satu lagi salah anggap yang berlaku ialah bila ramai orang anggap natural skincare lebih selamat dari produk bukan natural. Produk botani, herba, dan essential oils masih boleh sebabkan iritasi dan alergi dan perkara ni biasa direkodkan dalam jurnal-jurnal saintifik.
Organik bemaksud produk tersebut mengandungi bahan yang tumbuh tanpa menggunakan baja kimia atau racun perosak. Ia juga bermakna bahawa tiada bahan kimia dalam produk tersebut.
Walaupun ada badan pemerintah dan piawaian pemerintah yang membantu untuk tentukan apa yang organik, mereka sering tak bersetuju dan mempunyai standard yang berbeza. Sebagai contoh, iaitu pensijilan menyatakan bahawa hanya 70% bahan produk mesti organik, manakala satu pensijilan lain pula mensyaratkan 95% bahan produk mesti organik.
Cara untuk memilih produk organik adalah dengan melihat pada label dan kandungan. Selalunya ia disenaraikan mengikut turutan jumlah peratusan bahan dalam produk itu. Kalau 3 atau 5 bahan pertama yang disenaraikan di bahagian kandungan adalah sintetik, ia mungkin bukan pilihan organik yang terbaik kalau anda betul-betul nak gunakan produk organik.
Ada juga andaian bahawa produk nitural dan organik adalah lebih baik dan lebih selamat untuk kulit anda. Ini sama sekali tak betul dan hanyalah taktik pemasaran dan penipuan. Hanya kerana sesuatu produk itu berasal dari tumbuhan tak bermakna ianya selamat kerana banyak juga tumbuhan yang dikategorikan sebagai tinggi tahap toksiknya.
Bebas pewangi bermaksud bahawa ia benar-benar bebas daripada pewangi. Tapi tak selalunya betul. Pewangi boleh sebabkan alergi pada sesetengah orang dan iritasi kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Satu-satunya cara untuk tahu produk itu benar-benar bebas pewangi ialah dengan anda lihat pada senarai kandungan. Selalunya ia diitulis sebagai ‘parfum’ atau ‘fragrance’ dan selalunya dicampur dengan banyak bahan lain.
Walau bagaimanapun, mereka boleh menggunakan apa yang dikenali sebagai “masking fragrances” untuk sembunyikan bau yang tak menyenangkan dari bahan lain. Pastikan anda baca label dan lihat jika “parfum” atau “fragrance” disenaraikan dan dalam senarai keberapa bahan iitu.
Cosmeceutical menggabungkan perkataan “cosmetic” dan “pharmaceutical” untuk terangkan produk yang mengandungi bahan biologi yang mungkin ada kesan farmaseutikal pada kulit. Selalunya produk ini mempunyai bahan berasaskan semulajadi yang mempunyai sifat anti-radang atau antibakteria.
Walau bagaimanapun, masih tak terdapat peraturan untuk produk kategori Cosmeceuticals. Ini semata-mata adalah terma marketing unituk mendapatkan kepercayaan anda terhadap jenama dan membuat anda fikir bahawa produk mereka lebih selamat dan berkesan.
Secara teknikalnya, adalah mustahil untuk sesuatu produk menjadi 100 peratus bebas dari bahan kimia. Semuanya terdiri daripada bahan kimia sama ada secara semula jadi atau sintetik. Apa yang lebih penting ialah samada sesuatu produk dan bahan-bahannya adalah selamat untuk digunakan.
Sesuatu bahan natural tak semestinya lebih selamat dari bahan sintetik hanya kerana ia natural. Kuncinya ialah jumlah, dos, dan tahap konsentrasi bahan yang digunakan dalam skincare itu.
Sepertimana produk natural, essential oils juga semakin popular di kalangan pengguna skincare. Semakin banyak company skincare yang menghasilkan produk naitural menggunakan essential oils dalam produk mereka. Itujuannya adalah unituk faesusudah penyembuhan tertentu atau hanya sebagai pewangi.
Masalah dengan essential oils ialah ia masih boleh sebabkan beberapa tindak balas yang agak teruk pada sesetengah orang. Tidak semua essential oil adalah baik untuk kulit terutama sekali kulit sensitif.
Adalah lebih baik unituk gunakan essential oil bersama dengan carrier oil (carrier oil adalah minyak sayuran yang berasal dari bahagian lemak tumbuhan, biasanya dari biji, kernel atau kacang-kacangan) dan uji dahulu pada diri anda sebelum gunakan sebarang produk yang mengandungi essential oil.
Skincare yang vegan bermaksud ia tidak menggunakan bahan dari sumber haiwan dan tidak diuji pada haiwan. Vegan skincare juga dibuat daripada tumbuhan, mineral dan juga dari bahan sintetik yang selamat.
