Kecantikan

Makan Jamu Sejak Remaja, Rahsia Cantik & Sihat Diana Rafar. Juga Amalkan Mandian Ais Dari Herba Terpilih!

Share

Jika orang lain berlumba-lumba menjaga kecantikan kulit wajah dan tubuh badan menggunakan teknologi moden, tetapi bagi pelakon jelita Diana Rafar lebih senang menggunakan cara tradisional yang diajar oleh arwah ibunya, Allahyarhamah Rasimah Abd Rahman sejak turun temurun.

Diana memberitahu dia memang begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dalamannya sejak zaman remaja lagi. Ini adalah untuk mengekalkan kecergasan dan sentiasa kekal cantik walaupun usia sudah semakin bertambah.

Menurut Diana dia mengamalkan petua turun temurun ini sejak usianya 13 tahun lalu. Semuanya dipelajari dari arwah ibunya, yang memang kaya dengan amalan petua tradisional.

“Sejak usia 13 tahun lalu Diana sudah amalkan makan jamu. Bahan rempah ratus pula saya jadikan untuk lulur. Selain itu Diana turut amalkan mandian ais dan juga terapi daun-daun herba untuk dijadikan mandian.

“Salah satu petua yang Diana selalu amalkan kalau badan rasa sangat lemah atau berdepan tekanan serta emosi Diana akan amalkan mandian ais.

“Mandian ais ini dicampur dengan garam serta bahan herba terpilih secara tradisional untuk dibuat mandi ataupun sapu di muka untuk menaikkan aura serta meningkatkan kecergasan kulit,” katanya yang mengamalkan cara ini sebulan sekali, ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu Diana turut berkongsi petua kecantikan lain yang diamalkan terutama setelah habis pantang adalah dengan mandi air herba terpilih.

“Selalunya bila habis tempoh berpantang, arwah mak selalunya akan minta Diana mandian air rebusan herba terpilih seperti serai wangi, sireh, daun limau, serai, daun limau purut, halia yang dicampurkan semuanya dan dimasak sampai mendidih. Kemudian mandi ketika airnya masih suam sebanyak tiga kali sehari.

“Manfaat air rebusan ini berupaya  untuk meningkatkan semangat, mencantikkan kulit, melancarkan perjalanan darah, mengembalikan kecergasan serta dapat juga menurunkan berat badan.

“Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadikan wajah jadi flawless dan juga menaikkan energi bila kita dalam keadaan lesu,” tambahnya yang memberitahu petua kecantikan dan kesihatan dalam ini telah diamalkan sejak turun temurun oleh nenek moyangnya.

Kecantikan Diana Rafar turut diakui oleh followernya di media sosial. Masing-masing memuji dirinya yang sentiasa kelihatan cantik dan sihat.

mashithaha Wa’alaikumussalam…cantik nya Moga bahagia hingga ke Jannah

aslegacy_bruneimuara Cantiknya

suzilamj Waalaikumussalam same to you cantik manis

eizarraa Subhanallah cantiknya sis

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIANA RAFAR

 

 

IKLAN