Apabila kita berbicara tentang sedekah, konteksnya terlalu luas. Pemahaman tentang sedekah mungkin berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing. Mengambil inisiatif untuk mendidik dan berkongsi ilmu, Hijabista telah mengadakan satu siri yang dinamakan Tazkirah2U: The Power of Giving bersama dengan panelis-panelis hebat.
Untuk episod pertama membincangkan mengenai topik Sedekah & Ramadan, Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah telah berkongsi pandangan dan juga ilmunya mengenai isu ini. Sungguh indah dan menginsafkan setelah isu ini dihurai lantas memberi makna yang akan kekal dihati, Betapa besarnya kuasa sedekah.
Mungkin sebahagian dari kita tidak mengerti apakah maksud sedekah yang sebenar? Bertanya kepada pakar motivasi ini, beliau memberi penjelasan yang cukup indah mengenai sedekah.
“Kalau kita lihat apa ada di sebalik sedekah, memberi itu satu daripada tanda cinta. Cinta itu memberi bukan memiliki. Jadi kalau anda cinta akan harta yang anda ada, jadi tolong berikan. Kenapa anda tidak boleh memberikan? kita pinjam daripada Allah SWT.
“Mengapa The Power of Giving itu sangat penting? Kerana ia merupakan salah satu daripada proses bagaimana kita hendak kita merasakan diri kita paling dekat dengan Allah SWT.Kita nak merasa bahawa kita adalah hamba Allah dan rezeki yang Allah SWT bagi, kekuatan yang Allah bagi, kesihatan yang Allah bagi itu adalah hadiah daripada Allah SWT. Maka setiap hadiah harus dikongsi, harus di bawa balik ke akhirat melalui orang lain,” jawabnya padat.
Sedekah melatih diri kita bukan sekadar untuk tahu berkongsi dan memberi, sebaliknya amalan ini merupakan persiapan diri mendekat jiwa dengan Allah SWT. Tertanya-tanya perihal bagaimana untuk mendidik diri dalam bersedekah, jawapan yang diberikannya cukup menarik.
“Kalau dia kaya tetapi tidak mampu memberi, makanya hadiah itu akan tinggal di pusaka, atau hartanya itu akan diwariskan kepada waris-waris. Tetapi kalau dia memiliki kekuatan, kekayaan ilmu atau kemahiran dan dia berkongsi dengan orang lain, bermakna dia sedang mengasuh diri dia untuk jadi bertambah dekat dengan Allah.
“Untuk merasa bahawa dia adalah hamba Allah yang dikurniakan ruang yang sangat pendek untuk hidup dan dia nak memanjangkan pahalanya, nak membangunkan kekuatan, nak merasa syurga Allah, nak menikmati bawasanya apa yang Allah bagi itu merupakan satu daripada cabaran, satu daripada ujian untuk dia, maka dia harus melatih diri dari segi spiritualnya sebagai hamba Allah inilah bukti saya bahawa saya cinta Allah, cinta manusia dan cinta syurga.
Ads
“Itu kekuatan-kekuatan sebagai kekuatan dalaman yang mendorong kita untuk bersedekah tanpa henti. Sebab itu jangan pilih waktu dan jangan pilih tempat, kerana the power of giving ada diberi perhatian oleh Allah dengan cara paling hebat, imbalannya syurga,” ujar penceramah motivasi terkenal ini menerangkan tentang kuasa tema perbincangan The Power of Giving.
Apabila bersedekah, tidak semua daripada kita mampu menyumbang dalam bentuk wang ringgit. Namun ini bukanlah halangan untuk melakukan perbuatan dan amalan yang disukai oleh Allah SWT ini. Banyak cara boleh kita lakukan.
