Setiap manusia mempunyai kecantikan pada ciri-ciri muka mereka yang tersendiri. Ada yang terlihat manis apabila tersenyum dan ada juga yang ‘masam’ muka pun comel sahaja bila dilihat.
Tapi kecantikan yang dimiliki pasti akan ada iras sedikit bersama orang yang mungkin di sekeliling mahupun jauh. Baru-baru ini pula, penyanyi Iman Troye dikatakan iras-iras dengan Datuk Seri Vida.
Mungkin Pelanduk Dua Serupa, Sekadar Iras Sahaja..
Masih baru dalam industri muzik tanah air, penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabuddin dikatakan mempunyai iras-iras wajahnya bersama usahawan terkenal, Daruk Seri Vida.
Gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi itu mendapat perhatian ramai oleh warganet apabila ada yang menyamakannya bersama Datuk Seri Vida. Kata mereka lagi ada mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kedua selebriti itu sama!
“Happy new year sayang! dah lama iman tak pakai bawal, cantik tak? anyways, holiday elok elok tau semua, nanti apa apa update iman kat dms okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Seiras Datuk Seri Vida…congrats,
“Sekali tengok macam Dato muda versi muda,
Ads
“Tahniah Iman, bukan senang nak cari muka yang sama macam Datuk Seri Vida ini. Rare.” itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.
Gaya Iman Tetap Manis Dan Menawan
Iman Troye juga tetap manis dan kelihatan sangat anggun mengenakan tudung bawal dan baju berwarna lembut di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang turut memujinya kerana kelihatan ‘simple’ namun comel sekali!
Ads
“Allahu cantiknya, bila lah aku nak cantik macam iman ni…
“Happy new year pretty Iman, hope you can achieve a lot and gain happiness as well with good memories for you!” pujian yang diberikan kepada Iman Troye.
Selain jerawat, jeragat juga antara musuh utama di wajah setiap wanita. Memang sukar untuk menghilangkannya kecuali hanya sembunyikan dengan memakai concealer atau foundation tebal. Tetapi jangan bimbang dengan kecanggihan teknologi sekarang mudah untuk tahu petua terbaik hapuskan jeragat degil.
Perkongsian dari Puan Aisyah Badar Bajrai di laman facebook memberitahu cara membuat masker magik untuk menghalau jeragat ini. Hanya menggunakan bahan dapur dengan kos yang sangat murah.
Walaupnn hasilnya sedikit perlahan tetapi yang penting penggunaan bahannya selamat untuk kulit wajah. Selain hilangkan jeragat, ia juga boleh mencerahkan kulit wajah jika diamalkan secara konsisten.
Namun begitu dingatkan jangan pakai masker ini lebih 15 minit kerana boleh menyebabkan kulit kering dan hanya pakai ketika waktu malam sahaja.
MASKER MAGIC HALAU JERAGAT
Sebab ramai naa ada masalah jeragat, jadi Aisyah share kat wall Aisyah jugak la. Mudah mudahan ramai serasi dengan masker magic ni tuk hilangkan jeragat.
Kalau korang nak tau, masker magic ni guna bahan dapur jek tau. Tapi cam biasa la, paling best sebab kos dia murah banget.
Masa memula jumpa resepi ni Aisyah macam tak caya sangat. Sekali tengok ramai bagi feedback positive. Perghh, jeragat dorang sebelum ni yang setebal awan mendung tetiba boleh nipis. Ada tu jeragat terus hilang lepas konsisten pakai masker ni.
Tapi cam biasa la, ni rawatan alami. Bukan guna bahan kimia. Jadi kesan dia slow. Slow slow dia, tapi selamat tuk kulit kita. Pastu yang bestnya masker ni boleh cerahkan kulit muka kita jugak tau.
Ehhh, kalau ada masalah jerawat pun boleh pakai masker ni sebab semua bahan bahan masker ni bagus tuk halau jerawat. Dah la, penat type, jom kita tengok resepi;
————————————————————-
MASKER MAGIC HALAU JERAGAT
1 biji kentang rebus 1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon 1/2 sdk kunyit serbuk Air rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.
