Pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah selamat melahirkan putera sulung pada hari ini, 10 Mei 2022 jam 3.40 pagi tadi di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur. Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya sendiri, Wan Emir Astar di laman Instagramnya.
Menurut Wan Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, putera sulung mereka itu memiliki tarikh lahir yang sama seperti ibunya iaitu pada 10 Mei.
Isteri syurgaku Nur AMirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi.
Ads
“Bergema nyaring tangisannya..”
Tambahnya lagi, Mira dan juga bayi berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
Perkhabaran gembira itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Ads
“Alhamdulillah..Tahniah buat keduanya.,” komen Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Antara barisan artis yang turut sama teruja dengan kelahiran putera sulung itu adalah Daphne Iking, Lisa Surihani, Lah Ahmad, Hafiz Hamidun dan Shama Ainaa.
Team Hijabista juga mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini dan mendoakan agar Mira dan putera sulungnya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. InsyaAllah!
Tahun ini, antara perkara yang berjaya mengemparkan industri hiburan tanah air adalah apabila pelakon jelita Mira Filzah kononya dikhabarkan telah membuat ‘turning back’ dengan membuka hijabnya!
Namun, perkara itu hanyalah kekeliruan dan salah faham apabila ramai dikalangan rakan artis dan juga warganet yang tersalah menafsir pendatang baharu, yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol ekoran mempunyai raut wajah mirip dengan selebriti terkenal Mira Filzah.
Bagaimanapun, dek kerana persamaan wajah seperti ‘kembar’ seiras yang lahir dari rahim berbeza ini membuatkan rezeki keduanya semakin murah, hingga akhirnya keduanya disatukan menerusi sebuah kempen MF Collection.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Mira sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya. Sekaligus memaparkan wajah mereka yang sememangnya seiras ibarat adik-beradik kembar! Lantas membuatkan ramai yang terpegun melihat kejelitaan seiras Mira Filzah dan Tracie Sinidol ini!
“Orang kata dalam dunia ni ada 7 muka sama. Betul ke? 🙃 @traciesinidol_official 💕 Tracie is so vibrant! Bagi dia makan terus muka boleh senyum! 🤪 So happy she said yes for the shoot. Terima kasih bahhh. 😘” Tulis Mira ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tidak menafikan hal tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie, 22, adalah kembarnya yang telah lama terpisah.
Walaubagaimanapun menurut gadis peranakan Murut dan Dusun yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Tambunan 2021 itu, dia sebelum ini enggan dikaitkan dengan populariti Mira Filzah sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.
Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik itu berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Tracie juga pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.
Menurut ibu yang juga pengurusnya, Veronica Tajin, Tracie banyak mendapat tawaran sejak dia viral di bangku sekolah, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana masih bersekolah.
Tampil menggayakan koleksi skarf terbaharu MF Collection disamping Mira Filzah, penampilan Tracie Sinidol memberi variasi kepada koleksi skarf untuk wanita tidak berhijab.
Didatangkan dalam rona-rona terang, koleksi ini menyuntik jiwa moden untuk para hijabi yang gemarkan kelainan. Koleksi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2023 yang lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Bahagia adalah apa yang semua orang inginkan. Selalunya, orang yang banyak tersenyum dan ketawa dianggap lebih bahagia. Apakah kebahagiaan itu sebenarnya? Heather Lyons, ahli psikologi dan pemilik Baltimore Therapy Group di Towson, Maryland, berkata ahli psikologi mendefinisikan kebahagiaan sebagai kesejahteraan subjektif seseorang individu.
Cuba kita renung dan fikir. Apa sebenarnya yang membahagiakan kita? Makanan yang sedap di restoran terkenal? Melancong ke luar negara dengan pakej paling mahal? Rupanya-rupanya makanan yang paling sedap atau tempat yang paling menarik itu tidak bermakna langsung jika kita menikmatinya seorang diri!
