Siapa tidak kenal dengan figura jelita yang pernah dikatakan kembar seiras kepada pelakon tanah seberang Nia Ramadhani, pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli ataupun Amyra Rosli mula berkecimpung dalam industri seni tanahair sejak 2011 sebagai pelakon wanita Malaysia.
Setelah namanya melonjak naik apabila menjadi teraju utama dalam drama bersiri keagamaan berjudul Nur, Amyra kini mulai membereikan fokus dan melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan pula.
Detik Penghijrahan Amyra Rosli, Dah Lima Tahun Berlalu!
Memetik laporan Media Hiburan, Amyra mula mengorak langkah berubah kearah lebih baik sekitar 2011, diam tak diam sudah lima tahun Amyra istiqamah mengenakan tudung dan menggayakan busana patuh syariah.
Sehubungan itu, dalam temu bual bersama Zayyan, ibu kepada dua cahaya mata dan juga suri hati kepada Amar Baharin itu ada menceritakan semula detik-detik penghijrahan yang dilakukan.
Menurut Amyra, kali pertama terdetik mahu berhijab sepenuhnya, dia berbuat demikian tanpa berbincang dengan suami, Amar Baharin dan ibunya, sebaliknya perubahan itu berlaku secara tiba-tiba.
“Ketika saya pulang dari Mekah, ada seorang kawan lelaki datang ke rumah untuk menziarahi kami sekeluarga.
“Apabila saya sudah bermingu-minggu menutup aurat ketika berada di Mekah, apabila tetamu datang rumah, rasa macam tak selesa. Saya rasa mungkin dah sampai masa.
“Ketika itu saya tidak berbincang dengan suami atau ibu saya, ia datang secara tiba-tiba untuk saya berbuat demikian (menutup aurat),” kongsi pelakon drama Nur 2 itu.
Tiga Figura Ini, Inspirasi Amyra Kekal Istiqamah
Menjadikan Neelofa, Mizz Nina dan Vivy Yusof sebagai insiprasi selebriti wanita hijab yang berjaya, Amyra akui bahawa ada kalanya terfikir mengenai soal rezekinya dalam industri hiburan.
“Saya dah beberapa tahun dalam industri hiburan ini dengan free hair dan berlakon macam biasa. Bagi saya ia seolah-olah rutin yang sama setiap hari.
“Apabila mengenakan tudung ini, kadang-kadang ada juga bisikan jahat yang mempersoalkan ada job ke lepas ni? ada ke tempat aku dalam industri ini lagi? Tapi saya memandang ke araf positif dan menjadikan Neelofa, Mizz Nina, Vivy Yusof sebagai inspirasi.
“Mereka yang menjadikan saya kuat apabila saya berasa down,” ujar Amyra.
Apa Lagi Yang Allah Tak Beri?
Tambahnya lagi, pesanan seorang ustaz menjadikan pelakon itu lebih kuat untuk berhijrah.
“Ustaz saya pernah sampaikan pada saya, jika kita kejar dunia, kita hanya akan dapat dunia semata-mata, tetapi kalau kita kejar dua-dua (dunia dan akhirat), kita akan dapat dua-duanya sekali.
“Rezeki kahwin sudah ada, anak dan karier. Apa lagi yang Allah tak bagi aku. Mungkin saya rasa sudah tiba masanya ikut perintah Alla pula.
“Apabila sudah berhijrah ini, pemikiran lebih matang dan tahu perancangan yang mahu dilakukan dalam hidup,” jujur Amyra.
Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun itu, perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Manusia di dalam hidup mereka akan ada kerisauan tertentu. Dan kerisauan yang paling menghantui mereka adalah berkaitan rezeki.
Pernahkah anda berasa usaha sudah kuat, berdoa juga sudah, tetapi rezeki seolah-olah enggan menghampiri? Sedarilah bahawa masih ada yang belum lengkap lagi usaha anda itu.
Berikut 12 Amalan Doa 'Meluaskan' Dan Murah Rezeki
1.Doa memohon petunjuk dan kekayaan
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَ
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian (dijauhkan dari hal-hal yang tidak halal/tidak baik) dan kecukupan (kekayaan).”
2.Doa dapat membayar hutang, dijauhi sifat lemah, malas dan kesedihan doa dari malas
Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan daripada penindasan orang.”
Ertinya :“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri sendiri (tidak memerlukan segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekalipun sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).”