Cara cara nya
1. Korang blend jek semua bebahan ni sampai dia jadi paste cam custard, betu betul halus. Make sure paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.
2. Korang urut muka korang dengan masker ni selama 2 minit. Pastu biarkan dia kering jap dalam 15 minit. Jangan lebih tau. 15 min jek cukup. Sebab takut muka kering sangat nanti.
3. Balance masker ni korang masuk mangkuk bersih bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Boleh tahan tuk 5-6 hari gitu.
Tadaaa, senang jek kan. Barang-barang dia pun murah. Siapa yang ada masalah jeragat teruk, korang boleh pakai masker ni hari hari. Bila dah ok, korang pakai seminggu 4 kali jek.
Tapiiii, ingat betul betul. Jangan pakai lebih dari 15 minit, nanti kulit korang boleh kering. Pastu korang boleh pakai waktu malam jek.
tips penting, korang jangan lupe pakai sunblock waktu siang tau. Baru la jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kelibat figura ini melintas di laman sosial memang cukup viral. Manakan tidak, dengan berkulit putih melepak tetapi cukup manis dan santun berhijab. Malah, Bahasa Korea yang luncur dari bait bibirnya menjadikan dirinya cetus fenomena tersendiri. Baru-baru ini video dia mengucapkan Salam Aidilfitri dalam tiga bahasa juga telah ditonton jutaan netizen di laman Instagram.
Cantik, manis orangnya. Gayanya yang santun pasti membuatkan sesiapa sahaja terpaku apabila berhadapan dengannya. Ada ketegasan dalam kelembutan, itulah Ayana Jihye Moon, 22 tahun. Dengan lebih 1.5 juta pengikut di Instagram, Ayana ternyata bikin rakyat Indonesia dan Malaysia jatuh cinta dengannya!
Memang sudah lama team Hijabista pasang niat mahu menjadikan dia sebagai gadis sampul hadapan. Bagai bulan jatuh ke riba apabila mengetahui beliau berada di Malaysia, langsung Editor menghubungi untuk mengatur temu janji. Salam nyata disambut dan mualaf dari Korea ini setuju menjadi penghias muka surat untuk Edisi Travel ini.
Walaupun masa diberikan hanya sekejap, namun pengalaman bekerja dengannya amat menyenangkan dan memudahkan fotografi. Ternyata Ayana bukan sahaja cantik, tetapi cukup santun orangnya dan memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Boleh ceritakan sedikit mengenai diri Ayana?
Saya baru berusia 22 tahun dan berasal dari Korea. Saya bergelar mualaf sejak dari tahun 2012. Sekarang saya bekerja di Malaysia dan Indonesia sebagai model fesyen Muslimah. Saya juga bekerja untuk Wardah Beauty Indonesia.
Cabaran yang dihadapi selepas menjadi seorang mualaf?
Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Anda tidak boleh mendapatkan kerja kerana berhijab. Jika anda mendapatkan kerja, kadang kala anda perlu minum alkohol kerana itu budaya mereka. Jadi, banyak perkara yang haram untuk dilakukan. Pada pendapat saya, sememangnya banyak dugaan yang perlu ditempuh di sana.
Ayana selalu berulang alik ke Malaysia, Indonesia dan Korea. Bagamaina Ayana melakukannya?
Sebenarnya saya tidak kisah untuk berulang-alik kerana tujuan saya adalah untuk bekerja. Dan jika saya disuruh pergi ke Korea juga tidak ada masalah untuk terbang ke sana. Lagipun Korea adalah ‘hometown’ saya.
Cabaran yang dihadapi ketika mengembara sebagai seorang Muslimah?
Sebenarnya tiada masalah jika travel di Malaysia atau Indonesia. Alhamdulillah. Cuma kadang kala jika saya ada sesi fotografi di Korea, mereka tidak benarkan saya melakukannya. Selalunya mereka akan menyangkakan saya seorang rakyat Indonesia ataupun Malaysia jika saya berhijab. Tetapi, jika mereka mengetahui saya seorang rakyat Korea, mereka akan datang kepada saya dan menyuruh saya menanggalkannya sambil berkata ‘Are you crazy?!’ Jadi saya sememangnya perlu banyak bersabar dengan keadaan sebegitu.
