Setelah dihina mandul oleh seorang pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab, pelakon terkenal, Siti Elizad menerima sebuah khabar gembira semalam apabila dihubungi sendiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah.
Menurut Elizad, Tuanku Azizah telah menghubunginya bagi memberikannya semangat berikutan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.
foto: NST
Perasaan Ini Bagai Mimpi
Would love to share this special moment . Hari ni hari yg sgt menggembirakan hati saya . Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah . ❤️ Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya “ Mandul “ tempoh hari .
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu , terkejut , semua ada . Macam mimpi , dapat berckp dgn Tuanku Permaisuri yg saya sendiri jadikan idola dlm cerita perjalanan ivf saya . Sungguhnya , Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dgn kisah saya yg bukanlah siapa2 . 🙏🏻
Ads
Hanya Yang Merasainya Saja Yang Memahami
Tuanku berikan kata-kata semangat , bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17kali tempuh perjalanan ivf . Memang menyakitkan . Hanya yg mengalami sahaja yg merasai . Tiada kata yg mampu saya gambarkan , terlalu gembira dapat berbual2 dgn Permaisuri yg disayangi semua . Sungguh2 keibuan . Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi ? “ . ❤️ Allahuakhbar . Terima Kasih byk Tuanku Permaisuri . 🙏🏻 Really made my day . Ampun Tuanku .
Ads
Jangan Malu Jumpa Pakar
To all ttc squad , we are fighters. People can say whatever they wish . Hanya kita sesama kita yg melalui nya . For those yg kecam & ckp “ nak buat anak pun nak bising2 “ .
Utk pengetahuan semua , my intention sharing my ivf journey is only for those ttc squad to get more information . Not to be afraid or malu berjumpa dgn pakar . Nak semua #ttcsquad come forward .
Ads
Dalam masa yg sama , saya bekerjasama dgn pihak Sophea Fertility . Jadi apa yg berkaitan dgn ivf , of course saya kongsikan dgn mereka yg senasib dgn saya . Harap this one clear . ❤️
Tiada paksaan pun utk ikuti kisah saya . Terpulang pada followers . I just share my journey here . Sama juga mcm para ibu yg lain . Berkongsi tentang kecomelan anak2 mereka di media sosial . Jadi x salah kiranya saya berkongsi perjalanan ivf saya & pengalaman bersama mereka yg senasib dgn saya . Spread love semua . Not hate . Terima kasih. @sophea_fertility@dr.azlin❤️
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul wareseen 🤲🏻
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Saat paling menyakitkan apabila terpaksa berpisah dengan insan tersayang. Ada sesetengah orang yang tidak mahu mengenang kembali si dia yang telah meninggalkan/ditinggalkan. Tetapi ada juga yang seperti tidak boleh ‘move on’ dengan segala kenangan yang tercipta.
Seperti perkongsian gadis ini yang menulis thread kenangan mereka bersama disebabkan rindu pada bekas kekasihnya itu. Apatah lagi bekas kekasihnya sanggup terima keadaan dirinya ketika sedang mengalami masalah ‘breakout‘.
Malah dalam thread di tulis itu, dia yang menggunakan nama akaun di twitter @eykabieber memberitahu masih sayang pada bekas kekasihnya itu dan tiada rasa dendam atau marah di hatinya.
Ikuti setiap momen penuh bermakna sepanjang 10 date mereka berdua ketika bersama.
Date pertama memang sangat berdebar.
Pertemuan kedua hanya dapat jumpa sejam sahaja.
Date seterusnya sebelum dia pergi Singapura.
Ini date yang kelima, berjumpa dengannya selepas dia masuk National Service. Walaupun sudah botak tetapi tetap cute.
Cinta jarak jauh itu memang cukup menguji.
Ini pula ketika date ke tujuh.
Paling best date kelapan ini sebab asyik makan dan sangat seronok melalui momen ini.
Untuk pertemuan seterusnya boleh jumpa sekejap tetapi sudah memadai.
Dia sanggup lakukan apa sahaja.
