‘Macam Baru Habis SPM, Sweet 18!’-Peminat Mahu Tok Ti Terus Setia Pakai Tudung Bawal

Share

Apabila penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti tampil bertudung bawal, ramai peminatnya yang menjadi tidak keruan.

Mana tidaknya, penampilannya itu dikatakan persis anak dara. Sweet gitu! Ada juga yang mengatakan seperti baru sahaja habis SPM. Gambar yang dimuat naik oleh Tok Ti ini dihujani ribuan komen. Ramai yang memintanya untuk terus bertudung bawal.

Tampil dengan imej tudung bawal pada Aidiladha yang lalu, penampilan Tok Ti nampak ayu dan comel sekali!

Bersama Aafiyah, kecomelannya menjadi berganda!

Memahami permintaan para peminatnya yang inginkannya bertudung bawal, Tok Ti setia mengenakannya untuk sambutan raya haji yang kedua pula.

#GENGBAWAL

IKLAN