Selalu berjauhan dengan keluarga kerana kesibukan hidup. Siapakah insan yang selalu berada di sisi Ayana?
Alhamdulillah walaupun saya baru bekerja selama 3 bulan setengah di Indonesia, saya telah bertemu banyak insan,rakan baik di sana. Mereka selalu membawa saya ke kelas ‘Kajian’ (kuliah). Seperti yang saya beritahu bahawa saya bekerja dengan Wardah Beauty, mereka semuanya begitu baik dalam melayan dan menjaga saya. Kadangkala mereka risau jika saya tidak makan. Mereka begitu menitik beratkan keadaan diri saya. Antara rakan baik saya di sana ialah Dian Pelangi. Di Malaysia pula ialah Hazra Ngah dan Farah Lee.
Lokasi bercuti kegemaran Ayana dan tempat yang ingin sekali Ayana lawati?
Sekarang saya berada di Jakarta, jadi saya mahu duduk di rumah sahaja. Saya tidak mahu pergi ke mana-mana (ketawa). Sebelum ini saya pernah ke Japan, Hong Kong, China, Filipina. Kebiasaannnya adalah negara Asia.
Hidup anda kelihatan sempurna. Seperti komen yang ditinggalkan di Instagram anda, semua orang mahu menjadi seperti anda. Apa pandangan Ayana mengenai hal itu?
Tidak pernah saya merasakannya sempurna. Saya tidak pernah menyedari perkara itu. Saya merasakan ianya satu perkara biasa, normal apabila seseorang itu meninggalkan komen di akaun Instagram saya kerana ia juga berlaku kepada orang, Instafamous yang lain juga.
Jika mahu berkahwin nanti, apakarakter seorang suami yang dicari. Tidak kisahkah jika berbeza adat dan budaya dengannya?
Seorang yang mempunyai iman yang baik, personaliti yang bagus. Saya tidak kisah jika terdapat perbezaan kerana apa yang paling penting ialah perwatakannya.
Bagaimana untuk terus positif dalam hidup dan bagaimana Ayana menangani stress?
Bagi saya minum coke itu dapat menghilangkan stress saya (ketawa). Kehidupan saya pada hari ini sangat sibuk. Jadi, saya tiada masa untuk memikirkan apa-apa masalah. Saya hanya melakukan kerja saya sahaja.
Nasihat Ayana kepada gadis di luar sana yang sentiasa berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
Sangat susah untuk saya mengatakannya. Kadang-kadang, saya juga merasakan diri saya tidak cantik kerana ramai lagi gadis cantik di dunia ini. Saya Ayana, saya tiada apa-apa. Saya beri contoh Song Hye Kyo. Dia sangat cantik bukan? Namun, jika saya memiliki wajahnya pun, kita tidak akan boleh menjadi orang yang sama. Setiap seseorang itu ada keistimewaannya masing-masing. Segalanya datang daripada Allah. Jika kita tidak sayang diri kita, siapa lagi?
Siapakah Ayana dalam 10 tahun akan datang?
Saya mempunyai rancangan untuk menyambung pelajaran kerana mungkin pada usia saya sudah menganjak 30 an, tiada siapa mahukan saya lagi. Pada waktu itu mungkin orang sudah menyangkakan saya ini sebagai ‘nenek’. Jadi, saya mungkin akan menukar pekerjaan saya kerana industri ini sentiasa mahukan orang yang cantik. Di masa hadapan, saya mahu melakukan dakwah. Saya akan melakukan sesuatu yang baik untuk sesiapa yang mahu menjadi Muslim di Korea ataupun di mana sahaja. Saya juga masih boleh dikatakan sebagai seorang ‘baby Muslimah’. Saya mahu menjadi Muslimah yang lebih baik dan menjadi pengaruh yang lebih bagus kepada orang lain.
Jurusan apakah yang Ayana mahu sambung?