Ini date yang terakhir. Memang sedih tetapi masih boleh senyum lagi.
Restoran makanan segera menjadi tempat kegemaran kalau bertemu. Sebab suka dengan ayam goreng dan juga bubur ayam.
Tak akan buang momen sepanjang bersama. Bila rindu akan tengok semua benda-benda ini.
Sepanjang kenal terima diri dia seadanya.
Tulis semua kenangan dalam buku ini.
Terima kasih sebab menyayangi dari wajah breakout sampai kulit wajah sembuh walaupun tak sepenuhnya. Sanggup dengar luahan menangis gara-gara masalah ini.
Kini hanya Allah yang tengokkan dia.
Terima kasih untuk segalanya.
Tinggal bukan sebab perempuan lain, sebab tak ada jodoh.
Buat thread ini sebab rindu dan mahu hargai segala kenangan yang pernah dikecapi dulu.
Tidak salah kalau Hijabista katakan sekarang merupakan era digital dan internet. Jangan terkejut bila melihat kanak-kanak sudah memakai telefom bimbit berjenama. Jika mahu dibandingkan dengan zaman kita dahulu, memang jauh bezanya.
Anak-anak muda masa kini sudah menjadi semakin maju dari segala sudut. Dengan memiliki telefon bimbit, segala informasi kini hanya berada di hujung jari. Memang bagus kerana mereka dapat memanfaatkan kegunaan internet sebaik-baiknya. Namun, bagaimana jika mereka menggunakan kemudahan yang diberikan ke arah yang tidak baik? Astaghfirullahaladzhim, minta dijauhkan.
Harus kita akui, telefon bimbit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Ada sesetengah anak muda yang menggunakan telefon bimbit sebagai medium untuk melakukan perkara yang tidak senonoh seperti berkongsi gambar bogel serta video lucah.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Mereka seharusnya mengawal segala tingkah laku dan perlakuan anak-anak. Sekiranya anak-anak melakukan perbuatan yang tidak senonoh, ibu bapa juga akan terpalit malunya.
Terdapat satu perkongsian di Facebook oleh wanita bernama Nor di mana dia telah berjumpa sebuah telefon bimbit tanpa sengaja. Lebih mengejutkan apabila melihat isi kandungannya. Jantung terus berdegup laju. Rupa-rupanya, Nor telah terjumpa gambar dan video bogel gadis yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.
Ayuh baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat kepada kita semua.
Foto: FB Nor
Saya terjumpa smartphone itu tanpa sengaja. Tiada security lock, justeru mudah saja saya meneliti kandungannya. Jantung berdegup laju. Hati penuh debar. Satu persatu chatnya saya baca. Semua video dan gambarnya saya lihat dengan mata berkaca. Allahu Rabbi. Luluh hati ini!
Perasaan Bercampur Baur Bila Tengok Gambar & Video Bogel
“Mujur umi yang jumpa handphone ni! Kalau orang lain jumpa macam mana? Aina nak semua gambar dan video bogel Aina tersebar satu dunia?”
Dia tunduk. Perasaan saya bercampur baur. Geram. Meradang. Kecewa. Sedih. Arghh! Rasa nak menjerit melepaskan apa yang terbuku di dada.
Allahu Rabbi. Berat sungguh beban rasa ini! Bagaimana jika ibu ayahnya melihat apa yang saya lihat ini? Bagaimana mereka nak terima hakikat bahawa anak perempuan mereka yang manja, yang baik dan dipercayai boleh bertindak liar seperti ini?
Datang Dari Keluarga Yang Baik-Baik
Aina – ya ini bukan nama sebenarnya. Ini cerita tentang seorang gadis remaja. Saya mengenalinya sejak dia masih bergelar kanak-kanak. Kenal seluruh ahli keluarganya. Dia dah macam anak saya. Dia manja dengan saya. Dia panggil saya umi!
Dia bukan budak tepi jalan yang tak dapat cukup asuhan atau dahagakan perhatian. Ibu ayahnya orang profesional. Somebody. Keluarganya terhormat. Ibu bapanya juga jenis yang mengambil berat. Dia pelajar sekolah agama. Bertudung labuh. Baik dan sopan saja.