Kongsi Ustzah Dr. Robiah K. Hamzah, “Sejauh mana kamu ingin memberi kerana Allah? Pertama jagalah niat. Bersedekahlah kamu walaupun dengan sebiji kurma. Maka kekuatan yang kita nak angkat adalah kamu berhak dan kamu mesti melatih diri untuk merasa dekat dengan Allah. Memberi kerana kita merasa ini tugas paling mendekatkan kita dengan Allah. Bersedekah bukan hanya dari segi harta , memberi senyuman dan membantu orang lain juga adalah satu bentuk sedekah. Sedekah adalah kebajikan yang kamu suburkan dalam diri.”
Ads
“Istiqamah yang pertama, dia memberi kerana dia hamba Allah. Kedua, dia memberi kerana dia hendak menolong hamba Allah. Dan yang ketiga, dia memberi kerana dia merasa ini sebahagian dia menyatakan rasa syukurnya dan menikmati apa yang Allah bagi seterusnya menggunakan apa yang Allah bagi ke jalan yang baik mengikut susunan syariat,” kongsinya lanjut tentang bagaimana hendak belajar istiqamah dalam bersedekah.
Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita sebagai manusia dan hamba-Nya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.
Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarham, penyanyi Haiza sebentar tadi.
Proses pulih masih jauh
Walaubagaimanapun anak perempuannya, iaitu Kilafairy pernah berkongsi keadaan terkini ibunya pada April lalu, ibunya semakin menunjukkan tanda pemulihan positif selain mampu menggerakkan sebahagian anggota badan.
Bagaimanapun, Kilafairy atau nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, untuk mama sembuh sepenuhnya prosesnya masih jauh.
Pada April lalu juga Kilafairy kongsi keadaan mamanya ada nampak perubahan positif, Di mana arwah boleh gerak-gerak sikit badan.
Sekadar info, Rohana atau nama sebenar, Dara Abd Jalil, 68, selamat menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perkhabaran atau berita tentang suatu perkara yang kurang pasti sudah tentunya akan menimbulkan banyak spekulasi. Ada juga yang sanggup menuduh tanpa soal selidik adalah suatu perbuatan yang tidak patut diamalkan dalam kehidupan sesama manusia.
Baru-baru ini, ramai yang pelik melihat pelakon Zarina Zainuddin apabila dia kelihatan agak ‘berbeza’ dari sebelumnya. Kini, Zarina tampil memberikan penerangan lebih lanjut tentang apa yang berlaku.
Nampak lain ‘sikit’ dari kebiasaannya…
Kecoh di sosial media apabila melihat perkongsian terbaru Zarina Zainuddin mengenai pembukaan booth di sebuah ekspo baru-baru ini. Ramai yang tertanya apabila melihat wajah pelakon tersebut.
Menjadi rentetan warganet adalah hidungnya kelihatan ‘berbeza’ dari sebelumnya. Ada yang bertanyakan adakah itu filter atau Zarina melakukan sesuatu pada wajahnya sehingga nampak berlainan.
Ramai yang meninggalkan komen-komen di bawah hantaran di Instagram bertanyakan perubahan pada wajahnya. Ada juga yang menyatakan bahawa rupanya terdahulu lebih cantik berbanding sekarang.
‘Ini filter lah, handphone awak tiada ke?’ – Zarina Zainuddin
Lantas pelakon itu juga memuatnaik satu hantaran yang menyatakan rata-rata video yang dibuat menggunakan filter pada telefon pintarnya. Dia juga menafikan sebarang perubahan yang dilakukan pada wajahnya.
Zarina juga membuat satu lagi hantaran yang menerangkan situasi yang dia alami. Dia membuat satu video yang menjelaskan lagi secara terperinci untuk memberi jawapan kepada semua yang tertanya-tanya akibat ‘perubahan’ di mukanya itu.
“Sebenarnya saya ada masalah sinus yang teruk sampai migraine! Sampai tahap saya rasa nak buka tudung sebab selalu sangat sakit kepala,
“Saya pergi berjumpa doktor dan membuat pembedahan untuk keluarkan bendalir yang terdapat di bahagian sini, jadi saya lakukan atas kerana medical reason.” katanya dalam video.