Makanan biasa-biasa pun, kalau dinikmati bersama orang yang tersayang, makanan akan jadi sangat sedap. Tempat pelancongan dekat rumah pun, kalau kita pergi bersama isteri dan anak-anak, ia akan jadi sangat menarik.
Bahagia itu bukan tentang diri kita seorang saja. Bahagia itu bergantung kepada berapa ramai orang di sekeliling kita yang dapat kita bahagiakan bersama-sama. Kebahagiaan tidak bermakna sama sekali jika kita menikmatinya seorang diri. Semakin ramai yang terlibat, semakin bermakna pula sebuah kebahagiaan.
Ada orang menyangka pencapaian peribadi itulah kebahagiaan. Tetapi akhirnya dia sedar dia sebenarnya keseorangan dan kesepian. Ramai orang beranggapan, wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan. Ia betul pada satu sudut tetapi tidak semestinya tepat pada setiap keadaan.
Ada orang yang Allah kurniakan kelebihan dengan kekayaan. Kemudian dia manfaatkan kekayaan tersebut untuk memenuhi impian orang lain. Itulah perkara yang membahagiakan.
Ganti balik kesusahan ibu bapa ketika membesarkan anak-anak di waktu kecil. Reward pasangan atas kesusahan dan pengorbanan setiap hari dalam keluarga. Beri keselesaan kepada anak-anak dengan merealisasikan impian mereka sementara masih sebumbung dengan kita.
Bantu orang sekeliling yang susah dan memerlukan pertolongan. Tunaikan hajat siapa saja mempunyai hajat yang baik-baik. Itu semua boleh dibeli hanya dengan wang ringgit. Syaratnya, letak kekayaan atau apa saja kelebihan yang kita ada itu di tangan. Bukan letak di hati.
Bila kita letak duit di tangan, kita akan jadi pemurah dan berlapang dada. Bila kita letak duit di hati, kita akan jadi kedekut dan berkira-kira. Kerana duit kita letak di tangan, jika hilang pun kita tak susah hati berpanjangan. Allah yang maha memberi, Dia juga berhak mengambilnya balik pada bila-bila masa.
Tapi kalau kita letak duit di hati, setiap masa rasa keluh kesah dan sentiasa rasa tak cukup. Ketika itu, kekayaan yang kita ada tidak lagi membahagiakan kita. Malah ia menyusahkan jiwa raga kita.
Rasulullah SAW pun ada menyebut; sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Apa maksudnya? Boleh tak kita beri manfaat dalam keadaan kita tak punya apa-apa?
Mesti kita kena ada sesuatu dahulu baru kita boleh bagi manfaat bukan? Tak kiralah kekayaan harta benda, kepandaian dan kecerdikan, kesihatan tubuh badan atau apa saja kelebihan.
Dan semua itu tidak bermakna jika kita menikmatinya seorang diri. Ia akan mencapai maksudnya yang sebenar apabila dapat dikongsi dengan orang ramai. Itulah hakikat sebenar sebuah kebahagiaan. Betulkan balik persepsi kita tentang bahagia. InsyaAllah kita akan ketemu bahagia yang kita cari selama ini.
Cinta merupakan suatu perasaan yang indah buat semua orang, tidak kisah daripada ibu bapa, keluarga, sahabat, mahupun pasangan yang tercinta. Tetapi tidak bagi semua orang kerana bagi sesetengah individu, mereka menganggap cinta itu boleh memiliki seseorang.
Siapa sahaja tidak suka pasangan yang sering menjaga kita yang di mana pada awalnya kita anggap sebagai mereka peduli mengenai kehidupan kita. Namun, semakin lama, keadaan menjadi semakin teruk apabila mereka terlalu obses dan terlalu kongkong kehidupan kita.
Setiap orang menzahirkan rasa cinta kepada pasangan mereka dengan cara memberi hadiah, memasak dan sebagainya. Kadangkala, perkara-perkara itu sering di kaitkan dengan ‘Love Language’ ataupun ‘corak cinta’ bagi sesetengah orang.