Dan… Allah takdirkan saya melihat gambar-gambar bogelnya, video-video lucah dengan aksi ghairahnya. Dikirimkan kepada teman lelakinya. Segala chat yang ada saya baca. Gambar dan video lucah bersepah. Macam sampah di pusat pembuangan sampah! Saya rasa nak muntah!
Allahu Rabbi!
Setapak Menghampiri Zina
“Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Kenapa boleh jadi macam ni?!”
Dia geleng. Tunduk. Katanya, dia sendiri tak tahu mengapa dia lakukan seperti itu. Aduhai.. anak gadis ini sedang keliru mengendalikan nafsu!
“Semua ni sangat teruk dan sangat memalukan Aina! Allah takdirkan umi yang jumpa semua ni tanda Allah sayang Aina. Allah nak Aina berhenti dari buat semua ni sebelum jadi sesuatu yang lebih teruk lagi. Aina hanya setapak saja lagi dari zina. Setapak saja lagi! Istighfar! Allah sayang Aina. Ini cara Allah tegur Aina. Hargai. Jangan sampai Aina dah tak boleh diselamatkan lagi!”
Kami berpelukan. Saya menangis. Dia menangis. Hujan lebat yang bercurahan bagai turut meraikan. Memang ada yang perlu ditangiskan. Memang ada!
Saya meninggalkannya di asrama dengan penuh kekesalan dengan apa yang telah dia lakukan, dengan penuh harapan agar dia tidak lagi melakukan kesilapan.
Takut Dengan Dunia Yang Makin Mencabar
Saya meninggalkannya dengan penuh debar. Dengan rasa ketakutan terhadap dunia yang semakin mencabar. Dengan penuh sedar bahawa saya ada 7 orang anak yang sedang membesar! Ya Allah.. bagaimana harus saya didik mereka agar mampu selamat merentasi lautan bara ini? Lautan bara ini terlalu luas dan berbahaya. Pantang tersimbah minyak, marak!
Allah.. Allah..
Semua Gara-Gara Smartphone
Fitnah akhir zaman. Segala-galanya di hujung jari. Smartphone.
Kawan-kawan, saya tahu ini zaman smartphone. Anak-anak kalian menagihnya.
Anak-anak saya sendiri merayu mahukannya. Saya tegah dan memberikan 1001 sebab mengapa tidak boleh. Mereka memberontak. Merayu lagi.
“Kawan-kawan kami semua ada, ma.”
“Kami cuma nak main games.. ambil gambar..”
Ah, alasan mereka pelbagai! Semalam saya dah bertegas tak nak beri, hari ini mereka merayu lagi. Terus-terusan merayu lagi!
“Didik anak kamu dengan zaman mereka.. bukan dengan zaman kamu..”
Aduhai.. pesanan yang satu ini harus saya pertimbangkan juga. Didik anak dengan apa yang ada di zaman mereka. Saya tak boleh lari dari hakikat ini.
Nak HP Boleh, Tapi Ada Syaratnya
Maka, baik! Saya ikutkan akhirnya. Tapi dengan syarat berjela demi melindungi mereka.
Cuma 3 jam saja sehari. Cukup 3 jam, serahkan kepada saya kembali.
Tiada Whatsapp atau Wechat. Cuma FB.
Saya akan spotcheck pada bila-bila masa. Semua password – saya mesti tahu. Bermakna ketika mereka layan FB, saya juga boleh masuk ke akaun yang sama dalam masa yang sama.
Jaga adab dan bahasa.
Mereka cuba patuh. Tapi kerana saya benar-benar pantau, maka saya tahu kadang mereka gagal. Lalu saya punya alasan yang kukuh untuk menarik kemudahan itu kembali. Anak-anak tak boleh lagi salahkan saya, tak boleh lagi tuduh saya mengongkong, out of date dan sebagainya.
“Mama dah beri peluang untuk awak cuba. Tapi awak yang tak pandai jaga!”
