Berikutan pengumuman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Ransangan Ekonomi Perihatin Rakyat atau PRIHATIN iaitu bantuan one-off kepada beberapa penerima yang layak
Pembayaran BPN akan dibuat dalam (2) dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Ads
Bagi mereka yang BELUM berdaftar, PERMOHONAN BAHARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM pada klik pautan DI SINI. Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara online sahaja.
Kaedah pembayaran:
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Ads
Pembayaran sekiranya:
Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Tempoh membuat semakan:
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apa bezanya produk ‘toner’ dan ‘face mist’? Ha! Pasti ramai yang masih keliru dengan kedua-dua produk kulit wajah ini! Terutamanya kepada mereka yang baru sahaja ingin mencuba memakai produk kecantikan wajah, soalan sebegini pastinya akan timbul dalam fikiran kamu!
Sebenarnya, banyak perbezaan diantara produk ‘toner’ dan juga ‘face mist’ ini. Biarpun ada diantara kita yang melihat fungsinya sama, tetapi hakikatnya, tidak! Tetapi, kedua-dua produk ini harus ada dalam rejim kecantikan wajah untuk memastikan wajah sentiasa bersih, cantik & berseri seperti selebriti yang kamu cintai!
Apakah Fungsi ‘Toner’ & ‘Face Mist’?
Perbandingan yang paling mudah untuk difahami adalah produk ‘toner’ merupakan produk kebersihan kulit wayjah yang berfungsi untuk menyingkirkan minyak berlebihan dan kotoran di muka. ‘Toner’ digunakan untuk menyeimbangkan pH kulit setelah menggunakan pencuci muka dengan sabun yang mengandung alkalin. Manakala Facial Mist adalah sejenis cecair yangberfungsi untuk menyegar, menghidrat, menjadikan kulit awet muda, dan melembab kulit kita.Face Mistmengandungi mineral tertentu dan pastinya mempunyai fungsinya yang tersendiri. Selain itu, penggunaan ‘face mist’ dapat digunakan sebelum menggunakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah.
Antara perbezaan lain diantara ‘toner’ & ‘face mist’
‘TONER’
1. Toner digunakan sebagai langkah kedua dalam rutin penjagaan kulit, iaitu selepas mencuci muka.
2. Ia di formulasi khas untuk mengimbangi semula paras pH kulit selepas mencuci muka dan membersihkan sisa sisa kotoran atau solekan yang mungkin tertinggal pada kulit muka.
3. Toner perlu digunakan bersama-sama pad kapas dan di sapu secara lembut ke seluruh muka.
4. Kelebihan toner ialah ia menambah lapisan perlindungan kulit. Toner boleh membantu menghaluskan liang pori dan mengetatkan jurang sel selepas mencuci muka, sekali gus mengurangkan penembusan kotoran dan pencemaran alam sekitar ke dalam kulit apabila anda keluar rumah. Bahan di dalam toner juga boleh melindungi kulit dari klorin dan mineral yang terdapat di dalam air paip.
4. Pemilihan toner adalah mengikut jenis kulit. Bagi individu yang mempunyai kulit jenis berminyak lebih memerlukan toner berbanding kulit normal kerana liang pori mereka yang berkulit berminyak lebih ketara.
5. Formulasi fungsi toner juga berbeza mengikut keperluan. Ada yang untuk mengawal minyak dan jerawat, ada yang untuk menambah lembapan dan ada juga untuk anti-penuaaan. Seeloknya pilih yang tiada Alkohol kerana ia akan menambahkan iritasi dan sensitiviti kulit.
Contoh pilihan ‘toner’ yang terbaik:
• EUCERIN Dermato CLEAN Balancing Facial Toner.
• NIVEA Refreshing Toner
• NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner : kulit berminyak dan acne.
FACE MIST
1. Berbeza dengan toner, fungsi face mist pula lebih kepada membantu menjaga kulit anda supaya lembap sepanjang hari. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk kulit kering.
2. Ia boleh digunakan sendiri dan cara menggunakannya ialah disembur pada kulit beberapa kali sehari untuk memastikan kulit wajah lembap dan sentiasa segar.
3. Kelebihan face mist bukan saja boleh digunakan selepas mencuci muka dan sebelum memakai pelembap. Malah ia juga boleh digunakan selepas memakai mekap supaya mekap tahan lebih lama dan nampak lebih ‘glowing’.
