Berkongsi di laman instagramnya, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Wawa Zainal telah merealisasikan impian anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa untuk memiliki gigi yang cantik selepas dipakaikan gigi palsu.
Menurut Wawa, Hayla telah menjalani pembedahan membuang gigi susunya yang telah rosak dahulu sebelum melakukan prosedur tersebut.
“Finally impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak @haylaadzkiya ada gigi? Thank you so much Dr. Nazatul @dentalvaletbangi.
“Macam Attar (anak sulung), Wawa tak pasang gigi memandangkan dia pun dah 8 tahun. So biar je tumbuh sendiri. Just buang gigi yang dah rosak je.
“For Hayla, Wawa buat crown & gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia.
“Dan both kena ambil GA ( ditidurkan ) masa operate buang gigi. Dan alhamdulillah after diorang bangun tiada rasa sakit pun…
Sebelum ini, Wawa Zainal bersama suami, Aeril Zafrel pernah dikecam gara-gara keadaan gigi anak mereka yang dikatakan bermasalah di seawal usia.
Pelakon filem 99 Kali Rindu itu turut menasihatkan agar ibu bapa segera membawa anak mereka berjumpa dengan doktor gigi agar masalah dapat dirawat sebaiknya.
“Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. padahal gosok je dua kali sehari. Cuma silapnya lambat jumpa dentist je hehe,” jelas Wawa,30.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ambil Pil Suplemen Terlalu Banyak, Perlu Tahu Limit Juga!
Tular baru-baru ini perkongsian seorang pempengaruh di Tik Tok menunjukkan pelbagai jenis pil suplemen yang diambilnya untuk kekal cantik. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah kuantiti yang banyak di atas telapak tangannya.
Video itu telah pun menjadi perhatian orang ramai dan banyak yang berkongsi video itu ke sosial media seperti Twitter. Komen dari warganet juga banyak yang berbaur nasihat supaya kurangkan pengambilan pil-pil itu.
Cantik Sekarang Ada ‘Bayaran’ Yang Akan Datang Kelak
Perkongsian pempengaruh itu menunjukkan jenis suplemen yang diambilnya antaranya pil sunblock dan pil hydration buatnya yang kulit kering. Dia juga menunjukkan caranya yang makan sekali gus dan telan semuanya.
Ramai yang mulai sangsi dengan pengambilan suplemen yang banyak dalam satu masa. Ada juga yang sudah sedia maklum penggunaan pil sunblock tidak ada kegunaan dan satu pembaziran.
Menurut Hellodoktor, pengambilan suplemen tambahan mempunyai pro dan kontra tersendiri sama ada membekalkan nutiren ataupun memudaratkan tubuh badan! Ianya berkait rapat dengan kerosakan buah pinggang.
Artikel berkaitan: Pakar Kongsi 4 Mitos Biasa Vitamin C, Menjadi Ke Kalau Guna Dalam Ritual Kecantikan Harian?
Apa Anda Perlu Tahu Tentang Suplemen Tambahan!
Apa yang penting buat tubuh badan adalah sumber nutrien dari protein, kalori, vitamin, dan mineral yang terdapat pada makanan dan minuman yang kita ambil. Suplemen juga ada untuk memberi booster buat kesihatan badan, mungkin ada sesetengah orang memerlukan lebih booster ikut panduan doktor.
Jadi di sini anda perlu faham konsep pengambilan suplemen bagi mengelakkan apa-apa kesan buruk yang boleh berlaku!
#1 Suplemen punyai pelbagai tujuan
Pelbagai suplemen dikeluarkan yang memberi pelbagai manfaat bagi setiap satunya. Ada juga yang boleh mengurangkan berat badan, bina badan, dan sebagainya.
Penggunaan suplemen yang menawarkan 1 jenis nutrien seperti vitamin atau mineral haruslah dipilih dengan baik dan berhati-hati agar tidak memudaratkan diri!
#2 Tidak semua produk diluluskan oleh KKM
Anda perlu lebih peka dengan pengeluaran suplemen yang terlalu banyak di pasaran. Banyak yang menjual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Food and Drug Administration (FDA). Bukan sahaja anda telah tertipu malah ia merisikokan lagi kesihatan anda.
#3 Terlebih ambil boleh merisikokan kesihatan
Pengambilan suplemen perlulah pada kadar yang tertentu dan tidak perlu secara berlebihan. Jika terlebih anda boleh memudaratkan kesihatan buah pinggang, itu sangat penting untuk menapis segala toksin di dalam badan.
#4 Setiap individu tidak sama
Semua orang mempunyai keperluan nutrien yang tertentu dan ia sama sekali berbeza. Tidak bermaksud pempengaruh itu makan suplemen itu dan anda patut juga ambil benda yang sama. Perlu lihat pada kesihatan dan keperluan diri sendiri.
#5 Rujuk pada kajian bukan testimoni
Kajian sains adalah lebih penting dari testimoni yang sering di cakna oleh kebanyakan pengeluar produk. Anda perlu lebih bijak dalam menilai sesuatu produk dari segi keberkesanannya yang boleh terjamin bukti yang kukuh.
Mungkin ada suplemen yang selamat untuk anda ambil dalam kehidupan seharian tapi perlu ingat–Guna pada kadar yang betul. Cantik mungkin hari ini tapi tidak juga pada kesihatan akan datang.
Artikel berkaitan: Rasa Membazir Buang Vitamin Yang Luput. Betul Ke boleh Makan?
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BPN Bukan Duit Joli, Suami Mesti Beri Sebahagian Duit Untuk Nafkah Anak & Isteri
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada
golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Bantuan ini diberikan dengan tujuan meringankan beban isi rumah di samping boleh digunakan untuk membeli keperluan sara hidup. Namun ada kisah di sebalik bantuan ini.
