Pelakon yang sering membintangi lagak aksi, Hairul Azreen Idris atau nama panggungnya Hairul Azreen hari ini menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, khususnya para peminat filem genre aksi apabila mengumumkan tentang persaraanya dari dunia lakonan.

Perkara berkenaan, dimaklumkan sendiri oleh Hairul menerusi satu temubual di stesen radio terkemuka Era.je ketika diundang sebagai tetamu jemputan bagi filem aksi MALBATT: Misi Bakara pagi tadi.

MALBATT Misi Bakara Filem Terakhir Lakonan Hairul Azreen!

Jelasnya lagi, MALBATT: Misi Bakara bakal menjadi hasil sentuhan seni, serta ‘buah tangan’ yang terakhir daripanya khas buat semua peminat serta sumbangan akhir kepada industri seni tanah air.

“Saya nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon, for good. Sebab saya dah buat semua benda dah. Saya dah jadi seorang pelakon, saya daripada stunt man. Saya dah jadi seorang pelakon filem. Saya doa saya jadi hero file, dan Allah makbulkan doa saya, saya jadi achero filem.

“Dan filem-filem saya seperti PASKAL, membuat 40 peratus orang awam berminat mahu menjadi tentera, dan filem MALBAT ni lah, filem yang InshaAllah terakhir. Filem terakhir saya sebagai anggota tentera dan sebagai pelakon.

“Ini betul, sebab saya rasa Allah dah bagi saya macam-macam.. Melainkan saya ni manusia yang tak reti bersyukur. Dan saya dah buat belakang tabir sebagai stunt man, extra, investor untuk filem-filem, direktor, produser, semua benda saya dah lalui dan perjuangan saya biarlah saya akhiri dengan satu benda yang membanggakan saya iaitu MALBATT Misi Bakara.

“Saya harap orang Malaysia bangga dengan tentera Malaysia,” ujarnya secara tiba-tiba semasa temubual bersama stesen radio.

Dah Puas Jadi Anak Seni! Semua Telah Dicapai, Kini Hairul Magu Fokus Pada Ibu Dan Keluarga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

IKLAN

Jelas Hairul lagi, keputusan yang diambil ini bukanlah keputusan yang difikir dalam jangka masa pendek. Dia telah menilai sebaik-baiknya sebelum memutuskan menamatkan kerjaya sebagai anak seni.

Malah, dia kini mahu menumpukan sepenuh perhatianya berbakti kepada ibu tercinta dan juga keluarga serta mahu melihat anak-anak membesar di depan matanya.

Tambahnya, isterinya yang juga pelakon Hanis Zalika turut bersetuju dengan keputusan yang diambil ini dan mereka telah sepakat untuk menguruskan perniagaan mereka bersama-sama selepas ini.

“Saya dah menyanyi, saya masked singer dan saya ada single Semerah Mawar Merah di Youtube pun saya dah buat sebagai penyanyi.

“Cuma saya dah tak berlakon, sebab ada orang yang tak sempat tengok ibu bapa dia kerana sibuk dengan kerja. Ada orang tak sempat tengok anak-anak dia membesar.

IKLAN

“Saya Alhamdulillah.. Mak saya masih ada. Dan kesibukkan sebagai pelakon, saya tak dapat nak tengok anak-anak saya membesar. Jadi saya dah rasa puas dengan apa ang saya dah kecapi sebagai pelakon. Hanis setuju, dia pun dah lama tak berlakon dan kami akan fokus dengan business kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian Hanis Zalikha Dan Keluarga Menjadi Tumpuan Ramai. Kali Ini naik Helikopter Peribadi.

Bagaimanapun, Hairul menegaskan bahawa meski sudah tidak lagi bergelar anak seni, dia masih lagi akan aktif di sosial media sepeti TikTok, Instagram dan lain-lain.

Sekadar info, Hairul Azreen merupakan seorang pelakon, pelagak ngeri, model dan pengarah lelaki Malaysia.

IKLAN

Beliau telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Bio-Nik (2009), Ponti Anak Remaja (2010), Setia Hujung Nyawa (2013) dan Misiku Kuza (2013–2014). Antara filem lakonan beliau ialah Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Pak Pong (2017) dan PASKAL (2018).

Manakala, filem terbaharu dan terakhir lakonanya iaitu MALBATT: Misi Bakara bakal keluar pada tahun ini.

Sumber gambar: Instagram Hairul Azreen

ARTIKEL BERKAITAN: Naik Jet Peribadi Mewah Bersama Vincent Tan, Hanis Zalikha Anggap Tumpang Rezeki Anak-Anak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI