Berusia 29 tahun, adik kepada akres Fathia Latiff ini bukan hanya cantik bahkan bijak orangnya.
Dr Nur Fasiha Abdul Latiff atau mesra disapa Dr Fasiha merupakan graduan perubatan Trinity College Dublin serta bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah Seremban.
Dalam kesibukannya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Fasiha turut mengusahakan bisnes sampingannya iaitu Mulan Scarf dan pakaian perubatan scrubs ‘Three 0’.
PENGORBANAN IBU
“Ibu, Badriyah Hassan, yang saya panggil Umi memang seorang superwoman. Satu ketika dulu, ibu pernah bekerja dan pada masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang ketika itu masih bersekolah.
“Setiap pagi, selalunya ibu akan hantar kami ke sekolah kemudian terus ke tempat kerja. Tengahari datang semula jemput anak-anak balik. Di rumah telah tersedia makanan untuk kami.
Ads
“Bila balik kerja, ibu akan kemas rumah dan buat tugas-tugas rumahtangga yang lain. Itulah yang membuatkan saya bangga dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat hebat. Ibulah sumber inspirasi saya.
“SATU LAGI PERKARA YANG BUAT SAYA BANGGA DENGAN IBU IALAH KETIKA USIANYA 45 TAHUN, IBU TERBUKA HATI UNTUK SAMBUNG BELAJAR AMBIL MASTER SELAMA DUA TAHUN. WALAUPUN BANYAK TANGGUNGJAWAB TETAPI IBU MAMPU MENGURUSKAN MASANYA DENGAN BAIK.
“Ibu berjaya membuktikan it’s never too late to gain knowledge. It is powerful!”
CITA-CITA SEJAK KECIL
“Sejak kecil saya memang mahu bergelar doktor kerana terinspirasi dengan kisah seorang sepupu. Semasa saya berusia 13 tahun, sepupu ini sudah pun bergelar Pakar Perunding Rheumotologi di Ireland.
Ads
“Bila berpeluang berjumpa dan berborak dengannya, dapatlah saya dengar serba sedikit mengenai bidang perubatan. Dialah idola dan pencetus semangat untuk saya teruskan impian bergelar doktor,” ujar anak ketiga dari empat beradik ini.
DETIK MENCABAR SEBAGAI DOKTOR
Sepanjang bergelar doktor, detik paling mencabar ialah ketika pandemik COVID-19 yang berlaku beberapa tahun lalu. Ia juga detik paling sedih dalam hidup Dr Fasiha.
“Ketika itu saya diarahkan untuk menjaga pesakit berusia lebih 60 tahun. Mereka ditempatkan di beberapa wad. Bila terlalu ramai pesakit, alat ventilator (alat pernafasan) menjadi terhad.
“Sebagai doktor yang bertanggungjawab, saya merasa amat sedih kerana tidak dapat memberi peluang kepada pesakit untuk mendapatkan alat tersebut. Sehingga berlakunya kematian dan saya sendiri menjadi saksi. Memang sedih walaupun saya sudah buat yang terbaik.”
Ads
Menurutnya lagi, beliau amat tertekan kerana terlalu penat dan terpaksa menjarakkan diri dari ahli keluarga. Masa bersama keluarga juga kurang. Begitulah rutinnya setiap hari ketika di awal pandemik COVID-19 berlaku.
“Ketika itu saya masih bujang dan tinggal bersama kedua ibu bapa. Sebolehnya saya tidak mahu merisikokan mereka. Bila keadaan makin teruk, saya terpaksa tinggal di rumah lain buat sementara. Setiap hari saya akan video call mereka untuk tanya khabar dan melepaskan rindu.”
KAHWIN SESAMA DOKTOR
“Suami, Dr Hazheem Syazwan merupakan doktor tulang (orthopaedic) dan bertugas di hospital yang sama dengan saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat supportive dan memahami. Contohnya kalau saya balik kerja lewat atau belum makan lagi, suami sudah siapkan makanan di rumah.
“Begitu jugalah saya. Bagi saya, hikmah dari perkahwinan ini ialah kami sama-sama memberi semangat antara satu sama lain. Ibu sering berpesan, dalam perkahwinan perlu sentiasa memberi dan menerima, serta saling berkompromi.”
