Lupa Letak Air Masa Tanak Nasi, Engku Aleesya Malu-Malu Diusik Erra Fazira

Share

Primadona filem Malaysia, Erra Fazira berkongsi momen lucu apabila anak kesayangannya, Engku Aleesya terlupa memasukkan air ke dalam nasi yang ditanaknya.

Memuat naik di laman instagramnya, Aleesya kelihatan malu-malu ketika ibunya merakam aksinya selepas nasi yang dimasak tidak menjadi.

Menurut Erra, anaknya itu pada mulanya begitu bangga memberitahunya bahawa dia kini sudah pandai memasak nasi.

Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila…
Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasik.. mom nya pun dgn penuh rasa bangga masak simple lauk and dia ditugaskan masak nasik.

Sekaliiiii bila time nak makan.. bukak-bukak periuk.. dia lupa masuk air daaa .. takkan nak makan beras kering!! 🤣nasib baik ada standby nasi lemak 🤣🤣 .

Alahaiii anakkk.. its ok sayang.. don’t give up!! Nanti cuba lagi k

😘🥰🥰

Di ruangan komen, ramai rakan artis yang terhibur dengan cerita yang dikongsikan Erra ini di samping memberikan pujian buat Aleesya kerana berani mencuba sesuatu yang baharu.

Alahai, comel je anak beranak ni! Tidak mengapa Aleesya, kesilapan kecil je tu. Mana tahu suatu hari nanti jadi chef yang hebatkan?

IKLAN