Ads

Malam Jumaat Banyak Kebaikannya, Lakukan Amalan Ini Untuk Perolehi Ganjaran Pahala.

Banyak amalan yang boleh dilakukan di malam Jumaat untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan.

Malam Jumaat Banyak Kebaikannya, Lakukan Amalan Ini Untuk Perolehi Ganjaran Pahala.
Sumber gambar: Wikimedia Commons

Di antara amalan-amalan malam Jumaat tersebut adalah:

Membaca Surah Al-Kahfi

Surah Al Kahfi Merdu dan Terjemah

Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.

Sabda Rasulullah ﷺ: “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad ﷺ. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Membaca Surah Yassin

Ads
Surah Yasin سورة يس - Rashid Mishary Alafasy الشيخ مشاري بن راشد العفاسي - Arabic & English

Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin.

Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda ; “Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad ﷺ telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)

Ads

Berselawat

Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦

Ads

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Yang lain

Hati Gelisah, Jiwa Tak Tenteram? Ini ‘Healing’ Yang Islam Ajarkan

Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.