Sebelum ini tular mengenai kisah seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 11 tahun iaitu Iris Khairi yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang solekan.
Menjadikan MUA Bellaz sebagai idolanya, ternyata dia tidak menyangka apabila impian mereka untuk bertemu dan disolekkan oleh Bellaz menjadi kenyataan apabila mereka bertemu semalam.
Impiannya untuk bertemu tercapai. Bukan itu sahaja, Iris juga menerima hadiah istimewa daripada Bellaz. Untungnya!
Selamt pagi hampa semua…Impian adik airis dah terlaksana teringgin nk jumpa bellz dn nak bellaz makeupkan dia.. Ok sapa lagi next impian dia ye…kita but suprise jugak…
Iris mempunyai bakat yg besar .. Kita doakan dia berjya dan mencapai impian dia..
Adik airis dtang naik train ja tdi dgn family..
Kkbella doakan adik berjya sentiasa dimurhkan rezeki . igt pesan2 kkbella naa… Keep prctice
Barang yg kakbell bagi tu.. Bg smngt lagi adik utk mkeup.. Apa2 pon jgn lupa pelajaran tau. Kena seiring bru terbaik
Bestnya dapat bertemu dengan idolakan! Teruskan usaha adik. Moga adik Iris boleh pergi jauh dalam bidang ini dan terus maju hingga ke peringkat antarabangsa. All the best!
Selepas kematian, terdapat beberapa aspek pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si mati perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum pembahagian dilakukan kepada waris-waris.
Perkara ini amat penting supaya proses pembahagian dapat berjalan lancar dengan melibatkan harta yang ‘bersih’ sahaja dan dapat mengelakkan pertikaian yang boleh melambatkan proses pembahagian.
Umum mengetahui, selepas sesuatu kematian disahkan, semua harta si mati samaada harta alih (wang tunai, simpanan di bank, saham) atau harta tidak alih (tanah, bangunan) adalah berstatus harta pusaka dan akan dibekukan.
Harta-harta pusaka tersebut hanya boleh dicairkan setelah melalui proses-proses tertentu, bergantung sama ada si mati ada meninggalkan dokumen wasiat atau tidak.
Selepas harta-harta tersebut dicairkan dan diperoleh, maka waris-waris yang ada atau pentadbir yang dilantik perlu bertanggungjawab untuk menunaikan beberapa perkara/hak yang berikut:
Pengurusan jenazah melibatkan perkara-perkara seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan si mati, dan semua ini memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan wang dengan segera, waris-waris bolehlah menggunakan wang tunai yang ditinggalkan si mati, atau mengeluarkan wang daripada akaun simpanan si mati menerusi mesin ATM atau perbankan internet (sebelum akaun tersebut dibekukan pihak bank) untuk menampung kos pengurusan jenazah si mati.
Jika si mati ada menyertai khairat kematian sama ada di tempat kerja atau di kawasan kariah (kampung/taman perumahan/masjid/surau), bolehlah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Sebab itulah penting untuk bergaul dengan masyarakat setempat dan menyertai khairat kematian yang dianjurkan agar nanti pengurusan jenazah boleh diuruskan dengan baik. Boleh juga semak sama ada si mati ada mencarum polisi insurans/takaful yang membayar manfaat khairat kematian, jika ada maka bolehlah dihubungi agen terlibat untuk menuntut manfaat yang sepatutnya.
Andai kata si mati tidak meninggalkan sebarang wang tunai dan tidak menyertai mana-mana skim khairat kematian, maka waris-warislah yang perlu bersepakat dan keluarkan kos untuk menampung kos pengurusan jenazah tersebut. Kos ini boleh dituntut semula selepas harta pusaka si mati dicairkan semula. Jika tiada waris atau waris pun tidak mampu (fakir), maka tanggungjawab pengurusan jenazah tersebut patut disempurnakan pihak Baitulmal atau masyarakat setempat yang kaya.
Hutang tetap hutang, dan hutang tetap perlu diselesaikan walaupun penghutang telah mati. Oleh itu, pentadbir harta pusaka atau waris-waris perlulah mengenalpasti hutang-hutang si mati dan berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.