Hanya kerana sesuatu produk mempunyai logo cruelty-free yang diperakui pada labelnya, ia tak bermakna produk itu vegan. Untuk vegan skincare atau produk kecantikan yang boleh dipercayai, cari produk yang mempunyai logo “Vegan Action” atau “Vegan Awareness Foundation”. Kedua-dua logo ini mengesahkan bahawa produk itu diformulasi dengan bahan-bahan vegan.
Paraben adalah sejenis pengawet yang telah digunakan selama bertahun-tahun dalam produk kosmetik. Paraben menjadi headlines dalam berita beberapa tahun lalu kerana dikatakan mempunyai kesan lemah yang sama dengan hormon estrogen.
Kebimbangan yang ditimbulkan ialah bahawa paraben pada deodoran mungkin menyumbang kepada kanser payudara berdasarkan jumlahnya yang dijumpai pada tisu kanser payudara. Namun kajian saintifik itu kemudiannya telah dipertikaikan dan tiada bukti baru yang menunjukkan kewujudan paraben dalam deodorant berkaitan dengan kanser payudara.
Kini susudah ada garis panduan yang ketat yang kawal selia jenis paraben yang digunakan, dos dan kepekatan yang digunakan dalam skincare untuk pastikan standard keselamatan minimum dipenuhi dan bukti telah menunjukkan bahawa ia selamat digunakan.
Jika sesuatu produk mengandungi bahan aktif, ia aktif secara biologi dan mampu secara biologi menjejaskan kulit. Biasanya bahan aktif akan disenaraikan dengan peratusan.
Jangan tertipu dengan memikirkan bahawa semakin tinggi peratusan semakin kuat sesuatu produk kerana ia bergantung pada paras pH dalam asid. Semakin rendah pH, semakin aktif produk itu walaupun ini mungkin menyebabkan iritasi. Contoh bahan aktif termasuk glycolic acid, retinol dan vitamin C.
Habit yang terbaik yang patut ada setiap kali anda nak beli produk skincare ialah dengan jadikan diri anda biasa dengan bahan-bahan di dalamnya dan fungsinya. Ini lebih penting daripada label yang diletakkan unituk anda oleh team branding dan marketing produk itu.
Semoga anda faham dan sedar betapa pentingnya untuk faham tentang printing kecil yang ada pada label produk skincare di pasaran. Dan dapat bantu anda serba sedikit ilmu anda tentang skincare.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dunia tanpa sempadan mendedahkan kepada kita pelbagai perkongsian dari pengguna media sosial terutama dalam dunia kecantikan. Namun tidak semua produk yang dihasilkan elok untuk kulit kerana ada antaranya boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Perkongsian dari doktor ini mengingatkan betapa bahaya hasil DIY penjagaan wajah yang dibuat sendiri. Menurut Dr Norbaizura Mohd Ismail memberitahu terdapat pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan kulit wajah seseorang. Malah lebih teruk ada yang menyebabkan kulit bernanah dan terbakar.
Jadi dia menasihatkan mereka yang membuat campuran bahan sendiri ini agar jangan sebarang tempek produk ini pada kulit wajah. Malah bahan berasaskan natural juga tidak semestinya tiada kesan sampingan. Justeru dia menasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor sebelum letakkan sebarangan bahan pada muka.
Hati2 ketika menggunakan skincare DIY!
Apa tu skincare DIY?
Mesti ramai yang pernah cuba kan skincare DIY ni? Amek yogurt, lps tu cmpur timun la keledek la bayam la budu la (ok, over!), pastu tempek kat muka… Haaaaa kalau biasa buat mcm ni, hati2 tau!!
Terdapat byk kes peradangan/burn (contact dermatitis) yg saya terima di klinik akibat skincare DIY ni. Yang paling sering adalah burn sebab letak kunyit, bawang putih, limau, baking soda etc pada muka. Smpi terbakar hitam kulit, bengkak dan ada yg penuh naik jerawat nanah2 di muka!
Skincare DIY ni bukannya semua tak bagus. Tapi ada bahan2 termasuk yang natural atau alami ni sebenarnya dapat menyebabkan alergik, iritasi atau kulit terbakar.
So, jangan letak sebarangan benda kat muka! Even alami/natural pun tak semestinya tiada kesan sampingan/kesan allergik! Dapatkan nasihat doktor sebelum meletakkan sebarangan bahan di muka.
Towards healthy, radiant skin
KREDIT GAMBAR: GOOGLE IMAGE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi tips dan rutin yang dilakukannya agar dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tenang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata dia akan memulakan paginya dengan melakukan aktiviti kecergasan.
“Start your day with a morning exercise.
“Kalau ada rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and modd elevators),” tulis Janna di ruangan kapsyen.
“Kalau tanya macam mana saya kekal gembira dan dapat kawal emosi walaupun ada mental illness, jawapannya adalah.. live an active life and eat healthy,” tulis Janna lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.