Zarina juga memberikan kenyataan pada ruangan kapsyen menyatakan dia berasa sedih ekoran komen yang diberikan oleh warganet tanpa usul periksa. Dia juga mengharapkan bagi mereka yang ambil berat tentang dirinya untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dirinya.
Kita selalu merancang hala tuju dalam hidup kita namun pernahkah kita memikirkan pengakhiran dan keadaan kita nanti apabila saat menemui Sang Pencipta telah tiba?
Sebagai seorang manusia, tiada daya upaya kita untuk kita melawan waktu ajal itu datang menjemput. Seperti perkongsian seorang doktor di Hospital Shah Alam, Faiz Mashood, beliau telah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan pelbagai jenis kematian yang tidak mengira umur dan waktu.
Kematian tak kenal umur
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Lama tak menulis life kat hospital. Tapi sebenar nye hampir tiap hari aku monolog dalaman berkaitan kematian ni. Tapi tak bercerita. Bukan apa, tak sempat nak cerita. Kang cerita kat wife muram je suasana dalam rumah. Dalam rumah kena happy environment. Haha.
Kat ed ni macam2 jenis kematian ada.
1️⃣24tahun sampai2 nadi da xde. Taktau sebab. Known case of asthma je. Buat cpr 30min still nadi takde. Announce death. Thats it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat. Im not judging others, just talking about myself.
2️⃣baby 1year old sawan sampai sejam tak berhenti2 terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sgt sawan otak kurang oksigen bole jadi cacat/disturbed development. I dont know what happen then to this baby. I hope baby is well.
3️⃣Baby 5months old datang unconscious. Team paramedic dah start cpr 10minit. History dari babysitter baby tersedak susu. Cpr 30minit. No sign of life. Annouced death. Anak sulung. Parents menangis teresak2.
4️⃣pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong. Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment tiba2 nadi hilang. Pacik unconscious. Start cpr. 10saat cpr tiba2 terkejot. Nadi dtg balik. Hebat Allah. Jantung da stop beating pun Dia boleh datangkan balik dalam 10saat je.
5️⃣Pacik 60tahun unconscious. Cpr ongoing. Cubaan untuk intubate x3 fail. Langsung tak nampak ruang untuk masuk ETT(endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupa nye pacik jerut leher untuk bunuh diri.
6️⃣Adik 16tahun. Kawan bonceng motor. Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan. Tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. Ct brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. Transfer ke hospital sg buloh untuk pembedahan otak emergency. Belum sempat ke ot adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED hosp sg buloh. Cpr 30mins. Asystole. Announced death.
Kita ni muda2 terlalu nak enjoy. Konon hidup masih panjang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah mati its either 2 je tempat kita. Lepastu 24h kita sibuk dgn kerja la cari duit la famili la entertainment etc
So try to make 24h meaningful. Solat jgn tinggal aurat jaga maafkan semua org jgn panjang2kan gaduh buang ego . Benda ni semua no use. Menyusahkan kehidupan kita lepas mati je. Kalau 24h sibuk kerja niatkan kerja kita tu lillahitaala nak tolong org nak tolong famili or apa2 niat yg baik. Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa2 niat so kerja hanya dtgkan gaji takdtgkan pahala. Gaji habis kejap je. Pahala tu je yg kita bole buat bekalan.
Selamat malam kawan2. Saya doakan semua berjaya dunia dan akhirat.
Sungguh menginsafkan apabila membaca coretan Doktor ini. Mungkin kadang kala kita terlalu leka dengan dunia hingga lupa mengejar akhirat kerana merasakan waktunya masih panjang namun hakikatnya tidak. Moga kita semua beroleh syurga Allah di akhirat nanti. Amin.
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.Nycta Gina antara salah...