Hutang-hutang yang dimaksudkan di sini bukan sahaja hutang sesama manusia, malah hutang dengan Allah. Hutang sesama manusia adalah seperti hutang wang dengan individu, hutang perumahan dengan bank dan hutang pembelian dengan kedai perabot.
Manakala hutang dengan Allah adalah perkara-perkara seperti zakat, fidyah, kaffarah, nazar dan badal haji yang tidak sempat ditunaikan si mati semasa hayatnya. Contohnya, si mati semasa hayatnya tidak sempat menunaikan ibadat haji, maka waris boleh menggunakan harta pusaka si mati untuk menunaikan badal haji (upah haji) bagi si mati.
Penting bagi setiap orang untuk menyimpan rekod hutang-hutang yang dilakukan supaya memudahkan waris-waris mengesan dan menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Hutang-hutang si mati wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka di buat.
Malah, digalakkan untuk menyediakan dana khas samaada dalam bentuk wang simpanan atau polisi insurans/takaful untuk membayar hutang-hutang yang masih berbaki apabila telah meninggal dunia nanti.
Selepas hutang-hutang si mati diselesaikan, harta pusaka si mati hendaklah disempurnakan dahulu tuntutan harta sepencarian dan pemberian hibah ke atasnya. Harta sepencarian melibatkan hak pasangan yang sah, manakala hibah adalah pemberian yang dilakukan si mati kepada pihak lain yang dibuat semasa masih hidup.
Pembahagian harta sepencarian boleh dilakukan mengikut pengisytiharan harta sepencarian yang dilakukan secara bersama-sama dan mengikut persetujuan pasangan semasa masih hidup.
Jika tiada pengisytiharan dibuat, tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan pasangan dan mahkamah akan menentukan jumlah yang layak dituntut berdasarkan bukti-bukti yang dikemukan dan sumbangan yang telah diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hibah merupakan pemberian atau hadiah yang diisytiharkan oleh si mati kepada penerima dengan tujuan kasih sayang atau tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima, bergantung kepada siapa yang ditentukan si mati, namun beberapa syarat perlu dipenuhi seperti pemberi, penerima, akad dan harta yang dihibahkan.
Harta pusaka yang terlibat dalam kategori harta sepencarian dan hibah tidak termasuk dalam bahagian harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris secara faraid.
Wasiat adalah amanat pemberian kepada bukan waris dengan syarat jumlahnya tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan harta pusaka yang ditinggalkan. Jika si mati ada meninggalkan wasiat yang sah, maka jumlah yang diperuntukkan untuk wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu.
Wasiat kebiasaannya diberi kepada waris yang bukan faraid, seperti ahli keluarga terhalang waris, ahli keluarga angkat, ahli keluarga bukan Islam dan badan kebajikan. Waris-waris perlulah menerima dengan hati yang terbuka atas wasiat yang telah dibuat si mati.
Selepas dilaksanakan semua perkara #1 hingga #4 di atas, barulah baki harta pusaka yang tinggal dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut kiraan faraid yang ditetapkan. Pembahagian harta pusaka secara faraid adalah adil dan memberi jaminan bahawa setiap waris yang layak akan menerima bahagian masing-masing.
Jumlah bahagian yang ditentukan pula adalah berbeza, dan semuanya ditentukan olah Allah yang mana mempunyai hikmah dan manfaat di sebaliknya. Sebaik-baiknya, setiap orang wajar mempunyai asas pengetahuan berkenaan pembahagian secara faraid seperti jenis-jenis waris yang layak, bahagian yang layak diterima dan kiraan pembahagian yang sepatutnya.
Dalam pembahagian harta pusaka secara faraid, yang penting adalah sifat berlapang dada dan sikap terbuka setiap waris supaya pembahagian dapat dijalankan dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah atau pertikaian. Sesungguhnya, faraid merupakan instrumen terbaik dan adil untuk memastikan semua waris mendapat bahagian harta pusaka yang sewajarnya.
SUMBER: JOM URUS DUIT
SUMBER GAMBAR: Pencarian google
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Raja Putri Atilia Raja Haron atau nama pentasnya Atilia Haron, bukanlah nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Mula berkecimpung dalam arena seni sejak tahun 1998, seawal usia 14 tahun. Anak kepada primadona Salamiah Hassan ini masih kekal relevan dan dikenali sehingga kini.
Mengulas perkembangan terbaharu, Atilia berkata menginjak usia 50 an ini. Dirinya sedang berada di fasa pra-menopaus dan sedang menyelesakan serta mempersiapakan diri menghadapi fasa berkenaan.
Atilia memaklumkan perkara berkenaan ketika ditemubual oleh team NONA dalam sebuah majlis di ibu kota baru-baru ini!
“Saya sekarang sedang melalui, proses pra-menopaus. Sebab tu saya potong rambut pendek, sebab malam selalu tidur berpeluh.
Dua tiga tahun lepas, saya berada dalam fasa boleh menjadi kemurungan sebab saya tidak mempunyai anak, pada umur yang sebegini. Saya tidak mempunyai suami diumur yang sebegini,” ujarnya.
Ketika ditanya adakah dia merasa sunyi kerana tidak ditakdirkan mempunyai rezeki sama seperti wanita-wanita seusia denganya. Atilia akui dia juga tidak terlepas dari merasa kesunyian, terutamanya apabila membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain.
“Sunyi lah kan. Jadi saya selalu relate diri saya dengan kebiasaan orang lain. Contohnya, pada usia macam ni, kita kena ada ini,” katanya.
Menurut Atilia, setelah mengalami fasa hampir kemurungan itu. Dia akhirnya dapat melihat dengan jelas, bahawa kehidupanya tidak perlu sama seperti apa yang orang lain miliki. Kerana jika dilihat dari sudut positif kebahagiaan boleh dikecapi dan bermula dengan diri kita sendiri!
“Sebenarnya tak perlu pun. Sebab kebahagiaan tu datang daripada diri sendiri. It doesn’t matter you single ke, you tiada anak ke, as long you pandai cari kebahagiaan diri sendiri dan positifkan diri InshaaAllah okay.
“Jadi sekarang saya dah mula sedar yang it’s okay kita ada ahli keluarga yang lain.
Bagi saya secara peribadi, asalkan dalaman kita baik, hati kita okay, benda-benda yang baik akan ikut kita nanti,” jelasnya.
Mengulas berhubung penghijrahan ibunda tersayang, biduanita Salamiah Hassan yang kini sudah mengenakan hijab dan berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna. Ini respon yang diberikan Atilia.
“Jadi InshaaAllah satu hari nanti saya akan pakai tudung. Tapi buat masa sekarang ni saya rasa macam saya sendiri lebih selesa begini. Mama pun cakap, kenapa mama bertudung ni jadi isu. Biar je lah, memang dah sampai dah waktu dia bertudung.
“Alhamdulillah.. Mama rasa tiada orang paksa, dan dia gembira. Jadi dia nak perkara yang sama juga dengan anak dia. Tak nak paksa saya, dia nak saya sendiri ada keinginan untuk bertudung. Jadi doa-doakan lah,” kata Atilia lagi.
Sekadar info, pada penghujung tahun ini, Atilia memaklumkan bahawa dia akan melancarkan satu single duet bersama ibunda tercinta yang berjudul ‘Age is nothing but a number’, yang ditujukan khas buat peminat yang telah lama menantikan duet dua beranak ini.
Perkongsian dari Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini mengenai anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang menyentuh hati orang ramai.
Angkasawan Negara itu meluahkan rasa bangganya terhadap berita itu melalui posting di instagram. Beliau juga turut memberitahu dia telah menjaga Aiman sejak pemergian arwah adiknya ketika beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman hanya berusia tiga tahun.
Dalam perkongsian beliau juga turut berkata bahawa kejayaan Aiman memang tak dapat disangkal lagi kerana dia merupakan seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun Dr Sheikh Muszaphar agak sangsi kerana Aiman ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan namun ditawarkan jurusan undang-undang, semuanya atas rezeki yang diberikan oleh Allah swt.
Rata-rata di ruangan komen memberikan pujian serta semangat kepada beliau dan juga anak buahnya.
Disini orang ramai juga meluahkan bertapa ikhlasnya kasih sayang angkasawan negara itu terhadap anak buahnya bagaikan seperti anak kandungnya sendiri.
Ustazah Asma’ Harun menasihati bakal pengantin agar tidak meninggalkan solat hanya kerana solekan atau kesibukan majlis perkahwinan demi keberkatan rumah tangga.