Ikuti perkongsian Fahmi Ramli yang merupakan Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam. Beliau banyak berkongsi tentang hal ehwal wanita dan kekeluargaan Islam di Mahkamah Syariah.
BAPA ZALIM GUNA BPN SENDIRI, NAFKAH ANAK TERABAI
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ini, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mana kebanyakan rakyat akan menerima bantuan tunai bagi menjalani tempoh ini di rumah. Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang masih ingat tentang pengumuman PM kisah Mak Cik Kiah bukan?
Ada seorang ibu yang menanggung anaknya namun masih dalam proses perceraian di Mahkamah bertanya kepada saya, apa tindakan dia boleh lakukan dan apa hukum bagi seorang bapa yang menerima duit BPN, tapi satu sen pun tak dihulur atau diberi kepada ibu yang menjaga anaknya.
Bila ditanyakan kepada si bapa kenapa tidak beri, katanya dia nak beli keperluan dirinya dan keluarganya. Jadi, memandangkan anak tiada dengan si bapa, maka disuruhnya si ibu dan keluarga ibu yang tanggung keperluan makan minumnya.
SIAPA PERLU TANGGUNG NAFKAH ANAK SEMASA PKP?
Walaupun anak mungkin tidak berada di bawah jagaan bapa, nafkah anak masih WAJIB diberi oleh si bapa. Kalau bapa tidak boleh beri nafkah, keluarga si bapa perlu tanggungnya.
ADAKAH DUIT BPN BOLEH DIKIRA NAFKAH DAN WAJIB DIBERI KEPADA TANGGUNGAN?
Pada saya, duit BPN yang diberikan oleh kerajaan dimasukkan kepada bapa hanya sebagai PERANTARAAN memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Berbeza bagi ibu tunggal yang mungkin sudah disahkan bercerai.
Tapi bagi mereka yang belum lagi bercerai, sepatutnya duit tersebut kalau si bapa yang menerima duit BPN atau apa-apa bantuan lain semasa PKP ini mestilah memberikan sebahagian daripada duit bantuan tersebut untuk Nafkah Anak dan Isteri. Ini WAJIB.
ADAKAH BOLEH DITUNTUT DI MAHKAMAH SYARIAH?
Saya percaya jika sekiranya bapa tidak memberi sebahagian daripada duit BPN kepada tanggungannya, ia mungkin TIDAK BOLEH dituntut di Mahkamah Syariah. Hanya tunggakan nafkah sahaja boleh dituntut iaitu selepas didapati bapa culas atau gagal selepas diperintahkan Mahkamah untuk membayar nafkah melalui perintah.
JIKA TIDAK ADA PERINTAH NAFKAH ANAK?
Penjaga anak tersebut boleh menuntut nafkah anak di Mahkamah Syariah selepas PKP. Cuma untuk tempoh ini, apa yang boleh dibuat adalah bincang dengan baik supaya nafkah untuk anak tidak terabai kalaupun si suami enggan beri kepada isterinya.
JIKA ADA PERINTAH TAPI BAPA INGKAR?
Ibu perlu catat berapa jumlah tunggakan dan selepas PKP perlu menuntut tunggakan nafkah tersebut di Mahkamah Syariah. ia tetap dikira sebagai hutang kepada si anak. Sama ada tuntutan tersebut dibuat melalui Peguam Syarie ataupun melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).
KESIMPULAN
Nafkah anak adalah tanggungjawab penuh bapa dan keluarga bapa. Memang dalam tempoh PKP ini mungkin ada yang tidak kerja, tiada pendapatan atau mungkin dibuang kerja. Tetapi harus diingat, apa-apa peruntukan dan sumbangan yang diberikan kepada ketua keluarga, perlu diagihkan kepada tanggungannya juga seperi isteri dan anak-anak.
Jangan fikir perut kita sahaja, fikirkan tentang nasib anak kita yang juga perlukan bantuan tersebut. Bapa zalim namanya tu.
Sedekah terbaik, adalah sedekah kepada Ahli Keluarga.
Sumber kredit: Fahmi Ramli
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertunjukan Fesyen 2024 Shopee ‘Raya Stail Kita’ Rai Zaman Keemasan Budaya Malaysia
Baru-baru ini platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di platform Shopee Live bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam bergaya serta menggalakkan mereka membeli barangan lokal.
Bertemakan ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’.
“Fesyen dan kecantikan di Shopee sesuai buat semua untuk meraikan Hari Raya. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.
“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh.
Pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita menonjolkan busana yang berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama.
Sepuluh penjual fesyen Muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. Barang kemas dan aksesori Habib Jewels turut dipersembahkan di pentas runway.
Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini ialah Y.O.U, Simply Siti, Silky Girl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barren Bliss, Alha Alfa, dan AISASEA.
Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik.
Untuk gaya pertama bertemakan Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur.
Seperti dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna jingga gelap buat lelaki dan wanita dengan pelbagai warna kulit.
Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita Kiffy Razak berkongsi tip gaya mengikut trend terkini
“Anda boleh menggabungkan ‘color-blocking’ ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik.”
Shopee turut menawarkan rangkaian pelbagai dan ‘wholesome’ dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga.
Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie yang turut memiliki kedai Skuad Shopee Celebrity berkata, “Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau bandar. Berpakaian secara selesa dan sopan, elakkan ‘overdressing’.
Juga dari Skuad Shopee Celebrity, Zoey Rahman, pelakon Malaysia dan pengasas Mikaseries, turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di hari raya.
“Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa dua minit. Saya suka idea pakaian ini kerana ia klasik dan sesuai dipakai pada pagi raya.”
Kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee sedang berlangsung sehingga 11 April 2024. Tahun ini Shopee akan memperkenalkan ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma. Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.
Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI