Pelakon Amyra Rosli memberitahu sesuatu yang amat menyedihkan. Suami dan anak lelakinya terpaksa pergi ke hospital di Kuala Lumpur dengan cepat kerana mereka tidak sihat.
Kedua-dua suami dan anaknya adalah pelakon seperti dia. Amyra menulis di Instagram bahawa suami dan anak lelakinya telah batuk sejak sekian lama, tetapi mereka masih okay.
“Superman & superboy saya tewas untuk raya 2023. Sorry sangat tak dapat datang untuk beberapa jemputan rumah terbuka.
Tetapi jangan risau diorang baik-baik sahaja cuma batuk berpanjangan.”-kongsi Amyra di Instagram.
Ads
Amyra meminta orang ramai mendoakan agar Amar dan Aqeef cepat sembuh. Dia juga meminta nasihat tentang cara membantu mereka berhenti batuk di Instagram.
“Doakan kesembuhan untuk superman saya 🤲🏻🥰. Kalau ada tips untuk kurangkan/hilangkan batuk share okay.”-tulis Amyra lagi
Amyra menerima banyak mesej baik daripada orang terkenal seperti Fizo Omar dan Fendy Bakry. Mereka mengucapkan selamat sejahtera dan memberi idea untuk membantu keluarganya.
Kecantikan puteri-puteri Raja Permaisuri Agong sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Sama cantik persis bondanya iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila gelagat spontannya ‘menjeling’ sempat dirakam kamera.
Gambar itu dirakam sewaktu Puteri Afzan bersama adindanya iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang diadakan baru-baru ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon yang juga usahawan Lana Nodin baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila tampil bertudung.
Manis dan ayu sangat Lana Nodin dengan penampilannya terbaharunya itu. Nampak lagi muda walaupun Lana kini bergerlar ibu kepada dua anak.
Penampilan baharu Lana Nodin itu seperti yang dilihat dalam hantarannya di Instagram menerima reaksi positif daripada para pengikut.
Selain memuji kecantikan Lana Nodin yang kian terserlah sejak bertudung, para pengikut turut menitipkan doa agar Lana Nodin istiqamah bertudung dan menutup aurat.
Akui Lana Nodin dia kini sedang menyesuaikan diri dengan bertudung namun tidak mahu terlalu drastik menyatakan dirinya sudah berhijrah.
Katanya, dia masih dalam fasa mencuba dan sesuaikan diri. Memandangkan usia pun sudah mencecah 45 tahun, Lana berpendapat sudah tiba masanya untuk dia mencuba (bertudung) secara perlahan-lahan.
Lana dilihat mula bertudung sejak Ramadan lalu. Menurut Lana Nodin, imej barunya itu turut mendapat sokongan penuh daripada suami. Malah, mereka sama-sama cuba untuk berubah ke arah lebih baik bersama anak-anak.
Lana Nodin terus mendapat perhatian apabila dia memuat naik rakaman video meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama suami, Mohd Daud McKienzi serta dua anaknya iaitu Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie.
ALAMI JANGKITAN KUMAN DI USUS
Sementara itu, dalam hantaran terbaharu Lana ada berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.
Dia disahkan mengalami jangkitan kuman di bahagian usus sehingga mengalami sakit perut yang kronik.
Menurut pemilik nama penuh Mazlina Hassan Nodin ini, kesihatannya mula terjejas sejak beberapa hari lalu yang berkemungkinan berpunca daripada keracunan makanan.
“Saya dah alami ini (sakit) tiga, empat hari. Baru hari ini ada tenaga nak bercakap. Saya disahkan doktor mengalami jangkitan pada usus, salah makan atau keracunan makanan saya tak tahu.
“Saya masih di sini, di hospital. Tak boleh bangun kerana bengkak usus,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.
Dalam perkongsian sama, Lana Nodin turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada media mahupun rakan-rakan artis yang ingin tahu tentang perkembangan dirinya.
Pun begitu, Lana Nodin menitipkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.
“Salam Semua.. terima kasih atas semua message dan call dari rakan-rakan artis dan juga rakan-rakan media. Kalau Lana tak sempat nak reply maaf Lana masih berehat.
“Terima kasih atas doa-doa dari sahabat-sahabat dan rakan artis dan rakan media dan juga peminat-peminat saya. Insyallah doakan saya cepat-cepat sembuh. Amin”
Semoga Lana Nodin cepat sembuh serta istiqamah bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
Untuk info, Lana Nodin dan David mula mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di SINI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Bagi Manushi Chhillar, 20 tahun sama sekali tidak menyangka akan dinobat sebagai wanita tercantik dunia dalam pertandingan Miss World 2017 edisi ke 67. Beliau yang berasal dari India merupakan penuntut di Kolej Perubatan Kerajaan Bhagat Phool di Sonepat, India. Chhillar bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan mempunyai visi dalam menjana masa depannya.
A post shared by Manushi Chhillar (@missworldindia) on
Ternyata gads cantik ini seorang yang begitu menghormati ibunya. Malah keakraban dengan insan bernama ibu ini menjadi inspirasi kepada jawapan pada soalan terakhir yang diajukan padanya.
A post shared by Manushi Chhillar (@missworldindia) on
Gadis ini yang tersenarai dalam 10 terbaik sebelum itu sebelum melangkah penuh bergaya ke 5 terbaik. Dan ternyata jawapan dari soalan terakhir yang ditanya berjaya menambat hati juri.
Chhillar ditanya apakah kerjaya yang membolehkan seseorang itu mendapat gaji yang tertinggi. Tanpa berfikir panjang, gadis jelita ini menjawab oleh kerana dia begitu rapat dengan ibunya, jadi Chhillar merasakan kerjaya sebagai ibu yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi.
A post shared by Manushi Chhillar (@missworldindia) on
“Seorang ibu itu adalah yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi. Bukan soal wang tetapi kasih sayang dan kehormatan yang diberikannya. Ibu saya menjadi sumber inspirasi buat diri saya. Bagi saya semua kaum ibu di luar sana telah berkorban uituk anak-anak mereka dan semestinya insan inilah yang paling layak mendapat penghormatan tertinggi.
Gadis ini turut bercita-cita untuk menjadi pakar bedah jantung dan turut merancang membuka sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan percuma di kawasan luar bandar.
Bukan itu saja, Chhillar juga merupakan seorang penari klasik India terlatih dan gemar sekali melakukan aktivii lasak seperti selam scuba, snorkeling dan bungee jumping.
Chhillar dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua untuk cinta dan sokongan yang yang tidak jemu-jemu diberikan sepanjang pertandingan berlangsung. “This one’s for India”.
Nampaknya bukan calang-calang gadis yang dipilih untuk memegang takhta ratu cantik dunia ini. Dengan usia yang masih muda, Chhillar diharap dapat memberi motivasi kepada wanita di luar sana dalam meneruskan aktiviti kemasyarakat yang telah diatur nanti.
Pertandingan kali ini diadakan di Sanya China dan Chhillar menawaskan 108 peserta lain dari seluruh dunia untuk merangkul anugerah paling berprestij itu.
Malah India juga kini setaraf dengan Venezuela sebagai Negara yang paling banyak mencatat kemenangan dalam sejarah Miss Wold. Selain Priyanka, Aishwarya Rai juga turut pernah dinobat Miss World .
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.