IMPIAN
“Saya berhasrat untuk mengembangkan lagi karier untuk menjadi seorang pakar kardiologi di hospital. Jika tidak meniad seorang doktor, mungkin sekarang saya bergelar usahawan.”
Semoga segala impian serta perjalanan Dr Fasiha untuk berjaya dalam bidang perubatan dan perniagaan dipermudahkan.
Kredit Foto: Instagram Dr Fasiha Latiff
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Lemang adalah satu makanan tradisi melayu yang paling popular ketika perayaan Hari Raya Puasa, namun di zaman moden ini lemang boleh di makan bila-bila sahaja. Cuma ada kengkangan bagi mereka untuk membuatnya sendiri.
Kebanyakkan peniaga lemang akan berniaga ketika musim perayaan. Di zaman moden ini, adalah menjadi satu kesukaran untuk kita untuk membuat lemang di tengah bandar metropolitan. Mana nak cari buluh lemang yang sesuaian, mana nak cari daun pisang lagi, kayu kayan untuk bahan api.
Namun melalui beberapa perkongsian dan ada juga chef yang telah mencuba membuat lemang ini tanpa menggunakan buluh. Mana tahu semasa tempoh PKP ni ada yang teringin nak merasa lemang bolehlah buat sendiri. Perkongsian ini akan memudahkan anda membuatnya, manakala si bujang yang tak dapat balik beraya nanti silakan mencuba ya!
LEMANG KUKUS CAWAN
Mudah sangat
BAHAN:
1/2 kilo beras pulut
1 kilo santan
1 sudu makan garam
Daun pisang
Cawan kertas.
CARA:
1. Rendam pulut semalaman. Toskan.
Masukkan santan dalam jug dan letak garam. Kacau.
Panaskan pengukus. Buat gelung daun pisang, letak dalam cawan kertas.
Letak.empat sudu makan beras pulut dalam cawan. Curah santan sampai 3/4 cawan.
Penyanyi terkenal , Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak popular iaitu Shuib Sepahtu menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.
Sarah yang juga ibu kepada dua lagi cahaya mata iaitu Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin meluahkan rasa gembiranya itu di laman instagramnya.
“Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa ‘sejuk perut ibu mengandung’’. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai di antata mereka yang menjadi al-Hafiz.
“Jujurnya saya tidak terlalu memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.
“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokong atas apa sahaja minat serta kecendurungan anak-anak.
“Alhamdulillah, apa yang dilakukannya itu membuatkan saya bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah mengenai harapannya buat anak-anak tercinta.
Baru-baru ini, pelakon terkenal Janna Nick telah membuat hantaran menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya iaitu Kissya Nick. Cute sahaja adik-beradik ini! Foto perkongsian tersebut telah mengundang perhatian ramai di laman Instagram. Adiknya bukan sahaja terlihat sopan, namun rupanya bakal doktor! Memang beauty with brain!
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon, Dini Schatzmann di sebuah restoran.
Menerusi satu hantaran, Janna telah memberikan ucapan istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti.
Foto tersebut telah dimuat naik bersama kapsyen “Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish”.
Tambahan itu, Janna dan ahli keluarganya turut membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah iPhone 14 sehingga remaja itu menunjukkan reaksi terharu dan sebak. Wah, memang beruntung!
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.
Bukan rakan artis sahaja, malahan ramai netizen turut meninggalkan komen dan ada yang memuji paras rupanya yang cantik dan menawan itu.
“Siapa ni adik janna ka lawa la mcm kakak dia”
“LAWA GILAAAAAAAA😭😭😭 dulu kecik cenonet je. How time flies… Happy birthday adik Janna. Semoga itu, semoga ini.”
“Eh masa dulu up gambar adik2 kecik lagi😍..cntik smua dh besar”
“Cantik la adik dia 😍😍😍 bakal Dr pula. Wahhhh 👏👏👏👏”
Imejnya yang sopan dan menawan memang wajar dipuji. Manis sangat! Apa-apa pun, Selamat Ulang Tahun Kissya. Kami turut mendoakan agar Kissya akan berjaya bergelar doktor satu hari nanti.
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...