5.Doa Nabi Sulaiman supaya dianugerahkan rasa bersyukur di atas segala nikmat yang diperoleh
Ertinya : “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah An-Naml, ayat 19)
Ertinya : “Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.” (Surah Al-Baqarah, ayat 201)
7.Doa minta diperbaiki segala urusan dunia dan akhirat
Ertinya : “Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang merupakan pelindung bagi urusanku, dan perbaikilah bagiku duniaku yang di dalamnya ada penghidupanku, dan perbaikilah bagiku akhiratku yang kepadanya aku kembali (di dalamnya ada tempat kembaliku), dan jadikanlah kehidupan (di dunia ini) tempat aku menambah semua kebaikan, dan jadikanlah kematian bagiku sebagai tempat istirehat (akhir) dari setiap keburukan.”
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari besarnya malapetaka, terjerumus dalam kebinasaan, buruknya takdir dan gembiranya para musuh di atas musibahku.”
Ertinya : “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu, Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan (apa) yang ku perbuat. Aku mengakui nikmat-Mu (yang diberikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.”
10.Bacaan kalimah zikir Nabi Yunus di dalam perut ikan
Ertinya : “Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Anbiya’, ayat 87)
11.Doa memohon rahmat dan petunjuk dalam segala urusan
Ertinya : “Ya Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)
12.Mengamalkan bacaan Asma’-ul-Husna
Terdapat 99 nama Allah yang boleh diamalkan membacanya setiap hari. Contohnya, amalkan membaca ‘Ya Allah’, ‘Ya Rahman’, ‘Ya Fattah’, ‘Ya Razzaq’ dan ‘Ya Hayyul Qayyum’ setiap kali selepas solat dengan sebanyak bilangan yang anda mahukan.
Berdoalah meminta hajat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan. Lafazkan apa-apa doa dan hajat yang anda inginkan dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu. Allah Maha Mengetahui hajat hamba-Nya dan Allah ingin mendengar hamba-Nya sendiri yang meminta kepada-Nya.
Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, di saat anda berseorangan diri menghadap Allah, mengangkat tangan ke langit, menangis dan merayu meminta hanya kepada Allah, menyerahkan segala ketentuan takdir dan rezeki kepada Allah, mengaku segala dosa yang pernah anda lakukan dan memohon keampunan Allah, mengaku kekerdilan dan kelemahan diri sebagai hamba Allah, dan segala kekuasaan adalah milik Allah, memuji Allah dan bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan, meminta diberikan kesabaran di atas ujian, memohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, meminta cahaya hidayah, petunjuk dan taufiq menuju jalan ketakwaan, meminta kemudahan dalam setiap urusan dan meminta bantuan Allah dan pertolongan-Nya dengan penuh keyakinan, dan mintalah segala hajat yang anda inginkan.
Berdoalah sehingga air mata anda jatuh bercucuran ke bumi, sehingga hati anda berputus asa daripada makhluk dan sandarkan segalanya kepada Allah. Kemudian, mintalah segala hajat dan impian anda kepada Allah. Yakinlah, pada saat itu, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya. Berdoalah sebanyak-banyaknya kerana anda sedang menghantar permohonan terus kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Di saat diri kita telah sedia untuk rebahkan diri sujud dan berdoa kepada Allah, di saat itulah Allah telah bersedia untuk memakbulkan doa dan permohonan kita kepada-Nya.
Aamiin
Dimulakan dengan BISMILLAH, disudahi dengan alhamdulillah. Mudah-mudahan dipermudahkan.
Merawat wajah menggunakan bahan alami atau apa yang ada di dapur itu banyak kelebihannya. Bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga selamat dan diyakini halal. Malah cara membuatnya yang mudah membolehkan kita melakukannya pada bila-bila masa.
Seperti perkongsian gadis ini Ema Tunz yang mengajar cara membuat masker sebagai penjagaan wajah. Dia hanya menggunakan bahan alami seperti timun, kunyit, tomato dan juga buah naga dan memberikan hasil yang sangat berbaloi.
Salotape Muka Dengan Timun?
Aduhh gigih Ema ni tau, untuk selpi je tu. Korangg jangan kecam pulak. Hahahaa. Bila baring, sebelum tido malam, tepek je hirisan timun kat muka dan biar sampai pagi. Kategori bantuan kecemasan jugak cara ni, rawatan segera untuk kulit kita. Bila bangun pagi, kompom rasa sejukkk dan segar. Letak kat mata pun dah ok terutama yg ada masalah sembab, lingkaran gelap bak panda.
KHASIAT TIMUN UNTUK KULIT
Timun (Cucumis sativus) mengandungi pelbagai penurun lipid yang menghasilkan kesan penyejukan semulajadi.
Timun melembapkan kulit sebab mengandungi 95% air.
Vitamin E dalam timun mampu menyihatkan kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan. Fuhh menarik kan?
Guna lemon dan serbuk kunyit
Bila gabungkan dua bahan ni, uols boleh buat sendiri masker tanpa kos mahal. Masker ini dapat buang kotoran dalam liang roma, menghilangkan bekas atau parut serta menjadikan kulit lebih segar & awet muda.
Cara membuatnya:
Belah dua lemon, kemudian perahh jus nya.
Campurkan dengan dua sudu serbuk kunyit.
Gaul rata kemudian tepek ke muka.
Biarkan 20 minit kemudian bilas.
Uols akan nampak perubahannya dalam masa beberapa hari je tau. Wahh best kan?
ADA APA DENGAN LEMON DAN KUNYIT
LEMON kaya dengan Vitamin C iaitu antioksida semulajadi. Khasiat ini membantu hilangkan racun yang terperangkap bawah lapisan kulit. Sebab tu juga, kita digalakkan minum air suam bercampur perahan lemon untuk bersihkan kotoran dan toksin dalam badan.
KUNYIT pula bahan mesra alam, banyak digunakan untuk tujuan masakan. Selain itu, dijadikan ubat tradisional masalah kulit.
Masker Buah Naga
Lepas cuba masker ni, kulit rasa lembut je tau. Masker ni memang best, sejuk tau masa pakai. Terpaksa awet muda jelitasss kalahkan anak dara la lepas ni. Hiks..
Bahan-bahan: 1 per 4 isi buah naga
Cara membuatnya:
Lenyek dengan garpu sampai hancur isinya.
Cuci muka dan cuci tangan dengan bersih.
Tepek pelan pelan ke kulit muka guna jari. Nak guna sarung tangan pun boleh ya.
Biarkan 1 JAM sampai air jus buah ni kering. Air tersebut diserap oleh kulit muka. Waktu ni, uols rasa kulit ringan aje & sedikit sejuk. Ehh memang best laa. Tu yang jatuh cinta tuhh.
Cuci bersih muka dengan air suam (untuk kulit berminyak) atau air sejuk (untuk kecilkan liang roma). Lepas cuci, perghh lembut je kulit macam kulit baby.
MANFAAT BUAH NAGA Vitamin C buah ini dapat merawat masalah kulit. Selain tu dapat menghilangkan jerawat & parut jerawat.
Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah naga melambatkan proses penuaan.
Masker Daripada Tomato
Siapa kat sini suka buat terapi spa guna bahan di dapur?? Kita gengg tau, sepp sikit. Hari ni nak highlight guna tomato. Bahan lain yang diperlukan adalah susu (kalau payah dapat susu segar, guna aje susu kotak okke).
Cara membuatnya:
Tumbuk tomato sehingga 3/4 hancur. . letak sedikit susu pada tomato tadi, kacau guna sudu sehingga sebati.
Kalau paste terlalu pekat, tapis keluar airnya. Jangan buang, uolls boleh minum air tersebut sangat sedap.
Boleh letak kejap kat peti ais jangan sampai beku, biarkan sejuk ala kadar. Bila sejuk, ia dapat kecilkan liang roma masa buat treatment muka nanti.
tepek kat muka 20 ke 30 minit, kemudian basuh dengan air bersih.
Selamat berlangsung majlis pertunangan, Da’I Syed dan Hana Ismail sah menjalinkan hubungan. Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Datin Seri Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada malam Rabu.
Bukan lagi sekadar tanda tanya, kini pasangan itu sah menjadi tunang. Ramai yang mendoakan supaya ikatan ini akan terus ke jinjang pelamin!
Selesai mengadakan majlis pertungan pada malam Rabu, pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selamat bertunang bersama pengacara, Hana Ismail.
Majlis itu turut disaksikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida, yang menitipkan perkongsian di akaun Instagram miliknya dengan ucapan manis buat kedua pasangan itu. Banyak nasihat yang dititipkan supaya pasangan itu lebih bersedia menghadapi alam perkahwinan.
“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka,
“Jaga amanah ini sebaiknya Da’i Syed dan Hana Ismail. Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya.” tulisnya.
Ramai yang mendoakan kebahagian buat Da’I Syed dan Hana Ismail
Sudah pasti, warga maya tidak akan lepaskan peluang untuk memberikan kata-kata nasihat dan doa apabila melihat berita baik ini. Ada juga mengatakan muka Da’i Syed dan Hana Ismail seiras!
“Tahniah!!! Muka seiras betul,
“MasyaAllah tabarakallah, Alhamdulillah ukhti Hana Ismail patut lah berseri lain macam, semoga dipermudahkan,
“MasyaAllah tabarakallah. Dulu meeting event dgn @daisyed_ umur dia baru 22 tahun. Sekarang dah nak pegang tanggungjawab sebagai suami. Semoga Allah permudahkan segalanya.” antara komen yang diberikan oleh warga maya.
Semoga perjalanan antara Da’I Syed dan Hana Ismail berjalan dengan lancar. Kami dari Hijabista mendoakan agar segala urusan ke jinjang pelamin.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...