Noktah! Tiada lagi smartphone kecuali jika saya benar-benar yakin mereka sudah matang untuk mengendalikannya.
Remaja Dalam Fasa Mahu Mencuba & Penuh Kekeliruan
Kawan-kawan, saya tahu, kita semua pun tahu betapa obsesnya kanak-kanak dan remaja mahukan smartphone. Sangat sukar menafikan keterujaan mereka di saat majoriti rakan-rakannya memiliki gadget yang satu ini.
Namun kita pun faham betapa fasa remaja adalah satu fasa yang penuh dengan rasa teruja mahu mencuba itu dan ini. Fasa yang penuh kekeliruan dalam mencari identiti sendiri.
Maka apa kita boleh buat?
Explain. Pujuk. Pantau. Alihkan perhatian mereka. Bertegas.
Perlu Kawal Habis-Habisan
Jika belum beri, jangan beri. Jika sudah terlajak memberi, jangan teragak-agak untuk ketatkan kawalan terhadap penggunaan. Pantau habis-habisan.
Mereka anak-anak kita. Kita ada hak dan kuasa.
Biar dia mengamuk. Biar dia merajuk. Biar!
“Ini rumah mama! Mama tawarkan awak duduk di sini dengan semua kemudahan dan keselesaan. Selagi apa yang awak nak tak salah dari segi agama, mama cuba tunaikan. Kalau awak nak duduk rumah ini, ikut cara mama.
Kalau awak nak ikut juga cara awak, terpulang. Mama tak halau. Tapi kalau awak sampai sanggup keluar dari rumah ni sebab nak ikut kata hati, mama takkan halang. Terpulang! Apa pun jadi nanti, awak tanggung sendiri. Jangan pula bila susah nanti, cari mama. Jangan pula masa nak kahwin nanti, tergedik-gedik minta mama uruskan. Jangan harap!”
Saya noktahkan di situ.
Jangan Mudah Cair Dengan Pujuk Rayu Anak
Tiada kompromi. Sayang anak. Dan itulah cara saya menzahirkan kasih sayang saya. Selepas fasa explain dan pujuk tidak berjaya, fasa bertegas menyusul. Tiada kompromi!
Kawan-kawan, Telah terlalu banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini termasuk yang dilakukan oleh kesilapan kita sendiri. Tapi kita mahu kesudahan hidup yang baik. Kita mahu menjadi lebih baik. Kita mahu zuriat keturunan kita baik-baik saja agar layak untuk kita semua menempah tiket ke syurga.
Maka cukuplah. Cukuplah untuk kita tunduk pada manusia, pada pasangan, pada majikan, pada anak-anak atau pada sesiapa juga.
Ini masanya untuk kita lebih serius menzahirkan tunduk kita pada Allah. Apa yang baik, kita sokong. Apa yang buruk, kita tegah. Itu yang dipertanggungjawabkan dan itu yang perlu kita jawab di akhirat nanti!
Dugaan di bulan Ramadan, pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad berkongsi keadaan dirinya yang terpaksa menjalani pembedahan mengejut disebabkan masalah apendiks.
Jelas pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, dia bersyukur dan bernasib baik kerana apendiksnya tidak pecah. Jika tidak, risiko yang lebih besar bakal menanti.
“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena operate sebab Appendix. I’m lucky sebab Appendix tu belum rupture. Kalau tak, tak tahu lah..
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat belah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh gerak tu. Kalau gerak lagi sakit,” kongsinya.
Ujarnya lagi, suaminya, Raja Syahiran telah membawanya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum diarahkan doktor untuk ditahan di wad.
“Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk check up. Dr terus tahan ward. Alhamdullilah operation semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar.
“Terima kasih kepada semua doktor & nurse di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin.
“Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat.. Dan semoga Baby sihat.. Kesian Baby.. Aaminn,” coretnya di laman Instagram.
Menerusi ruang komen, ramai pengikut laman sosialnya termasuklah selebriti popular seperti Hannah Delisha, Fify Azmi dan Daiyan Trisha yang menitipkan doa agar dirinya dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...