Sebelum ini saya adalah seorang pelajar dalam bidang politik. Tetapi, saya menyedari hakikat bahawa seorang Muslim tidak boleh menjadi ahli politik di Korea. Sebenarnya, saya mahu belajar mengenai undang-undang, politik dan sesuatu yang serius. Ini kerana saya fikir mungkin saya boleh membantu Muslimah yang menghadapi masalah di negara mereka mengenai peraturan dan undang-undang. Bukan menjadi seorang peguam, tetapi saya hanya mahu menolong mereka dalam mendapatkan hak.
5 perkara yang orang tidak tahu mengenai Ayana.
Saya selalu minum coke setiap masa, lebih daripada apa yang anda tahu. Tinggi saya adalah 161cm. Tarikh lahir saya adalah pada 28 Disember. Saya ada seorang adik lelaki. Lagu Sabar oleh Ismail Izzani merupakan lagu Melayu kegemaran saya. Saya suka Kuey Tiaw, Sate Kajang dan Nasi Goreng yang super pedas!
Pernahkah ada orang yang mahu melihat Ayana jatuh dan membuli anda di media sosial?
Sebelum ini pernah ada orang yang mempersoalkan sama ada saya melakukan pembedahan plastik. Saya telah menjelaskannya dalam sebuah video di Instagram dan selepas itu tiada lagi yang mempersoalkannya. Saya tidak pernah mengambil peduli jika ada yang memberikan saya mesej negatif kerana terlalu ramai manusia gila di dunia ini. Jadi saya tidak kisah dengan semua itu.
Walaupun berhijab pasti kecacatan ini tak dapat disorok apabila hijab ditanggalkan? Nah, pasti ngeri melihatnya! Lemak di leher dan dagu berganda antara masalah kecantikan yang perlu diatasi.
Nasib baik ada beberapa latihan yang sangat khusus untuk menghilangkan dagu berganda dan lemak leher. Menggunakan senaman mudah ini anda akan mendapat wajah yang lebih tirus dari mana-mana sudut.
Semak lima senaman ini yang terbukti mengetatkan dan menyerikan kawasan dagu. Sebelum anda memulakan, panaskan badan dengan menggerakkan dagu anda ke depan dan ke belakang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Setiap langkah mesti dilakukan perlahan-lahan supaya otot dagu terlibat dalam senaman dengan betul. Jadi mari kita mulakan dengan latihan mudah ini:
Biarkan otot anda berehat sebelum terus ke latihan seterusnya. Rehatkan rahang dengan membuka dan menutup mulut anda perlahan-lahan.
Walaupun ia adalah senaman yang sangat mudah, ia membantu untuk menguatkan leher dengan sangat berkesan. Lakukan seperti ini:
Condongkan kepala anda ke atas dan gerakkan bibir anda dengan cara yang sama jika anda ingin memberi ciuman, anda hanya perlu memaksa sedikit lagi isyarat.
Latihan rintangan ini akan membantu anda mengurangkan jumlah dagu berganda.
Untuk latihan terakhir ini
Nasib baik ada makanan yang membantu melawan kesan ‘double chin’ dan juga menyihatkan badan kita. Berikut adalah makanan lazat untuk dimakan jika anda ingin menghilangkan dagu berganda dan lemak di leher:
Teh hijau: Ini adalah salah satu minuman yang paling disyorkan kerana sifat detoksifikasi. Minum secawan sehari akan membantu anda mengurangkan dagu berganda dengan cepat.
Ubi Bit: Ia adalah sumber makanan yang sangat baik untuk detoksifikasi, Tinggi serat dan kalium yang membantu mempercepatkan proses pencernaan dan mencegah pengekalan cecair.
Lemon: Kesan detoksifikasi pada badan anda dan juga mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menghapuskan toksin yang badan anda tidak perlukan.
Kopi: Mempunyai sifat antioksidan untuk kulit dan menghalang pengekalan cecair kerana ia adalah makanan diuretik.
Beri biru: Buah yang kuat mempunyai banyak manfaat untuk tubuh anda, ia membantu menghilangkan cecair, toksin serta anti-radang.
Gula-gula getah: Dengan mengunyah gula-gula getah dengan kerap, anda boleh membuat pergerakan dagu yang membantu menghilangkan dagu berganda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.