Tidak pula buat mereka yang pernah berjumpa dengan pasangan yang mencintai mereka secara berlebihan sehinggakan boleh di katakan obses. Obsessive Love Disorder (OLD) merupakan satu keadaan di mana seseorang menjadi taksub kepada pasangannya. Hal ini boleh berlaku kepada orang yang sudah pun berkahwin atau dalam hubungan.
Selain itu, OLD juga boleh di alami oleh seseorang yang tidak memiliki hubungan dengan orang yang mereka cintai. Tetapi akibat perasaan yang membuak-buak, mereka yang alami OLD ini akan terasa seperti orang yang mereka suka itu juga mencintai mereka. Keadaan ini boleh juga di kaitkan dengan erotomania, di mana mereka yakin orang yang mereka suka juga mencintai mereka (Alodokter).
Tidak di nafikan, ramai orang yang suka apabila mereka di sayangi dan rasa sangat di hargai. Namun, bila perasaan cinta dan cara mereka itu sangat keterlaluan sehinggakan membuat kita rasa tidak bebas, itu akan memberikan kesan bukan sahaja buat mereka, malah kita jua.
Mereka yang menghidap penyakit mental Obsessive Love Disorder (OLD) ini akan lebih melindungi pasangan mereka dan juga beranggapan bahawa mereka telah memiliki seseorang. Pada dasarnya, kita melihat perkara ini agak normal buat seseorang yang sedang hangat bercinta tetapi tidak lagi jika sudah ada hubungan yang agak lama dan melihat cara mereka.
Bagi anda yang ingin melihat samada pasangan anda mempunyai ciri-ciri OLD, anda perlu tahu bahawa OLD tidak dapat di lihat sewaktu permulaan bercinta. Ia memerlukan masa untuk menilai seseorang itu jika mereka menghidap OLD.
Bagaimana OLD ini terjadi? OLD ini terjadi apabila seseorang itu pernah mengalami satu kejadian yang berkait dengan seseorang yang mereka cintai sebagai contoh kemalangan yang membawa maut atau pernah di tolak cinta mereka. Jadi mereka yang menghidap OLD ini akan menunjukkan beberapa ciri-ciri yang mengukuhkan lagi mereka ada penyakit mental ini.
Mencintai seseorang sehinggakan obses ingin mengatur langkah kehidupan pasangan itu bukanlah satu tanda yang baik. Bukan sahaja menyekat kebebasan orang lain malah memberikan satu penderitaan kerana banyak di hadkan untuk bersosial dan melakukan sebarang aktiviti.
Apabila anda pernah menasihati pasangan anda yang barangkali mempunyai ciri-ciri OLD. Jangan terus membuat andaian atau spekulasi sendiri, bantu mereka untuk mengatasi masalah ini.
Terlebih dahulu, bawa mereka untuk berjumpa bersama pakar psikatrik untuk betul-betul memastikan bahawa mereka menghidap penyakit ini. Jika anda terus membuat andaian sendiri, ia akan memburukkan lagi keadaan di mana berkemungkinan pasangan anda itu tidak menghidap OLD.
Jika pasangan anda diberikan ubat untuk di ambil. Pastikan mereka mengambil ubat itu tepat pada waktunya. Doktor akan memberikan ubat antidepressant bagi penghidap OLD di sebabkan oleh borderline personality disorder, erotomania, bipolar, atau OCD.
Mereka yang menghidap OLD juga boleh di ubati melalui psikoterapi. Sewaktu menjalani proses psikoterapi, mereka akan banyak membimbing penghidap OLD itu untuk berfikir secara positif dan mencari cara yang terbaik untuk mengatasi perasaan yang mendorong mereka untuk membuat sesuatu perkara seperti kongkong pasangan mereka.
Sejujurnya, rasa bercinta itu sudah tentu menjadikan kita rasa sangat di hargai dan indah. Namun, setiap perkara ada membawa maksud yang tertentu. Bercinta juga perlu berhati-hati supaya ia tidak membawa kemudaratan.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.