4. Pemilihan face mist juga seeloknya mengikut jenis dan keperluan kulit, serta tiada kandungan alkohol. Baca pada label produk untuk mengetahui fungsi face mist supaya dapat disesuaikan dengan keperluan kulit.
Contoh pilihan ‘face mist’ yang terbaik:
• AVENE Thermal Spring Water – menyegarkan.
• BIO ESSENCE Miracle Bio Water – menyegarkan dan set mekap.
• THE FACE SHOP Aloe Fresh Soothing Mist – kulit sensitive
• NATIO Refreshing Face Mist – ekstra lembapan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap manusia memiliki warna kulit yang berbeza sama ada cerah, gelap ataupun sawo matang. Wanita terutamanya mendambakan kulit cerah kerana itulah ‘standard‘ kecantikan bagi mereka. Namun, anda silap! Kulit sawo matang adalah yang terbaik sebenarnya.
Di era moden kini, ramai wanita ingin terlihat ‘putih’ dan cerah. Bagi mereka, kulit cerah itulah ‘pengukur‘ kecantikan yang sebenar. Buktinya, banyak lambakan produk untuk memutihkan kulit yang ada di pasaran. Sehinggakan terdapat lambakan produk yang tidak mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Ramaiwanita yangterpedayadenganpelbagaiiklanprodukpencerahkulittanpamengambilkirakesanjangkamasapanjangpadakulitdankesihatanmereka. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasalah membuat kajian sepenuhnya sebelum menggunakan sesuatu produk. Untuk wanita berkulit sawo matang, tak perlu nak berasa tidak yakin dan ‘insecure’ lagi! Banyak sebenarnya kelebihan kulit sawo matang ini. Kalau anda nak tahu, orang luar negara pun menginginkan dan cemburu dengan warna kulit orang Asia ini.
Perkataan sawo matang itu sebenarnya berasal daripada buah bernama sawo atau ciku yang berwarna ‘kecoklatan’ apabila sudah dimasak. Jadi apa kaitannya dengn warna kulit? Dalamkontekswarnakulit, ianya bermaksudseseorangyangberkulitcoklat, iaitu warna perantaraan antara tona warna yang cerah dan gelap (brown skin atau mature tan). Kalau orang melayu lebih suka menggelarnya sebagai ‘hitam manis’. Sekarang anda pasti dah nampak kaitannya bukan?
Pertama sekali, anda perlu mengetahui bahawa individu yang memiliki kulit sawo matang ini mempunyai kandungan melanin yang tinggi dalam badan. Kandungan melanin yang tinggi inilah yang membantu membuatkan individu berkulit sawo matang lebih unik dan mendatangkan banyak kelebihan.
Melanin adalah pigmen ‘pemberi’ warna kulit, rambut dan mata kita. Meninjau perkongsian dari Sehat Q, melanin dihasilkan oleh sel yang dipanggil ‘melanosit’. Setiap orang mempunyai melanosit yang sama. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mempunyai kandungan melanin yang lebih tinggi. Perbezaan dalam melanin ini yang membuatkan setiap individu mempunyai warna kulit, rambut dan bola mata yang berlainan. Jadi buat anda yang berkulit sawo matang, tak perlu rasa nak rendah diri lagi. Berikut adalah di antara kelebihan memiliki kulit sawo matang:
Siapa sahaja yang tidak mahu tubuh badan yang lebih sihat kan? Untuk individu berkulit sawo matang, anda perlu berasa gembira kerana kandungan melanin yang tinggi ini secara ringkasnya membantu anda memiliki tubuh baik yang sihat dengan menggalakkan penglihatan mata serta pertumbuhan sel tubuh badan anda. Beruntungnya anda kerana semua proses ini berlaku secara semula jadi.
Mereka yang mempunyai warna kulit sawo matang ini mempunyai keupayaan yang hebat untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit dan badan. Untuk pengetahuan anda, radikal bebas ini mampu meningkatkan risiko kanser kulit. Tetapi disebabkan kandungan melanin yang tinggi, ianya boleh menghalang sinaran UV daripada memasuki kulit.
Jarang rasanya kita mendengar individu yang berkulit sawo matang ini mengalami masalah seperti breakout, berparut atau selar matahari kan? Menurut laman Hello Doktor, individu dengan warna kulit ini jarang mendapat masalah kulit kerana melanin yang tinggi bertindak untuk menjaga kulit daripada pelbagai masalah kulit termasuklah alahan atau jangkitan. Beruntung kan!
Tambahan itu, kandungan melaninyangtinggiinijuga dapatmenguatkanbadan. Melanin juga boleh membantu kulit dan badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D dalam cahaya matahari, yang baik untuk pembentukan kalsium. Kandungan kalsium yang tinggi dalam badan boleh menguatkan tulang anda. Dalam jangka masa panjang, ia berpotensi untuk mencegah masalah osteoporosis. Kalau anda nak tahu, osteoporosisadalahkeadaandimanaketumpatantulangberkurangan,menyebabkantulangmenjadiberliangdanmudahpatah.
Memang menjadi idaman setiap wanita untuk sentiasa tampil awet muda. Pasti anda senyum sampai ke telinga apabila dipuji. Anda perlu tahu bahawa melanin juga memberikan kesan anti-penuaan. Hasildaripadakesananti-penuaan inilah yang membantu individu berkulit sawo matang kelihatanlebihmuda. Selebriti di Malaysia seperti Nabila Huda dan Dayang Norfaizah telah membuktikan bahawa orang yang berkulit sawo matang ini awet muda! Malahan, mereka juga turut bangga dengan warna kulit mereka.
Sekarang anda pasti rasa bersyukur kerana mempunyai kulit sawo matang kan? Tak perlu dah berlumba untuk mendapatkan kulit cerah. Kulit sawo matang lah best dan banyak kelebihannya! Sebagai kesimpulan, anda haruslah belajar menerima dan bersyukur tak kira apa pun warna kulit anda.
Kecoh di media sosial apabila penyanyi dan Chef Selebriti terkenal, Dato’ Dr Fazley Yaakob memanggil isterinya, Datin Azrene Ahmad dengan gelaran ‘Adik Sayang’. Tidak melatah dengan situasi ini, Dr Fazley kemudiannya menjelaskan dalam status yang dimuat turut juga di laman sosialnya kenapa memanggil isterinya bukan honey, sayang ataupun panggilan manja lain.
Menurut Dr Fazley, beliau memanggil isterinya itu dengan panggilan ‘Adik Sayang’ kerana dia merupakan anak bongsu dalam keluarga dan mereka memang memanggil dirinya adik.
Ketika beliau bertemu isterinya itu, Datin Azrene di Albert Hall, London sewaktu beliau sedang menguruskan konsert Datuk Siti Nurhaliza, dan ia merupakan cinta pandang pertama.
Isterinya itu baru berusia 18 tahun dan secara kebiasaannya akan memanggil dengan panggilan Adik. Malah isterinya juga turut memanggil dia dengan panggilan Abang. Apatah lagi menurutnya, mereka lebih bersikap tradisional dari segi panggilan.
Dan secara kebetulan juga arwah bapanya turut memanggil ibunya dengan nama Dik Mi. Apabila hubungan sudah semakin rapat, Fazley lebih senang untuk terus memanggil Azrene itu dengan nama manja Adik Sayang dan Abang Sayang buat dirinya.
Ternyata panggilan ini terus kekal walaupun kini sudah hampir 13 tahun bercinta dan mempunyai 4 orang cahayamata. Jadi inilah sebab sebenar mengapa pemilik Suka Sucre Bistro ini lebih senang memanggil isterinya dengan panggilan berkenaan.
Dr Fazley turut terpanggil menjelaskan kekeliruan netizen hingga menimbulkan perdebatan di laman sosial miliknya semalam.
Sebelum tu sempena sambutan hari ibu juga, beliau turut tidak lupa memberi ucapan pada isterinya yang merupakan ibu kepada 4 anak mereka.
Menurutnya selama 13 tahun melayari kehidupan besama penuh keindahan walaupun ada kedukaan tersendiri. Baginya isterinya itu seorang ibu yang serba lengkap dan penyayang buat anak-anak mereka.
Walaupun pernah mengalami keguguran sebanyak 10 kali dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Malah isterinya itu tekad bersabung nyawa melahirkan zuriat mereka,.
Di kesempatan itu juga Dr Fazley turut mengucapkan hari ibu kepada ibunya dan juga ibu mertua, wanita yang pernah suatu masa menjadi wanita pertama negara.