‘Letakkan Di Pintu, Ketuk & Berlalu Pergi’- Catriona Ross Kongsi Cara Yang Sesuai Untuk Bersedekah

Share

Pelakon terkenal, Catriona Ross berkongsi di laman instagramnya mengenai cara yang lebih sesuai untuk memberikan sumbangan kepada yang memerlukan tanpa memalukan mereka.

Sambil memberi peringatan buat dirinya sendiri, beliau merasakan adalah lebih baik memberi sahaja sumbangan di luar pintu tanpa bergambar bersama mereka.

Inilah cara sebenar untuk memberi sumbangan. Hanya letakkan di depan pintu, ketuk pintu lalu beredar. Tidak perlu bergambar bersama mereka yang kurang bernasib baik dan membuatkan mereka berasa malu.

Ramai netizen yang bersetuju dengannya namun ada juga sesetengah individu yang berasakan tidak salah untuk bergambar sebagai bukti bahawa wang yang didermakan sudah disalurkan kepada pihak yang benar.

IKLAN